Friday 17 April 2015

AIRCOND MYVI ROSAK DAN PUNCA-PUNCANYA

OK, aku nk stat buat mukadimah nie... selamat tengah ari salam jumaat.

lame aku xberbicara dalam blog aku sendiri. memang lucky la aku ade masa mencorakkan sikit blog aku yang dah pun kusam. pertama sekali. tajuk atas dah tau kan aku nak cite pasal ape?

ok biasa lah kan bile dengar service aircond sebanyak 280 setiap tahun rase berat bapak laa nak keluarkan duit banyak tue. bayangkan kos kereta yang kita tanggung. rm500 - rm700 bebulan wajib bayar hutang bank. rm300 - rm500 minyak bebulan wajib isi untuk p balik reja. 5 bulan sekali rm200 kena ada atau lebih untuk servis minyak hitam. rm200 sebijik tayar x 4 dah rm800 untuk tukiak tayiak haaa utara sket.. tue nk tukar tayar koman2 2 ke 3 tahun atau lebih. lagi tukar bateri kereta rm200 dalam masa 2 ke 3 tahun,

kira-kira bape banyak stok duit yang kita ada... gaji xseberapa. tukar itu ini dag berape kan. mane nk tepk nak service aircond segala. sekali bile compressor dah rosak tengngaga harga cecah rm2000.. 2k bai.. mane nk cekau....??

aircond ibarat jantung kereta kita. hilang funtion dia. maka hilang laa seri kereta kita. betul x??
dari pembacaan aku kereta MYVI sangat teruk laa kerosakan dia. sila stanby kalau kereta dah berumur 4 ke 5 tahun kena da 2k nk upah repair aircond nie.







  

Masalah aircond kereta

Apa pun puncanya, satu perkara yang kita dapati ialah angin aircond tidak sejuk. Itulah masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi ialah:

·         Gas aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat, sistem yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara kompresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar. Cecair ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed' dan rosak. Gas aircond berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika gas aircond tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan tetap panas.

·         Gegelung penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin kereta dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat kondensasi air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak sesejuk mana.

·         Kipas di kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing. Jadi, tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu. Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.

·         Kompresor rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed' pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar (ambient) supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas itu tidak termampat dan suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak sejuk.

·         Alat kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja.

·         Sensor suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan kepada sistem kluc kompresor untuk on atau off.

·         Alat penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.

·         Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba. 
 
 
Komponen mana yang mahal?

·         Pertama-tama sekali, kompressor. Sila jaga isipadu gas aircond dan minyak pelincirnya.

·         Evaporator (cooling coil) dan kondenser.

·         Motor-fan untuk kondenser, injap pengembang (expansion valve)

·         Saluran paip dan gas aircond.

·         Komponen lain-lain.
 
 
 
Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?

Sistem telah rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms tertentu untuk mengagak bahagian mana yang rosak.

·         Angin tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas berpusing laju tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang saluran ventilasi (aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau jatuh.

·         Angin tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti sedangkan kita pasang aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku kekurangan gas aircond menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu yang diperlukan. Mungkin berlaku kebocoran.

·         Angin tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali - sistem kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah cukup, kompresor akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali, ini bermakna sistem aliran gas/cecair aircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada 'expansion valve'.

·         Angin tidak sejuk bila kereta berhenti tetapi sejuk sikit bila kereta bergerak - kipas kondensor (di ruang enjin) tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan cecair aircond. Kebocoran gas aircond pun mungkin puncanya.

·         Enjin kereta terhenti apabila aircond dihidupkan - kompresor telah 'jammed'.

·         Tiada kedengaran kompressor berpusing walau setelah dihidupkan aircond - sama ada tombol suis aircond telah rosak atau talisawat kompressor (aircond belting) telah putus.
 
 
 

PENYELENGGARAAN HAWA DINGIN PERODUA MYVI




 Nasihat Untuk Pemilik MYVI

 Kepada pemilik kenderaan PERODUA dari semenjak kenderaan ini dikeluarkan hingga sekarang. Agak-agaknya, sudah berapa kali alat penghawa dingin kenderaan tersebut di hantar kepada yang pakar untuk diselenggara.

Berikut adalah kos untuk menyelenggara penghawa dingin PERODUA MYVI.

