Hai assalamualaikum .
Semasa blog nie di tulis. Aku masih lagi berlibur di lombok dan gili trawangan. Masih lagi berjalan2 di sekitar gili trawangan dan sengigi beach...
Percutian nie aku kira sangat berbaloi dan sangat2 best.. tengok ayat aku dah macam ayat org2 lombok daaa... ok aku decide nak ke lombok dari bulan 3 march 2015 yang lepas. Memule nak ke redang. Tapi last2 kami rase better p jauh sikit dan nak rase keindahan lombok yang rata2 semua org dok becerita pasal hebat nye kepulauan nie..
Ok aku beli tiket flight rm129 . Kalau return lebih kurang rm295 sorg. Dengarnya ade yang lebih murah dari nie kalau ade promo. Dan ade jugak tiket dia boleh cecah rm600 ke rm1000.
Ok airport baru lombok terletak dekat bandar praya. Dulu letaknya di bandaran mataram.. tapi airasia xblh mendarat sebab kondisi airportnye yang kecil.
**hanya flight airasia sahaja yang akan ke lombok. Tak ade flight lain yea selain airasia..
** boleh ke bali atau dari bali ke lombok. Naik fastboat tapi kami tak ke bali. Sbb nak bebetul meneroka lombok nie dulu. Dan lombok mmg agak tenang dari bali dan tak jem. Yang paling best dekat gili trawangan. Duduk lame kt situ pun sangat2 best.
Ok 1st day kami naik flight dari pkol 8.40 pagi dan sampai pada pukol 11.40 pagi. Kami byk baca blog untuk ambik info dan byk bertanya pada kawan2 yang penah ke sini. Tanpa pakej dan backpackers style. Ini lebih berbaloi dan sangat2 menarik dari ambik pakej yang kena ikut time dan tak bebas nk kemane2.
Kami sampai tapi kami dah book supir dengan bayaran RP 350 000 bersamaan rm 105 untuk 6 org. Lebih kurang rm17 sorang untuk ke gili trawangan. Mungkin boleh dapat lagi murah. Jangan lebih dari harga nie.. paham ngak...?? Hahah ok kami p sane mmg 6 org yea.. lebih mudah jalan ramai2..
Perjalanan ke gili trawangan iaitu pulau yang paling best dekat lombok nie mengambil masa sekitar 2 jam setengah ke 3 jam mengikut jalan ala2 cameron Highland. Naik bukit turun bukit dan laluan hutan.
Sekitar pukul 3 kami sampai di bangsal. Macam jeti laa org sini panggil bangsal. Ok jangan cari fastboat. Cari boat yang naik dgn org2 kampung dorg. Harga sekitar RP 15 000 bersamaan dengan rm4.50 malaysia je..
Naik ramai2 dengan dorg ade tolorrr.. ade kuali periuk.. sempit dan rimas laa sikit. Perjalanan ambik masa dalam 45minit menuju pulau gili trawangan.
Gili nie ade 3 pulau. Gili air , gili meno dan gili trawangan. Gili lain x syok mcm gili trawangan.
Sampai sane korg akan dikerumuni oleh org2 yang nak korg book dorg nye hotel. Dorg nye snockling. Kalau dah book just mintak tanye mane arah p hotel korg.
Kami book di m'adison hotel. Hanya sekitar 2 3 minit berjalan atau naik speda. Senang cite basikal laaa.. padat sikit kawasan dia. Tapi dekat dengam habour. Bangsal atau pelabuhan atau jeti. Tapi dorg pggl houbor kat sini.
**Ok gili nie take note. Tak ade motosikal atau kereta. Hanya ade kereta kuda yang diboanggil CIDOMO . Bayaran sekitar RP75 000 sekitar rm22.50. Boleh naik hanya 3 org sahaja. Cidomo dia tue kuda padi je.. kecik kekadang kesian. Sbb kena angkut segala bende yg ada dalam pulau nie.. sedih n kesian pun ada. Tapi kami kt sini byk naik basikal atau speda. Naik cidomo time nk balik je.. sbb angkut beg besar n berat kn..
