Friday 17 April 2015

mari ke lombok

kami akan ke lombok 2 minggu lagi


check list

flight book done
pasport done
tukar duit done
backpack done
hotel booking done


itinerary done

gili trawang wajib
sengigi wajib
kuta beach lombok wajib



sekian

Makanan Laut Punca Wajah Hafreez Adam 'Buruk', Tanggung Malu


Hafreez Adam ketika zaman remajanya (kiri) dan wajah terkini.
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Hafreez Adam mendedahkan, kegilaannya terhadap makanan laut pada usia remaja menjadi punca mukanya kelihatan “buruk” akibat dipenuhi jerawat batu.

Hafreez, 25, berkata, masalah itu menyebabkan dia hilang keyakinan diri, malu berjumpa orang ramai dan banyak menghabiskan masa di rumah.

"Ketika berumur 18 tahun muka saya sangat teruk kerana mempunyai banyak jerawat  menyebabkan saya kurang keyakinan diri dan berasa malu. Saya juga jarang keluar bersama rakan-rakan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Hafreez berkata, ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihatinya agar tidak lagi memakan makanan laut kerana ia antara faktor yang menyebabkan wajahnya ditumbuhi jerawat yang banyak.

Katanya, kerana bimbang masalah itu bertambah melarat, dia memutuskan untuk tidak lagi menikmati makanan laut sehinggalah jerawatnya berkurangan dan muka menjadi licin dalam tempoh lima tahun.

Hafreez Adam kini lebih kacak.

"Sejak menerima nasihat yang diberikan oleh doktor saya tidak lagi memakan makanan laut selama lima tahun dan semenjak itu, jerawat di muka saya semakin berkurangan walaupun tidak hilang seratus peratus.

"Perkara ini mungkin juga terjadi disebabkan proses hormon yang terdapat pada badan sewaktu remaja ditambah lagi ketika itu saya kurang menitikberatkan tentang pemilihan makanan yang berkhasiat," jelasnya.

Kata Hafreez, dia telah meluahkan rasa malu itu di dalam blognya dua tahun lalu termasuklah pengalaman dihina  rakan sendiri yang menyamakan wajahnya itu dengan kulit punggung.

Ujarnya, tujuan dia meluahkan perasaan itu adalah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar yakin kepada diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.

Dalam pada itu kata Hafreez, dia perlu mengambil masa yang lama untuk mengembalikan keyakinan dirinya dan berhadapan dengan orang ramai selepas mengalami masalah tersebut.

"Semua perubahan ini berlaku secara berperingkat dan ia mengambil masa yang lama untuk saya mengurangkan jerawat pada muka dengan mencuba pelbagai produk yang terdapat di pasaran.

"Keluarga juga banyak membantu serta mengubah imej saya dari segi pakaian, penjagaan muka serta potongan rambut yang sesuai untuk meningkatkan semula keyakinan diri saya berhadapan orang ramai,” katanya.

Berkat usaha itu Hafreez bukan sahaja berjaya menjadi seorang pelakon tetapi paling bermakna apabila diumumkan sebagai Pelakon Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada 5 Mac lalu.

Dalam perkembangan lain lakonan Hafreez dapat ditonton menerusi slot Akasia (TV3) iaitu Hati Perempuan.

Dia juga popular menerusi drama Bila Hati Berbicara yang pernah ditayangkan di slot yang sama sebelum ini.
 
sumber : mstar

AIRCOND MYVI ROSAK DAN PUNCA-PUNCANYA

OK, aku nk stat buat mukadimah nie... selamat tengah ari salam jumaat.

lame aku xberbicara dalam blog aku sendiri. memang lucky la aku ade masa mencorakkan sikit blog aku yang dah pun kusam. pertama sekali. tajuk atas dah tau kan aku nak cite pasal ape?

