SAMBALSAKURA Merupakan sambal Homemade tradisional PREMIUM QUALITY dari Pelbagai negeri dan resepi. Viral Antara SAMBAL TERSEDAP MALAYSIA dan sangat di Minati oleh semua golongan. Terbang ke merata negara dan dunia.7 sambal dari pelbagai resepi & rasa yang mempunyai keunikan dan kunci2 kehebatan RASA TERSENDIRI.
Friday, 21 September 2018
Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap
PUTRAJAYA - Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) pula akan diberi tempoh dua tahun untuk belajar sambil bekerja bagi melayakkan dilantik secara tetap ke jawatan itu.
Ini antara usaha yang kita lakukan bagi membela kebajikan dan menaik taraf kira-kira 32,000 guru Kafa yang sedang berkhidmat di seluruh negara.
"Bagi yang sudah memiliki diploma dan ijazah, kita akan usaha serapkan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala pemegang SPM dan Stam diberi peluang belajar pada waktu cuti dengan mengambil kursus-kursus tambah kredit sehingga melayakkan mereka diserap," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) atau dikenali sebagai KSKCareCentre@MTMZA di sini hari ini.
Pada Ogos lepas, Fuziah pada sesi Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membuat satu kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik sebagai penjawat tetap dalam perjawatan.
Mengenai KSK Care Centre, Fuziah berkata pusat itu berperanan sebagai tempat rujukan yang ketika ini amat diperlukan masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling bagi mencari penyelesaian permasalahan yang dihadapi melalui kaedah rawatan dan terapi Islam.
Beliau berkata individu, khususnya orang Islam yang mempunyai masalah sering meminggirkan diri dan merasa malu untuk mendapatkan kaunseling, satu persepsi yang perlu dihakis kerana kaunseling bukan satu hukuman sebaliknya kaedah terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
"Kita mahu masyarakat buang stigma malu untuk berjumpa dengan kaunselor kerana takut dipandang serong oleh orang sekeliling...mempunyai masalah keluarga atau ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu kesalahan.
"Di negara barat, berjumpa kaunselor bila ada masalah adalah perkara biasa mereka. Perlu dijelaskan, kaunselor tidak akan menghukum seseorang individu itu dengan masalah yang dihadapi," katanya.
KSKCareCentre@MTMZA mempunyai seramai 18 kaunselor dan fasilitator, beroperasi setiap hari bermula pukul 11.00 pagi hingga 1 petang. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa itu simian line?
Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...
-
25 tempat makan BEST di sg buloh : " best in town " Kalau korang datang ke Sungai Buloh, sila kosongkan perut anda untuk me...
-
OK, aku nk stat buat mukadimah nie... selamat tengah ari salam jumaat. lame aku xberbicara dalam blog aku sendiri. memang lucky la aku ade...
-
Hai assalamualaikum . Semasa blog nie di tulis. Aku masih lagi berlibur di lombok dan gili trawangan. Masih lagi berjalan2 di sekitar g...
No comments:
Post a Comment