SAMBALSAKURA Merupakan sambal Homemade tradisional PREMIUM QUALITY dari Pelbagai negeri dan resepi. Viral Antara SAMBAL TERSEDAP MALAYSIA dan sangat di Minati oleh semua golongan. Terbang ke merata negara dan dunia.7 sambal dari pelbagai resepi & rasa yang mempunyai keunikan dan kunci2 kehebatan RASA TERSENDIRI.
Friday, 21 September 2018
Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap
PUTRAJAYA - Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) pula akan diberi tempoh dua tahun untuk belajar sambil bekerja bagi melayakkan dilantik secara tetap ke jawatan itu.
Ini antara usaha yang kita lakukan bagi membela kebajikan dan menaik taraf kira-kira 32,000 guru Kafa yang sedang berkhidmat di seluruh negara.
"Bagi yang sudah memiliki diploma dan ijazah, kita akan usaha serapkan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala pemegang SPM dan Stam diberi peluang belajar pada waktu cuti dengan mengambil kursus-kursus tambah kredit sehingga melayakkan mereka diserap," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) atau dikenali sebagai KSKCareCentre@MTMZA di sini hari ini.
Pada Ogos lepas, Fuziah pada sesi Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membuat satu kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik sebagai penjawat tetap dalam perjawatan.
Mengenai KSK Care Centre, Fuziah berkata pusat itu berperanan sebagai tempat rujukan yang ketika ini amat diperlukan masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling bagi mencari penyelesaian permasalahan yang dihadapi melalui kaedah rawatan dan terapi Islam.
Beliau berkata individu, khususnya orang Islam yang mempunyai masalah sering meminggirkan diri dan merasa malu untuk mendapatkan kaunseling, satu persepsi yang perlu dihakis kerana kaunseling bukan satu hukuman sebaliknya kaedah terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
"Kita mahu masyarakat buang stigma malu untuk berjumpa dengan kaunselor kerana takut dipandang serong oleh orang sekeliling...mempunyai masalah keluarga atau ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu kesalahan.
"Di negara barat, berjumpa kaunselor bila ada masalah adalah perkara biasa mereka. Perlu dijelaskan, kaunselor tidak akan menghukum seseorang individu itu dengan masalah yang dihadapi," katanya.
KSKCareCentre@MTMZA mempunyai seramai 18 kaunselor dan fasilitator, beroperasi setiap hari bermula pukul 11.00 pagi hingga 1 petang. - Bernama
Tuesday, 18 September 2018
RESEPI kerabu belimbing buluh
RESEPI kerabu belimbing buluh
ratah mcm tu ja
resepi:
Bahan A(di hiris)
belimbing buluh
daun selom
bwg besar
bunga kantan
Bahan B(campur semua n tumbuk)
kelapa parut
belacan
cili padi
cili merah
Bahan C
isi ikan
*sy guna ikan t,menung 3 ekor,rebus n amik isi lps tu hancurkan dgn garfu
cara2:
campur semua bahan A,B dan C...perasakan dgn garam
belimbing buluh tu bila dah jd kerabu xmasam pun
#jgntiruayatsaya๐๐๐๐
Kredit Resepi : laili adam via mahn
Monday, 17 September 2018
RESEPI KUAH MEE KARI
Mcm ni la rupa kuah mi kari yg mak akk ajar n buat niaga masa zmn muda dia dulu..masa tu rasanya klu x silap umo akk baru 13th..
Sape nk try ...jom akk share resepi...ikhlas dr lubuk hati yg paling dlm tanpa sebarang rahsia...๐
Bahan kuah:
Ayam-potong kecik
Udang
Fishball,fishcake,tauhu kering
Kacang pnjng-hiris pendek
*20 tangkai cili kering-rendam air panas
*2 biji bwng besar
*5 ulas bwng putih
*2 inci halia
(Mesin bhn bertanda *)
4 pkt kecik rempah kari daging babas
1 genggam ikan bilis-mesin hancur
Garam,perasa n gula
500ml santan kotak
Bahan mi:
Mi kuning-celur
Telur-rebus
Taugeh-celur sekejap
Sawi-celur
Daun sup/bawang-hiris
Bawang grng
Cili merah/cilipadi-hiris
Cara:
Tumis cili mesin hingga garing..
