Thursday 27 September 2018

Resepi Oden Family Mart. Jimat!!!








Resepi Oden Family Mart. Jimat!!!

Lepas ni tak payah pergi jauh2 nak makan Oden ni!

😍😍😍😍

Oden ala (family mart)

Bahan2

Perencah Asam Pedas adabi-2 paket
Perencah Tomyam - 4 sudu besar/ 1paket
1 kiub perencah tomyam
Air ikut suke korang

perasa xpayah letak sbb dh ada rasa dkt perencah tu.

Bahan Oden (Fish tofu/seafood tofu/crab stick/fishcake).

*boleh beli dekat Giant / mana2 kedai frozen food.

Tumis perencah asam pds, masuk kan air ikt suke korang then masukkan perencah tomyam, lepas tu campak oden di dlm periuk kesygaan korang. then its ready to eat yeayyy!!.

selamat mencuba. 😘😘

RAHSIA BURGER RAMLY LEBIH SEDAP





Rahsia Burger Sedap.
*Dari penulis asal Adie Redzuan.

1. Wajib guna daging 70g.. xyah la dok save sgt nk pi haji blk hari.. tak untung mana pn.. meniaga kena jujur.. harga nk letak mahai, daging hok nipih.. apa dia..




2. Masak daging, jgn tekan.. bila tekan, jus daging akan kluar.. pasai tu daging jadi kering.. alih2 kan saja.. boh planta sikit.. sikit ja.. jgn sampai banjir.. dlm daging tu sendiri dh ada minyak..




3. Daging tu lubang2kan saja.. tak belah tengah pn xpa.. pastu letak la seasoning.. aku suka lea and peirin.. btui ka dak eja.. maggi pn ok.. letak la lada skit.. terangkat la..




4. Ayaq bawang putih.. ayaq ni utk menggantikan jus daging yg hilang.. so daging akan jadi juicy.. curah skit masa daging dh masak.. nk buat dia, potong bawang putih, boh dlm ayaq kosong ja.. boh dlm botoi, tudung botoi buat lubang2 skit..




5. Guna api sederhana.. api yg kuat juga akan keringkan daging..




6. Roti tu boh la planta bagi penuh.. xyah dok sep sgt.. roti letak ja atas kuali.. jgn tekan.. geng lama2 pakai kayu.. utk pressure roti saja.. bukan meleperkan roti.. lagi cantik gitu..




7. Sayur tu ikut hgpa la.. slalu org pakai kobis la kan.. tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg.. lebih sedap.. tapi kot payah nk dpt hari2 la.. pastu mahai sikiiiiiitttt..




8. Sos jgn pakai yg murah.. kebanyakan peniaga burger di kl yg top2 tu pakai longson.. payah nk jumpa kot no.. klu kt perlis ni, peniaga kebab yg byk pakai longson.. pasai tu kebab depa sedap..




9. Mayo plak paling best pakai nelly.. mahaiiii.. tapi sapu sikit ja.. jgn creettt lagu ladys choice tu.. sikit pn dh berasa x sangga..




10. Utk cheese, aku pakai smoke bbq.. apa2 brand pn xpa.. rona dia oren.. mahai skit, tapi mmg berasa cheese dia.. penah dak hgpa beli cheese burger, tapi tak rasa pn cheese dia.. pasai cheese murah..



11. Blackpaper sos.. klu ble masak la sendiri.. jgn dok harap hok siap dh ja.. tak brapa syahdu hok tu.. mudah ja.. masak butter dgn tepung gandum.. sampai naik bau sedap.. boh la oyster, lada hitam kasaq, kicap cayaq, chicken stock, garam.. otter la gena pn sampai sedap di mulut.. celup daging dlm kuah blackpepper.. apa nk kata..




12. Last skali aturan bubuh sayur, sos, mayo.. yg ni kajian sendiri la.. sos dgn mayo klu ble asingkan.. mayo bawah, sos atas.. bila makan, baru terasa dua2 rasa yg beza.. klu cheese tu, letak atas daging yg panas.. bagi dia cayaq melekat kt daging..



Senang cerita, hgpa buat burger, hgpa try makan.. kita juai mcm mana kita suka makan.. baru org lain pn suka.. jgn kedekut bahan.. buat bagi sedap.. untung by volume.. baru ble kekal lama meniaga..

