Tuesday, 19 March 2019

10 Tip Ambik gambo Terbaik & Superbb Dasyat Hanya dengan Smartphone..

Ambil gambar sekarang ini tidak susah macam dulu. Kalau dulu lepas ambil gambar sahaja kena tunggu cuci gambar di kedai barulah dapat lihat gambar itu cantik atau tak. Saiz kamera pula jangan cakaplah, besar belaka. Nak simpan punyalah susah. Silap hari bulan siap terjatuh lagi!


Perkembangan dunia telefon pintar menyebabkan kamera jenis DSLR bukan lagi medium utama untuk ambil gambar cantik. Anda serbulah mana-mana Instagram yang gambar cantik-cantik tu, confirm majoriti gambar yang dimuat naik adalah daripada smartphone.

Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular adalah kerana lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas snap, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Jadi, kali ini kami mahu share tips bagaimana hendak ambil gambar cundengan smartphone!

1. Bersihkan Lens




Benda ini nampak remeh tetapi sebenarnya sangat penting. Basically telefon pintar memang tak ada lens cap macam kamera biasa atau DSLR. Jadi sebelum anda ambil gambar, rajin-rajinkan tangan untuk lap lens kamera dengan kain bersih dahulu. Kain bersih ya. Kalau tidak lap, gambar anda kemungkinan besar akan blur.

2. Jangan Zoom


Ini pantang larang penting waktu ambil gambar guna smartphone. Kalau kamera telefon anda jenis ada satu kamera sahaja, elakkanlah guna digital zoom. Maaf terpaksa jujur, serius hambar gambar kalau guna digital zoom. Lainlah jika smartphone anda ada banyak kamera. Tips! Kalau anda mahu besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop guna Photoshop atau mana-mana image editing applications.

3. No Flash, please!




Canggih betul kan smartphone ada flash. Tapi anda janganlah seronok sangat kalau smartphone ada flash sebab flash pada smartphone belum tentu boleh diharap untuk dapatkan gambar cantik. Sebenarnya lebih banyak mencacatkan daripada mencantikkan ya. Tak percaya? Anda cuba guna. Nanti akan ada gambar anda siap ada pakej mata merah-merah dan muka berminyak.
Melainkan anda tahu macam mana untuk ‘diffuse’ atau ‘bounce’ cahaya daripada flash. Kami sarankan anda cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.
Sumber cahaya dalam dunia ini ada banyak; lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau sudah tiada pilihan, baru gunakan flash.

4. Gegaran



Smartphone bukannya kamera atau DSLR, telefon pintar biasanya tidak ada stabilizer kecuali model flagship. Jadi biasanya gambar sangat mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tidak gelap. Jadi pastikan tangan anda tidak bergegar ketika rakam gambar.

5. Setting




Kalau bab setting macam mana pun kena belajar perlahan-lahan. Kami sarankan anda cuba mahirkan dengan setting kamera pada smartphone anda. Sesetengah model membolehkan anda mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

6. Apps



Ini bonus! Sebenarnya ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tapi anda tidak perlulah install semuanya. Cari yang sesuai dengan gaya fotografi anda sahaja.

Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.

7. Aksesori Tambahan
Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya anda boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.

8. Segalanya Komposisi






Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smartphone yang anda guna. Cuba lihat contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang mereka gunakan. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan mengambil inspirasi.

9. Edit Boleh, Tetapi Jangan Over!



Sangat mudah untuk edit gambar dengan smartphone. Kalau dahulu kena transfer gambar daripada kamera dan edit dalam komputer. Sekarang selepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.

Kebanyakan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi anda yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.

Satu sahaja mahu pesan bila buat editing di smartphone, JANGAN OVER. Ramai yang mengata nanti. Lebih baik ianya nampak natural dan subtle.


SUMBER : Vocket 


Monday, 18 March 2019

Kelakar Nak Mati. Bintang Bersama Bintang BBB 2019 (Minggu 3): Shariff & Shiha - Suraj Hua Maddham & Kaho Na Pyaar Hai


Untuk pengetahuan, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir sangat terkenal di Indonesia dan pernah menyertai Dangdut Academy Asia 2015. Shiha juga pernah menjadi anak didik Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dalam program Mentor.