Rm 250-Rm280.00

Kerja - kerja yang dijalankan ;

1. membuka panel hadapan kenderaan (dashboard) .
2. menanggalkan cooling coil set di tengah-tengah dashboard
3. menservis cooling coil.
4. menambah minyak compressor.
5. pemasangan semula cooling coil dan dashboard.
6. gas r134a free on.

Dan sekiranya pemilik berasa berat untuk mengeluarkan Rm 280.00. Ini adalah kos yang terpaksa ditanggung sekiranya sistem hawa dingin breakdown,,

1.compressor original Rm400.00 - Rm 600.00
2.cooling coil Rm 200.00-Rm400.00
3. kondensor Rm 300.00-Rm 400.00
4. valve Rm180.00-Rm280.00
5.flushing pipe Rm100.00-Rm150.00
6. gas r134a Rm80.00-Rm90.00

Sekian, terima kasih.


ALAT GANTI AIRCOND KENDERAAN

1. Compressor

2. Expansion Valve

3. Filter Drier

4. Preasure Switch

5. Cooling Coil

6. Kondenser

7. Kondenser Fan

8. Fan Motor (kondenser)

9. Blower Motor

10. Suction Paip

11. Charging Paip

12. Compressor Pully

Dan lain-lain yang berkaitan.

COOLING COIL



Terletak di bawah tempat letak kaki penumpang hadapan. Untuk kenderaan baru ada yang terletak di tengah-tengah dashboard. Harga dari Rm 280.00 hingga 1000.00 mengikut jenis kenderaan. Perlu dilakukan pembersihan setahun sekali.

COMPRESSOR


Terletak pada bahagian enjin. Jarang mengalami kerosakan. Tetapi perlu dijalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Harga dari Rm 300 hingga Rm 2000.00 mengikut model.

HARGA SERVIS AIRCOND

Anggaran harga servis aircond di area Johor Bahru lebih kurang RM 50.00- RM 80.00

Kalau area bandar, rasanya ada lebih sikit. Takde tukar barang, Hanya buat servis

jer dan masuk gas ( R12 atau R134A). Tapi, kalau ada tukar barang seperti filter

drier (bentuk mcm botol terletak dalam bahagian enjin warna silver atau hitam) dan

expansion valve (warna emas) jumlah lebih kurang RM 250.00 . Tapi, kalau ada

kebocoran kos nye lebih sikit. Bergantung pada alat ganti yang di tukar. Sebab tu

pengguna-pengguna kenderaan kena periksa aircond kenderaan setahun sekali. Sekurang-

kurangnya mereka dapat tahu problem yang berlaku pada aircond kenderaan mereka.

HARGA SPARE PART AIRCOND (ANGGARAN)

Harga yang di beri ini merupakan anggaran, dan harga ini adalah lebih kurang sama dengan mana-mana negeri di dalam semenanjung Malaysia.

Sekiranya perkakasan system aircond berada didalam keadaan baik, cuma pembersihan habuk-habuk dan tambahan gas yang sudah berkurangan kos nya antara RM 30 – RM80. Bergantung pada sesebuah kedai dan harga semasa barang mentah (Gas)
Sekiranya perkakasan (part) rosak caj tambahan dikenakan mengikut jenis kerosakan antaranya
- Reciever Dryer (RM 50 -70)
- Expansion valve(RM 90- 130)
- Cooling coil (RM 200 – 300)
- Condenser ( RM 250 – 350)
- Compressor ( RM 300 – 1000) mengikut model kereta dan model compressor
- Motor Kipas aircond radiator – RM 140 – RM100 (baru)
Sila semak terlebih dahulu harga-harga barangan sebelum pengantian dilakukan bagi mengelakkan kos yang tinggi. Sebaik-baiknya minta penerangan yang jelas sekiranya mekanik anda menyatakan sesuatu barang perlu ditukar.


copy paste :
http://usahawanmelayumuda.blogspot.com/p/aircond-kenderaan.html

23 comments:

Anonymous said...

Banyak ilmu dapat dipelajari dari Tuan.. Saya salah seorang pemilik myvi 1.3.. Terima kasih dari ( ewetrading Instagram )

rahimiafandi said...

Kat mane kedai servis aircond yg bagus area lembah klang ni

rahimiafandi said...

Kat mane kedai servis aircond yg bagus kat area lembah klang ni?