*Gambar sekadar hiasan.

Monday 24 September 2018

Ayah...


Hanya seorang manusia yang bergelar ayah je faham.. Share jika anda tersentuh dengan nukilan gambar2 ini.
Moment menjadi seorang Ayah yang akan di ingati oleh anak2nye nanti...
























Sinopsis Drama Let Me Introduce Her. / about her

Sinopsis Drama Let Me Introduce Her.

Dekat astro ONEHD tajuk dia ABOUT HER.

 Let Me Introduce Her adalah drama Korea 2018 bergenre melodrama, mystery. Serial drama Korea ini disutradarai oleh Park Gyung-Ryeol dan skenarionya ditulis oleh Park Un-Hee. Pemain utama drama Korea Let Me Introduce Her antara lain Nam Sang-Mi, Kim Jae-Won, Jo Hyun-Jae. 

Sinopsis Drama Let Me Introduce Her seorang wanita kehilangan ingatannya setelah operasi plastik. Han Kang-Woo adalah dokter bedah plastiknya, dia membantunya mendapatkan kembali ingatannya. Sementara itu ada Kang Chan-Ki, merupakan seorang pembaca berita yang tampak baik, tapi dia memiliki sisi gelap. Drama Korea Let Me Introduce Her mulai tayang tanggal 14 July 2018 di channel SBS setiap Sabtu, pukul 20:55. Sekarang di OneHD 393








Ost lagu save me dari drama LET ME INTRODUCE HER  ABOUT HER . Lagu nie sangat best.







Profil Let Me Introduce Her (2018)

  • Judul: Let Me Introduce Her
  • Genre: Melodrama, Mystery
  • Sutradara: Park Gyung-Ryeol
  • Penulis naskah: Park Un-Hee
  • Channel: SBS
  • Jumlah episode: -
  • Tanggal tayang: 14 July 2018
  • Hari dan Jam Tayang: Sabtu, pukul 20:55

Sinopsis Drama Let Me Introduce Her

Seorang wanita kehilangan ingatannya setelah operasi plastik. Han Kang-Woo adalah dokter bedah plastiknya, dia membantunya mendapatkan kembali ingatannya. Sementara itu ada Kang Chan-Ki, merupakan seorang pembaca berita yang tampak baik, tapi dia memiliki sisi gelap.



Pemain Let Me Introduce Her

Pemain Utama
  • Nam Sang-Mi sebagai Ji Eun-Han
  • Kim Jae-Won sebagai Han Kang-Woo
  • Jo Hyun-Jae sebagai Kang Chan-Ki


Pemain Pendukung
  • Lee Mi-Sook sebagai Min Ja-Young
  • Han Eun-Jung sebagai Jung Soo-Jin
  • Yang Jin-Sung sebagai Song Chae-Young
  • Lee Dae-Yeon sebagai Han Young-Cheol
  • Kim Roe-Ha sebagai Detective Kim
  • Kim Jung-Young sebagai Lee Sook-Hyun
  • Jung Young-Joo sebagai Madame Hwang
  • Jinwoon sebagai Han Hee-Young
  • Lee Ho-Jung sebagai Lee Hyun-Soo
  • Kim Bo-Kang sebagai Jang Seok-Joon
  • Kang Hoon sebagai Ji Soo-Han
  • Lee Shi-A sebagai Ji Eun-Han