Selaiin itu Shiha yang selalu menyanyikan lagu tradisional ini juga pernah berlakon dalam beberapa Drama tempatan iaitu Terukir Di Bintang, Bujang Sepah Lalalitamplom, Gerak Khas, Sutun, Kilauan dan Tak Beli Tak Cinta.



Kreatif  , Mesti tengok rasa nk ULANG. Kelakar jgk Shiha nie.  ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
Tegelak3 macam laahaaarrrr    kelakar jugak Shihar nie yea.  Bahahahahahahaahahaa 

Saturday, 9 March 2019

SAMBAL Sakura & Sakura Pelangi Empire


Semoga akan ade banyak lagi kejayaan  ,
Dan dapat capai segala impian untuk melihat sambal sakura pergi Setinggi yang boleh. Ingin memartabat Makanan Tradisi ini ke peringkat lebih tggi.. Biar Generasi akan datang tetap mengenali, tetap makan dan meninati makanan nie walaupun variasi makanan lain yg hipster datang menerjah....

"HOMEMADE TRADITIONAL , PREMIUM QUALITY."
- RENCAH TRADISI, UNIK & TERSENDIRI

TAHAN SETAHUN:
Tahan setahun selagi penutup tidak di buka. Jika dibuka perlu diletakkan di dalam fridge kerana TIADA BAHAN PENGAWET.

100% MUSLIM PRODUK , SEDIA DI MAKAN TANPA PERLU DIPANASKAN.

 #sambalsakura
๐ŸŒถ-Sambal Tempoyak Bilis Petai
๐ŸŒถ-Sambal Hijau Padang ,Terung Pipit Petai
๐ŸŒถ-Sambal Bilis Cili Api
๐ŸŒถ-Sambal Ikan Masin Kurau
๐ŸŒถ-Sambal Hitam Pahang
๐ŸŒถ-Sambal Udang
๐ŸŒถ-Sambal Tumis Penyet


Bahan-bahan :
✔️ Cili api segar FRESH
✔️ Bilis / Ikan Kurau / Udang Grad Terbaik
✔️ Petai Fresh
✔️ Tempoyak Baru / Manis
✔️ Minyak Masak Berkualiti

๐ŸŒถ️ Menggunakan Bahan Asas Yang Terbaik dan Segar.
๐ŸŒถ️ SUDAH SIAP DI MASAK
๐ŸŒถ SEDIA TERUS DI MAKAN
๐ŸŒถ TAHAN SEHINGGA SETAHUN
๐ŸŒถ BOLEH DI BAWA KE AUSTRALIA, US & NZ

❌ CUKA
❌ BELACAN
❌ BAHAN PENGAWET
❌ MSG

JIKA ANDA TERCARIK CARIK SAMBAL PODEH BERAPI , RESEPI ORI TERSEDAP NO. 1 MALAYSIA. "SAMBAL' KEBIASAANNYA JADI MAKANAN WAJIB ADA DIKALA SAHUR dan PENAMBAT SELERA MAKAN Juga PENAIK SELERA MAKAN & MENJADI PENYEDAP RASA.

๐Ÿ“ฃ1. #JIMAT MASA
๐Ÿ“ฃ2. #PENAMBAH SELERA MAKAN
๐Ÿ“ฃ3. #JIMAT TENAGA
๐Ÿ“ฃ4. #SENANG BAWAK TRAVEL
๐Ÿ“ฃ5. #UNTUK YANG DUDUK OVERSEA
๐Ÿ“ฃ6. #JIMAT WANG
๐Ÿ“ฃ7. #SUMBER PENDAPATAN MENJADI EJEN Sambal Sakura

Love ❤
Sakura Pelangi Empire
.

#sambal #sambalsedap #bilistempoyak #sambalpower #homemade #sambalhijau #sambalpadang #sambalciliapi #sambalpenyet #sambalpahang #sambalbelimbing #sambalviral #jualsambal #sambalhomemade #homemade #sambalhitampahang #sambalhijaupadang #sambaltempoyak #petaiterungpipit #ikanmasinkurau #jualsambalsedap #tempoyak #sambalkampung #sambaltradisi #sambalmalaysia #sambalsakura

Wednesday, 6 March 2019

Karnival Usahawan Muda Selangor 2019


Sempena Karnival Usahawan Muda Selangor 2019 Haritu. Nie antara nama2 penerima award.. #syec2019

AWARD Di sampaikan oleh ๐Ÿ‘‘ DYTM TENGKU AMIR SHAH, RAJA MUDA SELANGOR.