ok biasa lah kan bile dengar service aircond sebanyak 280 setiap tahun rase berat bapak laa nak keluarkan duit banyak tue. bayangkan kos kereta yang kita tanggung. rm500 - rm700 bebulan wajib bayar hutang bank. rm300 - rm500 minyak bebulan wajib isi untuk p balik reja. 5 bulan sekali rm200 kena ada atau lebih untuk servis minyak hitam. rm200 sebijik tayar x 4 dah rm800 untuk tukiak tayiak haaa utara sket.. tue nk tukar tayar koman2 2 ke 3 tahun atau lebih. lagi tukar bateri kereta rm200 dalam masa 2 ke 3 tahun,

kira-kira bape banyak stok duit yang kita ada... gaji xseberapa. tukar itu ini dag berape kan. mane nk tepk nak service aircond segala. sekali bile compressor dah rosak tengngaga harga cecah rm2000.. 2k bai.. mane nk cekau....??

aircond ibarat jantung kereta kita. hilang funtion dia. maka hilang laa seri kereta kita. betul x??
dari pembacaan aku kereta MYVI sangat teruk laa kerosakan dia. sila stanby kalau kereta dah berumur 4 ke 5 tahun kena da 2k nk upah repair aircond nie.







  

Masalah aircond kereta

Apa pun puncanya, satu perkara yang kita dapati ialah angin aircond tidak sejuk. Itulah masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi ialah:

·         Gas aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat, sistem yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara kompresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar. Cecair ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed' dan rosak. Gas aircond berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika gas aircond tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan tetap panas.

·         Gegelung penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin kereta dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat kondensasi air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak sesejuk mana.

·         Kipas di kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing. Jadi, tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu. Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.

·         Kompresor rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed' pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar (ambient) supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas itu tidak termampat dan suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak sejuk.

·         Alat kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja.

·         Sensor suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan kepada sistem kluc kompresor untuk on atau off.

·         Alat penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.

·         Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba. 
 
 
Komponen mana yang mahal?

·         Pertama-tama sekali, kompressor. Sila jaga isipadu gas aircond dan minyak pelincirnya.

·         Evaporator (cooling coil) dan kondenser.

·         Motor-fan untuk kondenser, injap pengembang (expansion valve)

·         Saluran paip dan gas aircond.

·         Komponen lain-lain.
 
 
 
Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?

Sistem telah rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms tertentu untuk mengagak bahagian mana yang rosak.

·         Angin tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas berpusing laju tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang saluran ventilasi (aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau jatuh.

·         Angin tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti sedangkan kita pasang aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku kekurangan gas aircond menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu yang diperlukan. Mungkin berlaku kebocoran.

·         Angin tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali - sistem kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah cukup, kompresor akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali, ini bermakna sistem aliran gas/cecair aircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada 'expansion valve'.

·         Angin tidak sejuk bila kereta berhenti tetapi sejuk sikit bila kereta bergerak - kipas kondensor (di ruang enjin) tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan cecair aircond. Kebocoran gas aircond pun mungkin puncanya.

·         Enjin kereta terhenti apabila aircond dihidupkan - kompresor telah 'jammed'.

·         Tiada kedengaran kompressor berpusing walau setelah dihidupkan aircond - sama ada tombol suis aircond telah rosak atau talisawat kompressor (aircond belting) telah putus.
 
 
 

PENYELENGGARAAN HAWA DINGIN PERODUA MYVI




 Nasihat Untuk Pemilik MYVI

 Kepada pemilik kenderaan PERODUA dari semenjak kenderaan ini dikeluarkan hingga sekarang. Agak-agaknya, sudah berapa kali alat penghawa dingin kenderaan tersebut di hantar kepada yang pakar untuk diselenggara.

Berikut adalah kos untuk menyelenggara penghawa dingin PERODUA MYVI.

Rm 250-Rm280.00

Kerja - kerja yang dijalankan ;

1. membuka panel hadapan kenderaan (dashboard) .
2. menanggalkan cooling coil set di tengah-tengah dashboard
3. menservis cooling coil.
4. menambah minyak compressor.
5. pemasangan semula cooling coil dan dashboard.
6. gas r134a free on.