Seorang wanita menjalani operasi besar untuk mengubah penampilannya, setelah itu dia kehilangan ingatannya dan menjadi orang yang sama sekali berbeza. Doktor membantunya untuk mengembalikan ingatannya yang hilang dan jatuh cinta pada wanita tersebut.
Film thriller misteri baru "Let Me Introduce Her," akan dimulai akhir pekan ini di SBS.
Aktris Nam Sang-mi, yang berperan sebagai protagonis Ji Eun-han, mengatakan pada hari Jumaat dia benar-benar tertarik pada karakter tersebut ketika dia membaca naskah, dan para penonton akan tahu mengapa dia memilih drama ini pada akhir episode.
"Saya tidak boleh membicarakannya sekarang, tetapi penonton akan melihat mengapa saya memilihnya ketika menonton sebuah adegan tertentu dengan curahan emosi," katanya pada acara press conference  di pejabat pusat SBS pada hari Jumaat. Dia menambahkan bahwa adegan itu merupakan adegan yang sesekali ingin dilakukan para aktor dalam karier mereka.
Walaupun pada dasarnya ini adalah drama thriller, dia mengatakan bahwa drama tersebut memiliki sebuah cerita yang "hangat” sehingga dapat ditonton oleh keluarga pada akhir minggu.
"Ada banyak faktor dramatis dan menarik dalam serial ini, memungkinkan saya untuk melakukan berbagai lakonan acting . Ini juga memberikan cerita yang hangat dan kuat," kata Nam.
Aktor Kim Jae-won, yang memerankan ahli bedah plastik Han Kang-woo, mengatakan karakternya menyegarkan baginya setelah berperan sebagai penjahat dalam beberapa drama terakhirnya.
"Melakukan karakter buruk berturut-turut telah sulit, sampai pada titik di mana saya jatuh sakit. Karakter ini mirip dengan diri saya yang sebenarnya, jadi saya berpikir bahwa itu akan menyelamatkan saya," kata Kim
Aktor Jo Hyun-jae, yang memerankan presenter berita Kang Chan-ki, mengatakan bahwa karakternya memegang kunci penting untuk memecahkan misteri mengenai Ji Eun-han.
"Ini adalah cerita tentang seorang wanita yang kehilangan, baik penampilan maupun sisi dalamnya dan memulai perjalanan untuk menemukan dirinya kembali. 
Drama ini penuh dengan cerita yang menarik, meskipun kami tidak boleh mengatakan banyak, sekarang karena akan menjadi spoiler,” ucap sang produser Park Kyung- ryul. “Silahkan tonton drama ini untuk mencari tahu lebih banyak."
Drama ini akan berhadapan dengan para pesaing berat, termasuk saluran kabel TVN's "Mr. Sunshine," yang meraih rating rata-rata 9,3 persen untuk dua episode pertama yang ditayangkan pada Jumat dan Sabtu lalu.
"Saya menonton (Mr. Sunshine) dan itu sangat menarik ... Tapi pemirsa akan dengan mudah terpikat pada drama kami dan sulit untuk berhenti menontonnya," kata Kim.
Drama yang terdiri dari 40 episode ini akan menayangkan episode pertama pada hari Sabtu pukul 8:55 malam (waktu Korea

Saturday 22 September 2018

Boleh gunakan straw atau penyedut minuman ini mengantikan straw plastik

HENTIKAN PENGGUNAAN STRAW PLASTIK!... 

teguk minuman anda terus dari gelas atau botol.
Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM) menyertai kempen sejagat untuk menghentikan penggunaan straw plastik dan menggesa orang ramai supaya meneguk minuman mereka 8terus dari gelas atau botol.
Kajian pakar menunjukkan di Amerika Syarikat sahaja, 500 juta straw digunakan setiap hari manakala di Malaysia pula jumlahnya melebihi 30 juta straw sehari.
"Sebahagian besar straw ini akan hanyut ke parit, sungai dan akhirnya ke laut.
"Jika kita tidak hentikan penggunaannya sekarang, jumlah straw plastik yang bakal mencemari laut mungkin sama beratnya dengan jumlah ikan di dalam laut menjelang tanun 2050." kata Presiden ALAM Malaysia, Khaidir Ahmad.
Straw plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk mereput, tetapi tidak lupus. Sebaliknya ia hanya bertukar menjadi plastik mikro yang membahayakan manusia dan hidupan lain.
Menurut Khaidir, meneguk minuman terus dari gelas atau botol sebenarnya lebih baik untuk kesihatan berbanding minum mengguanakan straw.
#stopsuckingstraws
.................................................................
Baru-baru ini viral di laman sosial mengatakan penyedut minuman (straw) dari plastik yang selalu kita gunakan "diharamkan" oleh kerajaan dari penggunaannya berkuatkuasa tahun 2020 kelak.
Ini mungkin atas sebab-sebab menjaga alam sekitar dari bahan-bahan berbahaya seperti itu, sebelum ini pembungkus makanan plastik dan polisterina telah dikuatkuasakan undang-undang berikut walaupun ianya tidak menyeluruh.
Di bawah ini ade 4 straw Mesra ALAM yang boleh di guna pakai mengantikan  straw yang sedia ade untuk menyelamatkan bumi...