๐Ÿ†MOST PROMISING YOUNG
ENTREPRENEUR AWARD
AGROPRENEUR MUDA FAMA,
>> CIK AZLINA BINTI MAHMUD
DARI  SAKURA PELANGI EMPIRE
Sambal Sakura

๐Ÿ†SERVICE EXELENCE AWARD
>> ENCIK AMIR FIRDAUS ANUAR
DARI YSA EVENTS SDN BHD

๐Ÿ†BEST BRAND DEVELOPMENT AWARD
>> ENCIK JEMIZAN ABU BAKAR
PENGASAS DAN CEO JEMZ GROUP

๐Ÿ†FASTEST GROWING BUSINESS AWARD
>> DATO’ RAFIFY BIN HAJI RAMLAN
DARI RND RESOURCES SDN BHD

๐Ÿ†PENGHARGAAN KHAS
>> MENTOR USAHAWAN MUDA CEMERLANG
ENCIK ABU AYUB AL ANSARI
ATAU LEBIH DIKENALI
SEBAGAI ABANG ABU, MEKANIK WANG

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSambal Sakura & sakura pelangi empire dapat award.. Alhamdulillah
Yang lain semua Hebat dan superbb dasyat belakaa... Kita je yg biasherrr biasherrr ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ








Friday, 28 December 2018

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1883 (ibu krakatau).

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1883 (ibu krakatau).





-bunyi letupan ibarat 300 biji bom atom meletup
-dengar sampai ke Sri Lanka dan Australia
-Lebih 36,000 penduduk yang mati
-65 buah desa musnah
-tinggi ombak TSUNAMI 40meter
-letusan memisahkan dua pulau ( pulau jawa & sumatera)

26 ogos 1883 letusannya sangat dasyat mencetuskan gelombang tsunami 46meter mengorbankan 36 000 mangsa. ade yg mati lemas. ade yg mati kerana Panasnya haba gunung berapi

Di sifatkan letusan gunung berapi paling kuat penah Di record dalam sejarah

bayangkan kuatnya letusan ini boleh di dengar di seluruh australia dan africa

Tahun 1927 muncul gunung baru
Gunung anak krakatau masih aktif yg  bertambah ketinggianya dari tahun ke tahun itulah gunung yg mengakibatkan tsunami pada beberapa hari yg lalu.

Sekarang Anak Krakatau pulak Bakal meletus (di jangka tidak teruk seperti ibunya pada tahun 1883).. Jika jadi seperti ibunya, maka lebih teruk lagi. Indonesia dan Negara2 berhampiran pun kena tempias termasuk la malaysia.

.

.

“Hari Malapetaka” Sang Krakatau meraung pada 1883

Gunung berapi Krakatau atau juga dieja Krakatoa adalah gunung berapi yang pernah meletus pada tahun 1883 yang mana masyarakat yang pernah hidup pada zaman itu menggelarkannya sebagai hari kiamat (The Last Day).

Gunung berapi ini terletak di sebuah pulau di Selat Sunda diantara kepulauan Sumatera dan Jawa di Indonesia yang mana kemuncak tragedi letusan ini berlaku pada 26 dan 27 Ogos 1883.

Ketika tragedi Krakatau pada 135 tahun lalu dikatakan hampir 40,000 nyawa terkorban dan lebih jutaan masyarakat hilang penempatan disebabkan berlaku gelombang tsunami yang dasyat.

Kajian saintis mendapati 20 juta tan sulfur dibebaskan ke atmosfera dengan bunyi letusan boleh didengari hingga jarak 4,830 kilometer iaitu bersamaan jarak ke kepulauan Hindi berhampiran pulau Mauritius.

Dikatakan berlaku beberapa letusan dan letupan kuat dari Krakatau yang mana letupan ketiga dikatakan paling kuat dalam sejarah yang berlaku pada 26 Ogos di mana satu gelombang tsunami dasyat telah membandai kepulauan berhampiran serta pulau Sumatera dan Jawa.