Dan sekiranya pemilik berasa berat untuk mengeluarkan Rm 280.00. Ini adalah kos yang terpaksa ditanggung sekiranya sistem hawa dingin breakdown,,

1.compressor original Rm400.00 - Rm 600.00
2.cooling coil Rm 200.00-Rm400.00
3. kondensor Rm 300.00-Rm 400.00
4. valve Rm180.00-Rm280.00
5.flushing pipe Rm100.00-Rm150.00
6. gas r134a Rm80.00-Rm90.00

Sekian, terima kasih.


ALAT GANTI AIRCOND KENDERAAN

1. Compressor

2. Expansion Valve

3. Filter Drier

4. Preasure Switch

5. Cooling Coil

6. Kondenser

7. Kondenser Fan

8. Fan Motor (kondenser)

9. Blower Motor

10. Suction Paip

11. Charging Paip

12. Compressor Pully

Dan lain-lain yang berkaitan.

COOLING COIL



Terletak di bawah tempat letak kaki penumpang hadapan. Untuk kenderaan baru ada yang terletak di tengah-tengah dashboard. Harga dari Rm 280.00 hingga 1000.00 mengikut jenis kenderaan. Perlu dilakukan pembersihan setahun sekali.

COMPRESSOR


Terletak pada bahagian enjin. Jarang mengalami kerosakan. Tetapi perlu dijalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Harga dari Rm 300 hingga Rm 2000.00 mengikut model.

HARGA SERVIS AIRCOND

Anggaran harga servis aircond di area Johor Bahru lebih kurang RM 50.00- RM 80.00

Kalau area bandar, rasanya ada lebih sikit. Takde tukar barang, Hanya buat servis

jer dan masuk gas ( R12 atau R134A). Tapi, kalau ada tukar barang seperti filter

drier (bentuk mcm botol terletak dalam bahagian enjin warna silver atau hitam) dan

expansion valve (warna emas) jumlah lebih kurang RM 250.00 . Tapi, kalau ada

kebocoran kos nye lebih sikit. Bergantung pada alat ganti yang di tukar. Sebab tu

pengguna-pengguna kenderaan kena periksa aircond kenderaan setahun sekali. Sekurang-

kurangnya mereka dapat tahu problem yang berlaku pada aircond kenderaan mereka.

HARGA SPARE PART AIRCOND (ANGGARAN)

Harga yang di beri ini merupakan anggaran, dan harga ini adalah lebih kurang sama dengan mana-mana negeri di dalam semenanjung Malaysia.

Sekiranya perkakasan system aircond berada didalam keadaan baik, cuma pembersihan habuk-habuk dan tambahan gas yang sudah berkurangan kos nya antara RM 30 – RM80. Bergantung pada sesebuah kedai dan harga semasa barang mentah (Gas)
Sekiranya perkakasan (part) rosak caj tambahan dikenakan mengikut jenis kerosakan antaranya
- Reciever Dryer (RM 50 -70)
- Expansion valve(RM 90- 130)
- Cooling coil (RM 200 – 300)
- Condenser ( RM 250 – 350)
- Compressor ( RM 300 – 1000) mengikut model kereta dan model compressor
- Motor Kipas aircond radiator – RM 140 – RM100 (baru)
Sila semak terlebih dahulu harga-harga barangan sebelum pengantian dilakukan bagi mengelakkan kos yang tinggi. Sebaik-baiknya minta penerangan yang jelas sekiranya mekanik anda menyatakan sesuatu barang perlu ditukar.


copy paste :
http://usahawanmelayumuda.blogspot.com/p/aircond-kenderaan.html

Wednesday 15 April 2015

Dituduh Gila Seks & Gay: Wak Doyok Mahu Buat Laporan Polis



Written by Bella | April 15th, 2015
Dilabelkan sebagai lelaki gila seks dan gay, Wak Doyok menerima pelbagai tomahan daripada masyarakat apatah lagi ada pula individu yang mengaku pernah menjalinkan hubungan songsang bersamanya satu ketika dahulu.