1- Straw Buluh




Straw buluh antara salah satu straw cadangan yang boleh anda gunakan berulangkali, dibuat berasakan tumbuhan dan mesra alam dan sekaligus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar
Anda boleh menggunakan straw buluh ini untuk minum panas seperti kopi mahupun teh tarik, juga boleh digunakan pada minumam sejuk seperti smoothies dan koktail
Boleh juga digunakan sebagai doorrgift dan mudah dibawa untuk traveller

2- Straw Besi



Straw besi antara pilihan berkualiti dari segi ketahanan, kesihatan, dan perlidungan alam sekitar. Dibina menggunakan stainless steel menjadikan straw ini tahan dan mudah dicuci.
Mudah digunakan bagi restoran-restoran, kantin, dirumah dan boleh dibawa untuk travel di tempat-tempat yang lasak.

3- Straw Silikon 





Straw silikon yang mendapat kelulusan FDA approved food, kepelbagaian warna yang menarik dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak dengan pengawasan. Walaupun materialnya dalam bentuk silikon tetapi ketahanan amat kuat dan tidak mudah pecah.
Sesuai digunakan untuk minuman seperti smoothie, kopi, teh, koktel, botol kanak-kanak, tumbler dan mudah dicuci dengan pencuci straw yang diberi.


4. STRAW KERTAS

Straw kertas pakai buang adalah altenatif untuk mengantikan straw plastik. 
Walaupun diperbuat dari kertas , anda jangan risau,  ia masih tahan lasak dan tidak hancur kerana kertasnya di kompos dengan sangat sempurna..

Boleh beli di lazada hanya dengan RM 2.55 Untuk 25pcs






Kerajaan Malaysia cuma nak mengharamkan Straw Plastik yang bersifat Konvensional je. Tapi ada pula yang kata nak minum macam mana kalau straw takde. Kerajaan akan memperkenalkan straw jenis Biodegradable yang diasaskan daripada alam semulajadi. Rakyat Malaysia yang prihatin pasti tahu kesan penggunaan plastik. Jika tidak prihatin kepada diri sendiri, prihatinlah kepada alam sekitar terutama sekali kepada penyu dilaut. Sokongan terhadap usaha-usaha melestarikan alam.






Kenapa penyedut minuman /straw diharamkan??

#Tahukahanda
.
Lebih 100 juta hidupan laut mati setiap tahun disebabkan pencemaran plastik
..
Anda mampu mengubahnya..
"Let's break up with single-use plastic"
.

Penyedut minuman plastik diharam

Banyak dah syarikat-syarikat F&B dan negara luar yang dah mulakan usaha ni. Mohon sgt anda baca impak straw plastik terhadap alam sekitar. Dekat US sahaja 500 000 000 straw plastik straw dipakai utk satu hari..4% dari sampah sarap di pusat pembuangan sampah di dunia adalah plastic straw dan cawan plastik pakai buang.

Minum tak sampai 20 minit, tapi 200 tahun kemudian pun plastik tetap tidak lupus kerana plastik adalah bahan yang tidak boleh lupus

Dah tu nk hirup pakai apa?
Boleh cari solusi lain, ada straw kertas, stainless steel, biodegradable straw, buluh dan mcm2 lg.

Ada bagusnya lagi kalau boleh bawa bekas makanan dan minuman kita sendiri. Lagi byk kita boleh selamatkan.

Apa kata kita berhenti menghentam, tapi cari solusi

Walaupun isu straw plastik itu nampaknya seperti kecil pada mata ramai orang awam tetapi hakikatnya besar di mata golongan pencinta alam dan pakar alam sekitar.

JOM bersama2 Menyelamatkan alam sekitar bermula dari " katakan tidak kepada straw "


HENTIKAN PENGGUNAAN STRAW PLASTIK!...

teguk minuman anda terus dari gelas atau botol.
Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM) menyertai kempen sejagat untuk menghentikan penggunaan straw plastik dan menggesa orang ramai supaya meneguk minuman mereka terus dari gelas atau botol.

