Monday 6 May 2019

SALAM RAMADHAN

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai – LAUT INI PENCURI.

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai – LAUT INI BAIK HATI.

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai – LAUT INI PEMBUNUH.

Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai – LAUT INI PENUH BERKAT.

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu.

Maka. JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah selama kita di jalan yang baik. Walau terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai. Takyah jelaskan tentang diri kita kepada siapa pun, kerana yang menyukai kita tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kita lakukan. Dan yang membenci kita tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri kita.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Tuhan memandang keikhlasan hati kita sepanjang kehidupan kita dimuka bumi ini. InshaAllah...

Krdt : Abu Raziq

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...