Masukkan rempah kari daging n rumis hingga,pecah minyak
Masukkan ayam n udang
Masukkan ikan bilis mesin
Masukkan garam,perasa n gula
Masukkan 1/2 blender air lg...
Masukkan fishball,fishcake n kacang pnjng n tauhu kering
Akhir skali masukkan santan...
Dptkn kepekatan yg dikehendaki n balancekn rasanya...
RESEPI KERANG & SOS THAI
Harini br rase nk masuk kedapur, sempat buat kerang rebus, disiram dgn sos pencicah yg superrr sedappp
Resepinya senang aje ...
Kerang (rebus dulu, kopek kulit dia yg sebelah tu dan ketepikan)
15-20biji cili padi (tumbuk @ kisar kasar)
2-3biji limau kasturi
2sdb sos ikan
Sos cili thai (agak2 aje)
Daun ketumbar
*Gula putih (secukup rasa)
*gula perang (secukup rasa)
** bahan kt atas ni masak atas dapur sampai mendidih ...dah ckup rasa boleh tuang atas kerang rebus ..(air kerang tu buang dulu ye)
SayA dah terjebak resepi viral. Kerang air asam ke apa nama dia ? Merecik rasa die
Kerang air asam Ala Thai... mmg pergggghhhh sangat2.. rugi kalau peminat kerang tak cuba resepi ni.. saya pun jatuh hati sudah berkali2 dgn keenakannya... ❤️️❤️️❤️️❤️️❤️️
Kerang Air Asam (Pedas Manis)
1kg kerang - bersihkan cengkerangnya hingga betul2 bersih..rebus sampai masak..kemudian buang separuh kulit kerang..tinggalkan separuh bersama isinya
5 ulas bawang putih
6-7 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing2)
1 1/2 keping kecil gula kabung
1 sudu kecil pes asam jawa adabi - di kacau dgn 2 sudu besar air panas (kemasaman ikut citarasa anda juga ye..)
1 sudu kecil garam halus
2 biji limau nipis -,dipotong (perah & kulit digaul sekali nanti utk dapatkan aroma citrus)
1 biji tomato - dipotong mengikut citarasa anda
Cara2:
1- Rebus kerang. Kopek sebelah. Asingkan.
2-tumbuk cilipadi, garlic, gula melaka, tomato secara berperingkat. Separa lumat.
3-masukkan air asam jawa. Sebatikan
4-perah air limau nipis. Pastu masokkan skali dengan kulit limau.
5-masukkan garam. Gaul
6-dah sebati semua curahkan atas kerang yang dah direbus tadi. Siap
Rujukan masak ape HARINI
Google dan facebook
#HomemadeByRoselyza
Sambal sakura
Kalau org tanya Sambal Sakura yang mane paling Ramai peminat. Selain sambal hitam & sambal hijau padang... Tentunye SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI. SAMBAL KELAHIRAN PERTAMA KAMI... KAMI ANTARA YANG PERTAMA PENGELUAR SAMBAL MENGELUARKAN SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI DALAM PASARAN MALAYSIA..
.
Boleh beli sambal sakura ini di outlet terpilih di my delicacies jakel mall & mara , di bangi 1000 rasa kuih kerepek , di callista cafe sg buloh, di binwaharps , di noraz saujana utama , di tapau hub puncak jalil..
Juga boleh beli online di hujung jari di LAZADA & SHOPEE. Search sahaja sambal sakura.
.