Ok lepas checkin hotel. Kami berehat jap. Pukol 4 ke 5 kami naik basikal round2 pantai. Sepanjang tue mmg pantai je.. air biruuu.. pasir putih. Memang sangat2 cantik.. kami tgk sunset . Subahanallah cantik.. indah betul ciptaan Allah..
Makan dalam pulau agak terhad yea.. aku ulang agak terhad.
**lombok mmg 99% adelah islam. Tapi yang berada di gili bulan kebanyakan nye org2 lombok. Ade yang dari bali dan dari luar. Dorg kebanyakan xislam. So ade je khinzir atau bak kut teh merata2..
**Pesan aku, cari makanan dekat kedai kecil yang makciknye pakai tudung sebelah satay.
Kedai2 lain aku kurang yakin dan was2.. senang cite aku bawak megi. Ingat yea. Makanan kalau jenis redah korg redah jelaa. Tapi sane sulit sikit bagi aku.
Hotel mostly sediakan breakfast . Selaunya menu yang sama. Banana Pancake, roti ,omelette atau nasi goreng pilih satu. Bawak la megi sebagai bekalan.
Ok boleh layan gambar sikit. Kang free2 aku edit balik n buat yang ke 2 ke ke 3 episod...
Paham xtips aku bagi tue. Star2 tue important tauu..
**Jangan ambik pak supir yang kt dalam airport. Harganya mahal. Kt luar mmg ramai sgt2 tapi try tanye2 rege dan dapatkan harga yang murah.
Nak lagi selamat p jalan luar sikit nampak teksi blur bird. Kaler biru. Harganya ikut meter.. cerr try ok..
**Jangan ambik under agent kalau melibatkan transportation. Pls jangan. Boleh diketuk kaw2 sebab dorg akan bagi jugak pada pak supir yang di luar2 tue. Kami kena RP400 00 dari bangsal ke sengigi melalui agent. Selalunya harga dia sekitar RP100 00 ke RP150 000 . Perjalanan dalam sejam setengah je.. tgk brape dia ketuk. So plssss be ware. Jangan tertipu dengan agensi better ambik dekat bangsal yang besepah tue dari gune egent.. caya laa cakap aku. Dorg nie mmg kaki ketuk je..
Layan gambar sikit eh.. esok2 aku edit balik ape yang best nak share.
Kami bagi 4star untuk m'adison gilli hotel di gili trawangan atas service yang diberi. Setakat kami duduk disana. Semuanya sangat good service. Kalau diberi pilihan untuk menetap lame dekat gili trawangan kami pilih untuk stay lame dekat sini.. tapi fully booked untuk hari seterusnya dan kami berganti2 hotel yanh lain..
Ini namanya le pirate hotel. Sangat2 ohsem.... cantik.. tenang dan mengiler..
Cidomo dekat gili trawangan . Service rate dia RP75 000 besamaan RM 24
Ok ini suasana di m'adison hotel terbaikk.. dari awal sampai akhir service dia mmg bagus... RM170 semalam
Ini dia nyee... kapal public tiket RP15 000
naik dengan org awam nyee.. sesak.. berbau sikit..tapi murah... nak mahal n selesa boleh naik n chater boat laju. Fast boat RP400 00 bersamaan RM120 kalau ada 6 org cantik laaa jugak kan.. share2...
http://kechiksempoi.blogspot.com/2015/05/hari-kedua-percutian-ke-lombok-gili.html
🏝 PERCUTIAN KE LOMBOK HARI KE DUA. TEKAN SINI
http://kechiksempoi.blogspot.com/2015/05/hari-ketiga-percutian-ke-lombok-gili.html
🏝 PERCUTIAN HARI KE TIGA DI LOMBOK. TEKAN SINI
Percutian ke gili trawangan 2015. Di bulan mei 2015.. terbaikk.. stay je gili xyah p lombok or memane pun dah sangat2 berbaloii
Oii best weii lombokk weiii !!!