Merasa tertekan dan enggan lagi difitnah, Wak Doyok merencana untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya dan tidak mahu perkara ini berpanjangan serta melibatkan ahli keluarganya.
Saya sendiri tidak tahu siapa orang berkenaan yang telah menulis benda-benda macam itu mengenai saya di Twitter. Ia adalah fitnah dan saya akan buat laporan polis.
Saya ada keluarga. Malah saya menjaga ibu dan bapa saya. Cerita-cerita macam ini bukan sahaja boleh meninggalkan kesan tidak elok kepada saya, bahkan buat keluarga saya juga.
Pada pendapat Wak Doyok, individu yang menyebarkan cerita tidak benar itu sengaja mencari perhatian dan publisiti murahan tanpa memikirkan kesan terhadap mereka yang difitnah olehnya.
Bagi saya, budak ini hendakkan perhatian. Mungkin dia hendakkan populariti untuk dirinya. Tetapi cara ini boleh meninggalkan kesan tidak elok kepada orang lain. Saya harap, jika seseorang itu hendak buat sesuatu, fikir dulu kesannya kepada orang lain.
Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kedudukan beliau sebagai duta mahupun model iklan yang  sekerasnya melarang beliau untuk terlibat atau dikaitkan dengan mana-mana perkara yang boleh menimbulkan kontroversi.





Jangan gentar Wak Doyok, jika anda tidak bersalah pasti satu hari nanti kebenaran akan terbongkar jua. Kami yakin perkara seperti ini mampu membuatkan anda lebih tabah dan kuat dalam industri.
Sumber Berita: Mangga Online

Bruce Jenner Bakal Dedahkan Persediaan Tukar Jantina



Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 1:25 PM

Bruce Jenner pernah menjadi bapa tiri kepada Kim Kardashian.





PEMENANG pingat emas Olimpik, Bruce Jenner, yang juga bekas bapa tiri kepada selebriti siri realiti, Kim Kardashian akan mendedahkan bagaimana dia kini bersiap sedia untuk bertukar menjadi seorang wanita.

Pendedahan itu dibuat dalam satu wawancara khas dengan stesen televisyen ABC yang akan disiarkan  pada 24 April ini.

Inilah buat pertama kalinya Jenner akan membicarakan secara terbuka tentang dirinya sebagai seorang transgender.

Sebelum ini dia telah menjadi subjek popular di kalangan media Amerika Syarikat yang mengatakan yang Jenner sedang bertukar menjadi seorang wanita.

Tetapi, klip promosi terbaru ABC tentang wawancara eksklusif yang dijalankan oleh wartawan penyiaran Diane Sawyer dengan Jenner memberi indikasi yang mereka akan membicarakan secara khusus tentang proses pertukaran jantina tersebut.

"Seluruh hidup saya adalah untuk bersedia kepada ini," ujar Jenner dalam klip promosi itu.

Kim Kardashian.
Kim Kardashian

Wawancara itu dikatakan berlangsung selama dua jam.

Jenner, 65, adalah pemenang pingat emas Olimpik dalam acara dekatlon pada tahun 1976 di Montreal, Kanada, mewakili Amerika Syarikat, telah mengekalkan gaya hidup 'low profile' sejak dia terlibat dalam satu kemalangan yang mengorbankan seorang pemandu kereta lain pada 7 Februari lalu.

Ketika kemalangan itu berlaku dia dikatakan sedang menggunakan telefon bimbitnya.

Menurut laporan media, Jenner telah pun memaklumkan kepada ahli keluarga termasuk bekas isterinya yang dia adalah seorang transgender dan sedang bertukar menjadi seorang wanita

Media massa melaporkan salah satu sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Kris Jenner, iaitu ibu kepada Kim Kardashian ialah untuk memberi ruang kepada dirinya sendiri bertukar dari seorang lelaki kepada wanita.

Tags / Kata Kunci: Bruce Jenner , Kim Kardashian

Hubungan Mesra Kristen Stewart Dengan Pembantu Diragui


Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 4:00 AM

(Ubah saiz teks)



 
KHABAR angin pelakon Kristen Stewart mempunyai hubungan dengan wanita bukan lagi perkara baharu.

Perkara tersebut tersebar apabila dia mula mengubah penampilan dengan berpakaian seperti seorang lelaki.

Terbaharu, kamera paparazzi berjaya merakam gambar dia bersama rakan baik yang juga pemanbatu peribadinya Alicia Carile.