Sambal yang penuh dengan rasa tradisionalnye.. Dengan penggunaan Cili api Kampung, ikan bilis grad terbaik , barangan asas yang PREMIUM DEMI MENGHASILKAN SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI PALING SEDAP DI MALAYSIA.... RAMAI YANG TAK BOLEH LUPE RASA SAMBAL TEMPOYAK NIE BILE DAH KENA SEKALI.. Pasti akan kekal & tetap bersama sambal sakura dari awal sehingga ke saat nie...
Tanpa ade bahan pengawet, boleh tahan sehingga setahun lamanya selagi penutup tidak di buka.. mudah di bawa travel dan senang bile berada di luar negara bile teringat makanan tradisi MALAYSIA sambal sakura boleh merealisasikan selera anda...
.
.
#sambaltempoyakbilispetai #tempoyak #sambalsakura #sambaltempoyak #tempoyakciliapi #tempoyakbilis #petai #tempoyakbilispetai #tempoyaksedap #sambalsedap #sambaltumistempoyak #sambalpetai #sambalciliapi #petaitempoyak #sambaltradisi #sambaltahansetahun
"HOMEMADE TRADITIONAL , PREMIUM QUALITY."
- FRESH TASTY & SPICY -
TAHAN SETAHUN, Tahan setahun selagi penutup tidak di buka. Jika dibuka perlu diletakkan di dalam fridge kerana TIADA BAHAN PENGAWET.
100% MUSLIM PRODUK , SEDIA DI MAKAN TANPA PERLU DIPANASKAN.
#sambalsakura
๐ถ-Sambal Tempoyak Bilis Petai
๐ถ-Sambal Hijau Padang ,Terung Pipit Petai
๐ถ-Sambal Bilis Cili Api
๐ถ-Sambal Ikan Masin Kurau
๐ถ-Sambal Hitam Pahang
๐ถ-Sambal Udang
๐ถ-Sambal Tumis Penyet
Bahan-bahan :
✔️ Cili api segar FRESH
✔️ Bilis / Ikan Kurau / Udang Grad Terbaik
✔️ Petai Fresh
✔️ Tempoyak Baru / Manis
✔️ Minyak Masak Berkualiti
๐ถ️ Menggunakan Bahan Asas Yang Terbaik dan Segar.
๐ถ️ SUDAH SIAP DI MASAK
๐ถ SEDIA TERUS DI MAKAN
๐ถ TAHAN SEHINGGA SETAHUN
๐ถ BOLEH DI BAWA KE AUSTRALIA, US & NZ
❌ CUKA
❌ BELACAN
❌ BAHAN PENGAWET
❌ MSG
JIKA ANDA TERCARIK CARIK SAMBAL PODEH BERAPI , RESEPI ORI TERSEDAP NO. 1 MALAYSIA. "SAMBAL' KEBIASAANNYA JADI MAKANAN WAJIB ADA DIKALA SAHUR dan PENAMBAT SELERA MAKAN Juga PENAIK SELERA MAKAN & MENJADI PENYEDAP RASA.
๐ฃ1. #JIMAT MASA
๐ฃ2. #PENAMBAH SELERA MAKAN
๐ฃ3. #JIMAT TENAGA
๐ฃ4. #SENANG BAWAK TRAVEL
๐ฃ5. #UNTUK YANG DUDUK OVERSEA
๐ฃ6. #JIMAT WANG
๐ฃ7. #SUMBER PENDAPATAN MENJADI EJEN Sambal Sakura
Love ❤
Sakura Pelangi Empire
Tuesday, 11 September 2018
KISAH ULAR & GERGAJI
Seekor ular memasuki gudang tempat kerja seorang tukang kayu di malam hari. Kebiasaan si tukang kayu adalah membiarkan sebahagian peralatan kerjanya berselerakan dan tidak merapikannya.
Ketika seekor ular itu masuk ke gudang si tukang kayu,secara kebetulan ia merayap diatas gergaji. Tajamnya gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya,ular itu pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.
Serangan yang bertubi-tubi menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya,marah dan putus asa,ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya.
