Monday 6 May 2019

SALAM RAMADHAN

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai – LAUT INI PENCURI.

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai – LAUT INI BAIK HATI.

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai – LAUT INI PEMBUNUH.

Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai – LAUT INI PENUH BERKAT.

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu.

Maka. JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah selama kita di jalan yang baik. Walau terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai. Takyah jelaskan tentang diri kita kepada siapa pun, kerana yang menyukai kita tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kita lakukan. Dan yang membenci kita tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri kita.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Tuhan memandang keikhlasan hati kita sepanjang kehidupan kita dimuka bumi ini. InshaAllah...

Krdt : Abu Raziq

Tuesday 19 March 2019

10 Tip Ambik gambo Terbaik & Superbb Dasyat Hanya dengan Smartphone..

Ambil gambar sekarang ini tidak susah macam dulu. Kalau dulu lepas ambil gambar sahaja kena tunggu cuci gambar di kedai barulah dapat lihat gambar itu cantik atau tak. Saiz kamera pula jangan cakaplah, besar belaka. Nak simpan punyalah susah. Silap hari bulan siap terjatuh lagi!


Perkembangan dunia telefon pintar menyebabkan kamera jenis DSLR bukan lagi medium utama untuk ambil gambar cantik. Anda serbulah mana-mana Instagram yang gambar cantik-cantik tu, confirm majoriti gambar yang dimuat naik adalah daripada smartphone.

Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular adalah kerana lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas snap, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Jadi, kali ini kami mahu share tips bagaimana hendak ambil gambar cundengan smartphone!

1. Bersihkan Lens




Benda ini nampak remeh tetapi sebenarnya sangat penting. Basically telefon pintar memang tak ada lens cap macam kamera biasa atau DSLR. Jadi sebelum anda ambil gambar, rajin-rajinkan tangan untuk lap lens kamera dengan kain bersih dahulu. Kain bersih ya. Kalau tidak lap, gambar anda kemungkinan besar akan blur.

2. Jangan Zoom


Ini pantang larang penting waktu ambil gambar guna smartphone. Kalau kamera telefon anda jenis ada satu kamera sahaja, elakkanlah guna digital zoom. Maaf terpaksa jujur, serius hambar gambar kalau guna digital zoom. Lainlah jika smartphone anda ada banyak kamera. Tips! Kalau anda mahu besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop guna Photoshop atau mana-mana image editing applications.

3. No Flash, please!




Canggih betul kan smartphone ada flash. Tapi anda janganlah seronok sangat kalau smartphone ada flash sebab flash pada smartphone belum tentu boleh diharap untuk dapatkan gambar cantik. Sebenarnya lebih banyak mencacatkan daripada mencantikkan ya. Tak percaya? Anda cuba guna. Nanti akan ada gambar anda siap ada pakej mata merah-merah dan muka berminyak.
Melainkan anda tahu macam mana untuk ‘diffuse’ atau ‘bounce’ cahaya daripada flash. Kami sarankan anda cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.
Sumber cahaya dalam dunia ini ada banyak; lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau sudah tiada pilihan, baru gunakan flash.

4. Gegaran



Smartphone bukannya kamera atau DSLR, telefon pintar biasanya tidak ada stabilizer kecuali model flagship. Jadi biasanya gambar sangat mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tidak gelap. Jadi pastikan tangan anda tidak bergegar ketika rakam gambar.

5. Setting




Kalau bab setting macam mana pun kena belajar perlahan-lahan. Kami sarankan anda cuba mahirkan dengan setting kamera pada smartphone anda. Sesetengah model membolehkan anda mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

6. Apps



Ini bonus! Sebenarnya ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tapi anda tidak perlulah install semuanya. Cari yang sesuai dengan gaya fotografi anda sahaja.

Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.

7. Aksesori Tambahan
Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya anda boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.

8. Segalanya Komposisi






Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smartphone yang anda guna. Cuba lihat contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang mereka gunakan. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan mengambil inspirasi.

9. Edit Boleh, Tetapi Jangan Over!



Sangat mudah untuk edit gambar dengan smartphone. Kalau dahulu kena transfer gambar daripada kamera dan edit dalam komputer. Sekarang selepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.

Kebanyakan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi anda yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.

Satu sahaja mahu pesan bila buat editing di smartphone, JANGAN OVER. Ramai yang mengata nanti. Lebih baik ianya nampak natural dan subtle.


SUMBER : Vocket 


Monday 18 March 2019

Kelakar Nak Mati. Bintang Bersama Bintang BBB 2019 (Minggu 3): Shariff & Shiha - Suraj Hua Maddham & Kaho Na Pyaar Hai


Untuk pengetahuan, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir sangat terkenal di Indonesia dan pernah menyertai Dangdut Academy Asia 2015. Shiha juga pernah menjadi anak didik Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dalam program Mentor.

Selaiin itu Shiha yang selalu menyanyikan lagu tradisional ini juga pernah berlakon dalam beberapa Drama tempatan iaitu Terukir Di Bintang, Bujang Sepah Lalalitamplom, Gerak Khas, Sutun, Kilauan dan Tak Beli Tak Cinta.