Seperti dipetik Daily Mail, gambar itu memaparkan Kristen berjalan beriringan sambil berpegangan tangan di sebauh jalan di Los Angeles.

Sebelum ini juga, khabar tentang keakraban mereka boleh dilihat seperti pasangan kekasih apabila gambar-gambar mesra mereka tersebar.

Bagaimanapun, hingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon filem Twilight itu.

Selepas Terowong Dasar Laut, P Pinang Umum Bina Kereta Kabel


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 4:34 PM

(Ubah saiz teks)



GEORGE TOWN: Selepas mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang sehingga kini belum dilaksanakan, kerajaan DAP Pulau Pinang pada Rabu mencadangkan pula pembinaan 'Penang Sky Cab' (kereta kabel) bagi menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek kerjasama antara kerajaan negeri dan Penang Sentral itu masih di peringkat penerokaan dan dijangka siap pada 2018, jika tidak berlaku sebarang masalah teknikal.
Beliau berkata objektif utama pembinaan 'Penang Sky Cab' itu ialah untuk mewujudkan kepelbagaian pengangkutan awam di negeri ini.
"Kita sudah ada bermacam-macam pengangkutan awam di negeri ini termasuk feri, kereta api, bas dan teksi yang menghubungkan tanah besar ke kawasan pulau serta kawasan lain.
"Pembinaan ini satu lagi projek yang menunjukkan perkembangan pembangunan di sini, selain memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam," katanya pada sidang media di sini.
Lim berkata Gat Lebuh Nordin di sini, dan Penang Sentral di Butterworth akan menjadi terminal perhentian yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai.
Beliau berkata pemilihan Penang Sentral sebagai terminal perhentian itu adalah untuk memudahkan pengguna mendapatkan pengangkutan awam lain, kerana ia merupakan hab pengangkutan awam menempatkan pelbagai kemudahan awam.
Sementara itu, jurucakap Penang Sentral Shireen Mohd Iqbal berkata fasa pertama pembinaan kereta kabel itu melibatkan 40 kabin bagi menampung 1,000 pengguna dalam tempoh sejam.
Beliau berkata sebuah kabin mampu menampung 10 penumpang dan perjalanan mengambil masa 15 minit.
"Penang Sky Cab akan memberi kemudahan kepada penduduk di Pulau Pinang kerana ia mudah dan cepat. Pembinaan Sky Cab ini juga dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di negeri ini, dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan seiring dengan slogan 'Cleaner Greener Penang'," katanya.

Justin Timberlake Terima Anak Lelaki




Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 1:00 PM

Justin Timberlake mengucup perut isterinya, Biel sebelum pelakon itu melahirkan anak sulung mereka pada Sabtu.


 

LOS ANGELES: Penyanyi, Justin Timberlake dan isterinya Jessica Biel menyambut kelahiran anak pertama mereka pada Sabtu.
Anak lelaki pertama buat pasangan popular ini dinamakan Silas Randall.
Timberlake, 34, melahirkan rasa gembira dalam majalah People, sambil menambah isteri dan bayi barunya berada dalam keadaan normal dan selamat.
Sementara itu, ibu kepada penyanyi ini, Lynn Harless yang terharu menerima cucu baru itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak menerusi status di laman sosial, Facebook.
"Anak lelaki saya dan isteri jelitanya telah mengurniakan hadiah yang sangat berharga di dunia!
"Silas Randall Timberlake merupakan nama keluarga teragung! Hidup ini sangat indah dan kami gembira tak terkata! Semoga tuhan memberkati anda semua yang mengucapkan tahniah," kata Lynn Harless.
Pelakon, Biel, yang popular menerusi siri televisyen Amerika Syarikat 7th Heaven, mula bercinta bersama bekas ahli kumpulan N'Sync, Timberlake pada 2007 sewaktu suaminya bergerak secara solo.
Pasangan itu berkahwin pada 2012 dalam satu majlis mewah di Itali.