Ular pun lalu membelit kuat gergaji itu,belitan yang menyebabkan tubuhnya terluka parah akhirnya membuatkan si ular itu mati binasa. Di pagi hari si Tukang Kayu menemukan bangkai ular tersebut di sebelah gergaji kesayangannya.
Sahabat...
Kadangkala di saat marah,kita ingin melukai orang lain tetapi setelah semua berlalu,kita baru menyadari bahwa yang terluka sebenarnya adalah diri kita sendiri.
Banyak perkataan yang terucap dan tindakan yang dilakukan saat amarah menguasai, sebanyak itu pula kita melukai diri kita sendiri.
Ketahuilah dendam benci,curiga,fikiran negatif dan apapun itu,sebenarnya bagaikan ular yang membelit gergaji. Telah ribuan kali muncul dalam pikiran kita yg menusuk dan membakar hati kita sendiri.
Latihlah setiap saat untuk mengampuni,memaafkan dengan tulus,mampu dengan cepat melepaskan & membuang sampah pengotor hati dan dalam fikiran kita sendiri.
SALAM MAAL HIJRAH & TAHUN BARU 1440. MAAFKAN SEGALA KEHILAFAN & KESALAHAN KU... SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBERI 1001 KEMANISAN & LEBIH BAIK DARI TAHUN2 SEBELUMNYA.....
SALAM MAAL HIJRAH
Semalam pergi gerai. Nak beli karipap. Tanyalah makcik tu berapa satu? Dia cakap 50 sen sebiji. Saya cakaplah nak 4.
Masa nak bayar, kat tangan ada 5 ringgit. Ingat nak bagi semua. Tapi suara hati cakap “bagi 2 ringgit je. Orang meniaga ni banyak untung”. So tangan seluk poket ambik 2 ringgit bayar.
Balik rumah bukak plastik. Tengok ada 5 karipap. Allahhh.. rupanya dalam kita berkira dengan dia, dia tak berkira pun dengan kita. Hitamnya hati saya!
* * *
Harini nekad. Nak beli karipap makcik tu lagi dan nak bayar lebih.
Bila sampai kat gerai dia, saya cakap “makcik saya nak 6 biji karipap”. Dia ambik dan letak.
Bila nak bayar saya bagi dia 5 inggit dan dia nak bagi duit balik. Saya cakap takpe makcik. Hadiah. Dia cakap eh jangan macam tu ambiklah. Saya cakap takpe. Saya tetap tolak.
Masa dia pegang duit tu, bibir dia ketap-ketap. Dia ucap terima kasih dan saya pun ucap terima kasih. Saya tak boleh lama kat situ sebab saya nampak dia macam nak nangis.
Sampai kat rumah, saya bukak plastik dan saya kira. Ya, dia memang seorang yang pemurah. Dia bagi saya 7 sedangkan saya hanya minta 6. Allahhh.. 😭😭😭
* * *
Makcik ni mengajar saya sesuatu. Jika kita berkira dengan orang, bukan setakat orang je yang akan berkira dengan kita, tapi Allah pun akan berkira dengan kita.
Mudahkanlah urusanmu sesama makhluk, nescaya Tuhanmu akan memudahkan urusanmu denganNya
#Ingatlah...kalau ada duit lebih tu rajin2lah bersedekah kerana didalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain...🌹🌹🌹
💐💐💐 Salam Maal Hijrah 💐💐💐
Apa itu simian line?
Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...
-
25 tempat makan BEST di sg buloh : " best in town " Kalau korang datang ke Sungai Buloh, sila kosongkan perut anda untuk me...
-
OK, aku nk stat buat mukadimah nie... selamat tengah ari salam jumaat. lame aku xberbicara dalam blog aku sendiri. memang lucky la aku ade...
-
MENCARI KEDAI UNTUK BARANGAN SPAREPART KERETA DARI SEMUA JENIS KERETA...MAHUKAN YANG MURAH DAN BERBALOI....?? INILAH TEMPATNYA : Kala...
