Nizam.Ariff said...

http://www.akuyangakut.blogspot.my/2014/02/masalah-aircond-kereta-dan-punca.html?m=1Sebahagian artikel anda diatas diambil disini...

Unknown said...

Terima kasih atas info berguna. Thumbs up

Anonymous said...

Terbaik la bro ! Tq !

Unknown said...

TQ INFO

Diana said...

Memang sebiji la macam yang saya kena sekarang. Sekali kena tukar kompressor, kondensor, valve.. Capailah RM2k :'(

Unknown said...

Myvi saya siang atau panas aircond xsejuk..tp bila malam or hujan aircond sejuk..itu apa punca nya ye?

Anonymous said...

Saya tgh nk tkr compressor condensor smua.tp dia kata harga myvi ori compressor ahj 1400.dia kata tkr smua 3k.betulke harga ni

Unknown said...

Assalamualaikum. Sekiranya anda ingin repair aircond kereta apa juga model kenderaan dgn harga berbaloi dan sekiranya anda sangat takut untuk ke bengkel kerana takut diketuk bolehlah hubungi 0168355250. Lokasi di Ampang.

Unknown said...

kalau aircond kurang sejuk, kita set temperature paling minimum boleh rosakkan kompenen2 dalam aircond ke? Macam kita push aircond tu untuk bagi sejuk jugak walaupun gas dah kurang.

Azmi said...

Baru lepas kena. Aircond myvi SE 2010 tiba2 panas. Cepat2 off aircond. Tak pakai aircond sampai pergi bengkel. Mekanik buat check cooling coil bocor. Nak ganti baru kena buka dashboard. Tu yg harga barang dgn upah lebih kurang sama. Nasib baik cecair dlm pipe aircond masih jernih. Kalau hitam, kena tukar semua sakli lagi kena ribu2. Semua sekali RM600.

Unknown said...

As salam....compressor berbunyi..mnyak ok xhitam..sya try tukar magnetic bearing n pulley(sendiri buat) soalan...
1. Adakah ok skadar tukar part tersebut..
2.knapa lepas pasang semua n isi mnyak ,compressor tak contac..(test magnet coil ok) adakah perlu isi gas terlebih dahulu baru compressor contac..
Mohon pencerahan tuan...t.kasih

Unknown said...

Knpa ad bengkel cas RM 550 utk servis...major servis katanya...

pakteh2020 said...

terbaik tn...
✅penerangan psl "aircond" sgt "clear"
✅smg dirahmati tuhan ats perkongsian sangat bermakna

hans said...

Situasi yang sama...

Francis said...

Saya pakai myvi model 2009...aircond saya lambat sejuk. Kalau dah jln dlm 1km mcm tu bru dia sejuk. Berhenti dkt trafic light, dia x sejuk..cooling koil dh tkr, kipas pn dh tkar, cmpresor pn dh tkar.. Masih juga pblm yg sama.. Service dgn drain skali pn dah.. Masih juga pblm yg sama.. Saya dh habis ribuan ringgit dh utk repair air cond je.. Tpi tetap lmbt sejuk.. Kalau drive dlm cuaca panas, mmg x de rasa sejuk. Rasa agin panas je.. Saya nak minta tips tuan mcm mana nak satle mslh ni..

Unknown said...

Myvi saya kalau jalan dekat sejuk..kalau jalan jauh...rasa angin je..apa masalahnye? Lebih - lebih lagi waktu panas..x rasa laa

Unknown said...

Minta maaf sy tolong jwb.dr pngalaman.sistem aircond tuan mungkin ada sumbat lg..sistem tidak lancar.aircond cut off pun x de.kete sy pun pernah jd mcm tu.untuk selesai masalah sy beli sistem aircond 1 set dkt kedai halfcut dlm rm650.blk terus psg alhamdulillah dah 2 tahun lbh pakai masih sejuk beku.blh wasup untuk pertanyaan 0184672868

Triple A said...

Terbaek pengelanan Aircond myvi.

ayid said...

Good sharing

Yolanz said...

Hello, tahun 2023, September sini. Penerangan bro sangat bagus dikongsi bersama terutama untuk orang macam saya ni perempuan tapi kurang pengetahuan tentang maintenance kereta myvi saya. Harap bro masih teruskan buat penulisan macam ni. Atau bro kongsikan dalam FB page, Instagram, atau YouTube untuk public follow. Peace✌️

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...