Furious 7 Catat Rekod Baru Kutipan Jualan Tiket Di China & Rusia


Furious 7 Catat Rekod Baru Kutipan Jualan Tiket Di China & Rusia

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 4:47 PM
Mendiang Paul Walker muncul buat kali terakhir dalam filem Furious 7 sebelum dia meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Valencia, Santa Clarita, California, Amerika Syarikat pada 30 November 2013 pada usia 40 tahun. .
 
 
(Ubah saiz teks)
FILEM terbaru keluaran Studio Universal, 'Furious 7' telah mencecah kutipan panggung sebanyak AS$68.6 juta di pasaran China iaitu yang terbesar dalam tayangan hari pertama di negara itu sekaligus memberi indikasi yang filem ini akan mengatasi kutipan yang dicatatkan oleh 'Transformers: Age of Extinction' sebanyak AS$310 juta pada musim panas tahun lalu.
Filem terakhir lakonan mendiang Paul Walker itu telah pun mendapat sambutan luar jangkaan di seluruh Amerika Utara. Keseluruhannya, 'Furious 7' yang masuk panggung dua minggu yang lalu di seluruh dunia telah mencatatkan jualan tiket sebanyak AS$800.5 juta - mengatasi kutipan yang dibuat oleh "Fast & Furious 6'.
Menurut laporan portal berita The Hollywood Reporter, data daripada Entgroup menunjukkan yang filem tersebut telah ditayangkan di 95,604 panggung di seluruh Negeri China yang turut menyaksikan sejumlah 10.16 juta orang menontonnya pada hari Ahad lalu sahaja.
Ia adalah catatan tertinggi dalam sejarah tayangan minggu pertama di negara itu setakat ini.
Filem 'Transformers: Age of Extinction' masih mengekalkan rekod sebagai filem dengan kutipan tertinggi pada minggu tayangan pertama di Negeri China.
'Furious 7' kini diramalkan mampu mengutip sehingga AS$350 juta.
Kehadiran Vin Diesel, Jason Statham dan Michelle Rodriguez di Beijing pada hujung Mac lalu untuk mempromosi filem ini turut menyumbang kepada sambutan luar biasa apatah lagi selepas Diesel membuat kenyataan ada kemungkinan pengambaran 'Furious 8' akan dibuat di China.
Ia telah mencatatkan rekod jualan tiket bukan sahaja di China malah di Rusia, dengan kutipan sehingga AS$15 juta dalam tempoh empat hari pertama tayangan.

15 Orang Peluk Islam Terima Dakwah Adam Corrie Di FB, Instagram

15 Orang Peluk Islam Terima Dakwah Adam Corrie Di FB, Instagram
Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 5:32 AM
Adam Corrie bakal membawa jemaah mualaf menunaikan umrah Jun depan.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia berjaya menarik kira-kira 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah , 47, berkata, perkara tersebut dilakukan menerusi dakwahnya setiap hari di laman sosial Facebook (FB) dan Instagram.

"Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram.
"Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah.

"Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Adam, dia juga pernah mendapat mesej daripada seorang lelaki India yang menetap di Australia yang ingin mengetahui beberapa perkara tentang Islam.

Katanya, lelaki tersebut pulang ke Malaysia untuk melafazkan syahadah dan menganggap ayat-ayat yang saya muat naik itu memberi inspirasi kepadanya untuk memeluk agama Islam.

"Ada seorang lelaki berbangsa India, dia orang Malaysia tetapi menetap di Australia. Dia sering bertanya tentang Islam dan maksud ayat-ayat yang saya muat naik di laman sosial.

"Sehinggalah dia minta bantuan saya untuk menghubungi pihak tertentu bagi memeluk Islam. Selalunya, saya akan bawa mereka ke Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) atau seorang ustaz untuk mengetahui lebih lanjut serta cara untuk mengucap syahadah," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia dalam proses menjalankan projek ibadah umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan.

Katanya, projek yang sudah diusahakan selama dua tahun itu akhirnya bakal dilaksanakan pada 10 Jun depan bersama 25 jemaah dari Perkim.

"Projek ini sudah dua tahun saya usahakan, namun banyak sangat rintangan terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga, mereka kata ingin taja 40 jemaah, namun akhirnya diam tanpa sebarang mesej.

"Kali ini, pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk 25 jemaah, Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan," ujarnya.