Kreatif  , Mesti tengok rasa nk ULANG. Kelakar jgk Shiha nie.  ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
Tegelak3 macam laahaaarrrr    kelakar jugak Shihar nie yea.  Bahahahahahahaahahaa 

Saturday 9 March 2019

SAMBAL Sakura & Sakura Pelangi Empire


Semoga akan ade banyak lagi kejayaan  ,
Dan dapat capai segala impian untuk melihat sambal sakura pergi Setinggi yang boleh. Ingin memartabat Makanan Tradisi ini ke peringkat lebih tggi.. Biar Generasi akan datang tetap mengenali, tetap makan dan meninati makanan nie walaupun variasi makanan lain yg hipster datang menerjah....

"HOMEMADE TRADITIONAL , PREMIUM QUALITY."
- RENCAH TRADISI, UNIK & TERSENDIRI

TAHAN SETAHUN:
Tahan setahun selagi penutup tidak di buka. Jika dibuka perlu diletakkan di dalam fridge kerana TIADA BAHAN PENGAWET.

100% MUSLIM PRODUK , SEDIA DI MAKAN TANPA PERLU DIPANASKAN.

 #sambalsakura
๐ŸŒถ-Sambal Tempoyak Bilis Petai
๐ŸŒถ-Sambal Hijau Padang ,Terung Pipit Petai
๐ŸŒถ-Sambal Bilis Cili Api
๐ŸŒถ-Sambal Ikan Masin Kurau
๐ŸŒถ-Sambal Hitam Pahang
๐ŸŒถ-Sambal Udang
๐ŸŒถ-Sambal Tumis Penyet


Bahan-bahan :
✔️ Cili api segar FRESH
✔️ Bilis / Ikan Kurau / Udang Grad Terbaik
✔️ Petai Fresh
✔️ Tempoyak Baru / Manis
✔️ Minyak Masak Berkualiti

๐ŸŒถ️ Menggunakan Bahan Asas Yang Terbaik dan Segar.
๐ŸŒถ️ SUDAH SIAP DI MASAK
๐ŸŒถ SEDIA TERUS DI MAKAN
๐ŸŒถ TAHAN SEHINGGA SETAHUN
๐ŸŒถ BOLEH DI BAWA KE AUSTRALIA, US & NZ

❌ CUKA
❌ BELACAN
❌ BAHAN PENGAWET
❌ MSG

JIKA ANDA TERCARIK CARIK SAMBAL PODEH BERAPI , RESEPI ORI TERSEDAP NO. 1 MALAYSIA. "SAMBAL' KEBIASAANNYA JADI MAKANAN WAJIB ADA DIKALA SAHUR dan PENAMBAT SELERA MAKAN Juga PENAIK SELERA MAKAN & MENJADI PENYEDAP RASA.

๐Ÿ“ฃ1. #JIMAT MASA
๐Ÿ“ฃ2. #PENAMBAH SELERA MAKAN
๐Ÿ“ฃ3. #JIMAT TENAGA
๐Ÿ“ฃ4. #SENANG BAWAK TRAVEL
๐Ÿ“ฃ5. #UNTUK YANG DUDUK OVERSEA
๐Ÿ“ฃ6. #JIMAT WANG
๐Ÿ“ฃ7. #SUMBER PENDAPATAN MENJADI EJEN Sambal Sakura

Love ❤
Sakura Pelangi Empire
.

#sambal #sambalsedap #bilistempoyak #sambalpower #homemade #sambalhijau #sambalpadang #sambalciliapi #sambalpenyet #sambalpahang #sambalbelimbing #sambalviral #jualsambal #sambalhomemade #homemade #sambalhitampahang #sambalhijaupadang #sambaltempoyak #petaiterungpipit #ikanmasinkurau #jualsambalsedap #tempoyak #sambalkampung #sambaltradisi #sambalmalaysia #sambalsakura

Wednesday 6 March 2019

Karnival Usahawan Muda Selangor 2019


Sempena Karnival Usahawan Muda Selangor 2019 Haritu. Nie antara nama2 penerima award.. #syec2019

AWARD Di sampaikan oleh ๐Ÿ‘‘ DYTM TENGKU AMIR SHAH, RAJA MUDA SELANGOR.

๐Ÿ†MOST PROMISING YOUNG
ENTREPRENEUR AWARD
AGROPRENEUR MUDA FAMA,
>> CIK AZLINA BINTI MAHMUD
DARI  SAKURA PELANGI EMPIRE
Sambal Sakura

๐Ÿ†SERVICE EXELENCE AWARD
>> ENCIK AMIR FIRDAUS ANUAR
DARI YSA EVENTS SDN BHD

๐Ÿ†BEST BRAND DEVELOPMENT AWARD
>> ENCIK JEMIZAN ABU BAKAR
PENGASAS DAN CEO JEMZ GROUP

๐Ÿ†FASTEST GROWING BUSINESS AWARD
>> DATO’ RAFIFY BIN HAJI RAMLAN
DARI RND RESOURCES SDN BHD

๐Ÿ†PENGHARGAAN KHAS
>> MENTOR USAHAWAN MUDA CEMERLANG
ENCIK ABU AYUB AL ANSARI
ATAU LEBIH DIKENALI
SEBAGAI ABANG ABU, MEKANIK WANG

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSambal Sakura & sakura pelangi empire dapat award.. Alhamdulillah
Yang lain semua Hebat dan superbb dasyat belakaa... Kita je yg biasherrr biasherrr ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ








Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...