Kajian pakar menunjukkan di Amerika Syarikat sahaja, 500 juta straw digunakan setiap hari manakala di Malaysia pula jumlahnya melebihi 30 juta straw sehari.
"Sebahagian besar straw ini akan hanyut ke parit, sungai dan akhirnya ke laut.
"Jika kita tidak hentikan penggunaannya sekarang, jumlah straw plastik yang bakal mencemari laut mungkin sama beratnya dengan jumlah ikan di dalam laut menjelang tanun 2050." kata Presiden ALAM Malaysia, Khaidir Ahmad.
Straw plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk mereput, tetapi tidak lupus. Sebaliknya ia hanya bertukar menjadi plastik mikro yang membahayakan manusia dan hidupan lain.


Menurut Khaidir, meneguk minuman terus dari gelas atau botol sebenarnya lebih baik untuk kesihatan berbanding minum mengguanakan straw.

#stopsuckingstraws


HARAM STRAW PLASTIK ISU REMEH TEMEH ??

Manusia mencemarkan bumi dan lautan setiap masa dan dikatakan 80% daripada bahan buangan adalah barangan yang diperbuat daripada plastik.Pertubuhan bangsa2 bersatu menganggarkan sejumlah 9 juta tan plastik dilepaskan ke dalam lautan setiap tahun membunuh banyak hidupan laut dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada rantaian makanan manusia. Ia juga menjejaskan pendapatan nelayan, industri perlancungan dan setiap tahun dunia kerugian sejumlah 8 billion dolar Amerika akibat daripada kerosakan ekosistem hidupan laut.

Daripada jumlah yang disebutkan di atas, 2000 tan adalah straw plastik dan straw adalah 10 barangan plastik yang paling banyak ditemui.Walaupun mengharamkan penggunaan straw plastik tidak akan menyelesaikan semua masalah tetapi pakar alam sekitar percaya ini adalah satu langkah permulaan yang baik kepada perubahan tingkahlaku yang berskala lebih besar. Pemilihan straw plastik sebagai salah satu kempen menghentikan penggunaan plastic adalah juga bertitik tolak daripada satu video yang telah ditularkan pada tahun 2015 menunjukkan seorang pakar biologi mengeluarkan straw daripada hidung penyu (video di bawah). Video ini ditonton oleh lebih daripada 30 juta orang. Di antara negara-negara yang melaksanakan pengharaman straw plastik adalah UK, Taiwan, Hawaii, Scotland, Costa Rica, Kanada, India dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Beberapa syarikat minuman dan makanan segera juga mengikut langkah yang sama. Bilangannya semakin bertambah.

Walaupun isu straw plastik itu nampaknya seperti kecil pada mata ramai orang awam tetapi hakikatnya besar di mata golongan pencinta alam dan pakar alam sekitar. Saya terbaca banyak tulisan di dalam fb yang memperlekehkan langkah mengharamkan straw plastik dan diselitkan pula dengan sindiran mengapa tidak mengharamkan arak terlebih dahulu. Agaknya mereka terlepas pandang bahawa memelihara alam sekitar itu juga adalah ajaran Islam dan perjuangan ini termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Banyak ayat-ayat yang menyentuh kepentingan menjaga alam sekitar dan kebersihan (cth ; Ar-Rum : Ayat 41, Al-Baqarah;11, 222, Al-A'raf, 7:56 dll) dan begitu banyak hadith2 mengenainya. Menjaga alam sekitar dan kebersihan termasuk di dalam maqasid syariah ke arah memelihara jiwa/nyawa dan agama. Ajaran agama kita ini rupa2nya sangat luas dan meliputi semua aspek kehidupan manusia. Semoga Allah meluaskan minda yang sempit.

Rushdan Noor
23hb September 2018

Rujukan

https://globalnews.ca/…/banning-plastic-straws-benefits-dr…/
https://www.nationalgeographic.com/…/news-how-plastic-stra…/
http://web.unep.org/unepmap/un-declares-war-ocean-plastic
(https://www.youtube.com/watch?v=4wH878t78bw )
http://drmaza.com/home/?p=1785









Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...