Tambah Adam, dia masih mencari dana untuk duit perbelanjaan jemaah di tanah suci.

Pelawak Kasanova: Tauke Report Polis, Saman Penulis Blog


Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 1:07 PM

Tauke sempat merakamkan gambar ketika membuat laporan di Balai Polis Gombak pada Isnin.
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) bertekad untuk menyaman tiga penulis blog yang masih menyebarkan fitnah dengan menuduh dia adalah individu yang dikaitkan sebagai pelawak kasanova atau kaki perempuan.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, tuduhan tersebut amat keterlaluan sehingga menjejaskan pekerjaannya sebagai penyampai radio di ERA FM.

"Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan itu.

"Setakat ini polis sedang buat siasatan dan petang nanti (Selasa) saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka," ujarnya kepada mstar Online, di sini, Selasa.

Tauke membuat laporan polis di Balai Polis Gombak, dekat sini, kira-kira pukul 10 malam Isnin terhadap tiga penulis blog yang menfitnah dirinya sebagai individu terkait dengan gosip 'pelawak kasanova'.

Terdahulu, Tauke sudah memberi penjelasan kepada media bahawa dia bukan pelawak yang dikatakan mempermainkan beberapa gadis dengan menghantar mesej-mesej berbaur lucah.


Tauke

Sementara itu, Tauke berkata, perkara tersebut bukan sahaja menjejaskan imejnya sebagai pelawak, malah memberi kesan buruk terhadap program SATE kendaliannya di ERA FM.

Program tersebut keudara pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 4 petang hingga 8 malam.

"Selama ini saya berdiam sahaja jika mereka tulis cerita buruk tentang saya, tetapi kali ini terlalu melampau kerana ia turut menjejaskan stesen radio dan progam yang saya kendalikan di Era FM.

"Saya buat demikian untuk membersihkan nama saya semula dan memberitahu bahawa saya tiada kaitan dengan kontroversi tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berharap tindakan yang dilakukan itu dapat memberi pengajaran terhadap penulis blog yang lain agar tidak mengaut keuntungan dengan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak marah kalau sesuatu cerita saya itu ditembual oleh wartawan atau daripada pihak media yang diiktiraf dan kenyataan itu daripada mulut saya sendiri.Malangnya terdapat blog-blog yang gemar menulis sesuka hati tanpa mengambil kenyataan saya.

"Mereka mahu mengaut keuntungan cara mudah sehingga sanggup menutup periuk nasi orang lain," tegasnya.

KWSP Mulakan Rundingan Mengenai Umur Pengeluaran Penuh


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

 
 
 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memulakan program bersama pihak berkepentingan dan ahlinya mulai 20 April, 2015 mengenai langkah menaikkan umur pengeluaran penuh.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, KWSP berkata program bersama itu akan meliputi penambahbaikan terhadap perkhidmatan semasa yang ditawarkan oleh KWSP, termasuk cadangan untuk menangani isu berkaitan ketidakcukupan simpanan persaraan bagi jangka panjang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cadangan dan pilihan di laman web myEPF (www.kwsp.gov.my) mulai Isnin, 20 April 2015.
Ahli KWSP boleh memberi pandangan dan komen berkaitan cadangan dan pilihan itu melalui platform i-Akaun yang selamat dan sulit mulai 21 April.
"KWSP akan memastikan segala pindaan atau keputusan yang dibuat adalah dengan mengambil kira kepentingan ahli dan hanya selepas berunding dengan semua pihak berkepentingan utama," katanya.

Tags / Kata Kunci: KWSP

TIPS PARKING KERETA MURAH DI KLIA KALAU NAK TRAVEL

Tips parking kereta murah di KLIA & KLIA2



hai ade yang nk travel dan nak berjimat x. ialah parking kereta dekat KLIA kan mahal.. agak2 ade x yang jimat untuk kite travel nanti...??

Rate parking kat KLIA2 is RM46.00 per day...
info bole cari kat website KLIA2 - KLIA2 parking info

nak berjimat macam saye, boleh la anda2 semua parking kereta kat Putrajaya Sentral jek..
then dari Putrajaya Sentral , boleh terus naik train ERL terus ke KLIA & KLIA2, x sampai 15 minit dah sampai airport.

Train ERL ni akan lalu di KLIA dulu kemudian ke hentian terakhir di KLIA2 (plase refer gambar laluan tren ERL kat bawah nih).
Train ERL akan berhenti betul2 dekat level bawah airport, so turun je dari train, anda just boleh terus naik lif and terus ke departure hall di tingkat atas.
senang kan?? mudah & amat convinience..



Pic: Laluan Tren ERL & Harga tiket (dewasa) ~ source from KLIA info website

putrajaya sentral nih located Presint 7..
that time saye pun first time datang situ, so saye search pakai waze aje..
just type putrajaya sentral, so memang ade and terus aje ikut waze..
x susah pun nak cari sebab die betul2 tepi jalan..



 


 
Pic source from ~ KLIA2 website

So untuk info & details yang lebih pasal putrajaya sentral nih, anda boleh refer kat link bawah nih..
putrajaya sentral info
Putrajaya sentral info 1
putrajaya sentral info 2
putrajaya sentral info 3


image from the star news


 
 
 
Bila sampai di Putrajaya Sentral, just parking kereta anda dekat parking dalam banggunan putrajaya sentral (parking dalam banggunan yang berbumbung ye)..
memang masa saya datang tak banyak kereta yang ada kat situ, but jangan risau sebab memang ade guard yang jaga parking 24 hours + ade cctv or litar kamera bertutup =)
and Alhamdulillah kereta kami selamat aje..
lepas dah parking just naik lift ke tingkat atas.
lepas tu cari terminal ERL transit. (senang aje pun sebab tak besar sangat pun banggunan nye)
 
harga tiket train ERL dari putrajaya sentral ke KLIA & KLIA2 adalah RM6.20 sehala bagi dewasa.
Murah kann???

api, kita tetap boleh membuat pilihan jika ingin berjimat. Ini kerana Mereka juga menyediakan perkhidmatan KLIA Transit Train. Tetapi anda perlu bijak menguruskan masa dan tak malas untuk bergerak.
KLIA Transit
Untuk menyemak jadual pergerakan KLIA Transit Train korang leh semak di www.klia2.info/kliaekpres [klik
 
 
dalam 15 minit je kami dah sampai ke KLIA2..
so lepas dah sampai kami terus naik lift ke tingkat atas untuk ke departure Hall.
memang sangat mudah even kami travel with baby stroller.
plus aircond ade merata, so jangan la duk imagine macam naik train biase yang panas berpeluh2 tu...
memang sangat selesa tau u ollsss =)
 
Rate parking kat putrajaya sentral berapa??
haha soklan ni susah sikit saye nak jawab sebab saye pun pening nak kira bile tengok information board die macam gambar kat bawah...(korang kira sendiri la pakai calculator eh hehe)
but total parking rate saya untuk 4 hari 3 malam ~ lebih kurang dalam 90 jam is RM14.00
ok i ulang balik eh RM14.00 aje for 4 days parking...
giler MURAH kan??
p/s : bila congak2 balik, rate sehari dalam RM4, depend on pukul berapa anda masuk parking, sebab tu saye kate calculation die macam pening sikit, so just nak senang kira sehari = RM4.00++

 


ok since ramai sangat yang tanye pasal info train dari putrajaya sentral nih, saye letak link untuk anda check time train & details pasal train.. untuk schedule/ jadual train dari putrajaya sentral,
anda boleh check kat sini ~ erl express details

untuk yang nak check jadual keseluruhan train ERL, anda boleh check kat link pdf nih ~ ERL train schedule


yang atas nih waktu/time untuk first train yang beroperasi..
details train seterusnya ade kat link atas..


So kalau rasa nak berjimat sila la follow, but if rase kaya & nak sedekah duit bertimbun2 tu bole terus parking kat KLIA & KLIA2 aje =)
hope this can help travellers out there...
have a safe trip u guyss =)
bye



hasil entry dari : http://satriakelabu.blogspot.com/2014/07/tips-parking-kereta-murah-di-klia-klia2.html

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...