Saintis menganggarkan letusan Krakatau adalah beribu kali ganda lebih dasyat dari letupan bom atom yg digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Selepas 44 tahun meletus, muncul gunung baru yang disebut ’’Anak Krakatau’’ yang muncul di sebuah pulau di Selat Sunda yang mana pakar gunung berapi meramalkan  ia mampu meletus lebih dasyat daripada sebelum ini.

Monday, 10 December 2018

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR BORONG SAMBAL SAKURA

Tekejut , teketar2 bile permaisuri serbu booth sakura pelangi empire booth 84. Agrotrade 1.. Rezeki yg tak disangka2.

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR,  BELI SAMBAL HIJAU PADANG TERUNG PIPIT PETAI... 3 BOTOL , 2 LAGI SAMBAL HITAM PAHANG.. Permaisuri suke sangat dgn sambal hijau sakura ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Tengku PERMAISURI singgah booth Sambal Sakura . Rasa terus bekenan dan beli... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Terima kasih tuanku , Dari rakyatmu USAHAWAN MUDA SELANGOR ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Selangor Royal Office

Masa dekat MAHA bile sesiapa sahaja yg kita bagi rasa Sambal Sakura mesti dorang kata SAMBAL SAKURA TAK SAMA MACAM SAMBAL YANG ADA DEKAT PASARAN. Rasa je mesti akan beli.. setiap sambal yang ade dorg kata sedap. cukup rasa. Tapi ade jugak yang xtahan Pedas ๐Ÿ˜… stock dekat MAHA kami bawak banyak. habis licin..  lepas maha sambung pulak viral di NONA. terus tak menang tangan, takde rehat lepas maha utk kami..  hahaha

Sambal sakura nie Rasanya sangat tradisional. Kita masak xde campuran gula, masak mmg style kg punye, ade isi, ade bilis  ade yang ade petai... Pedas, Sedap dan membuatkan dorg repeat berkali2 beli. ade yang kata pedas. tapi xboleh stop la rasa nk makan dan makan.

Termasuklah DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR. masa nie tengku PERMAISURI berhenti tiba2 depan booth tanpa dipanggil. kita yg cuak. lepas tue tengku PERMAISURI pun repeat order lepas 3 hari beli dalam kuantiti yg banyak.. dan kita pun dah selamat hantar ke istana.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜Tengku permaisuri yg pandai dan suke masak pun kata sambal sakura sedap. Alhamdulillah.. ❤️❤️

2018 paling Ohsem untuk Sambal Sakura. Alhamdulillah terima kasih ya Allah.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

1. PINDAH Masuk ke Mini kilang
2. Ditemuramah Masuk tv1 Selamat Pagi Malaysia
3. Masuk Majalah RASA
4. Join dan Terpilih MAHA2018
5. Ditemuramah Masuk NONA TV3 keluar AHAD 2DEC2018 nie.
6. Menerima kunjungan dari DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR dan Tuanku beli Sambal Hijau Padang sambal sakura di MAHA2018 AGROTRADE 1,Booth 84.
7. Di invite Oleh TV3 & Media Prima untuk event Anggun life ❤️ . bersama jenama terkenal dan Artis ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia.
8. Jadi Sambal kegeramaran NANA MAHAZAN & WAN SHARMILA wahh gituu













MOGA akan2 datang lebih lagi yang Sakura Pelangi Empire dapat dan mohon Allah dipermudahkan segala urusan kami... Semoga Brand SAMBAL SAKURA akan Semakin dikenali dan menjadi pilihan setiap mereka yg pemakan pedas ๐ŸŒถ๐ŸŒธ๐Ÿ”ฅ

Saturday, 17 November 2018

Pemilik DARAH B

Di zaman maklumat di hujung kini, semakin banyak rujukan yang boleh digunakan orang mengetahui keperibadian kumpulan darah tertentu. Tetapi, hari ini aliffchannel.com akan membincangkan watak unik pemilik darah jenis B.

Pemilik darah b dikenali sebagai orang yang easy going, moody, santai, acuh tak acuh, masuk air dan mudah emosi sehingga seseorang menganggap persahabatan dengan pemilik darah jenis B kerap banyak makan hati. Siapa sangka, disebalik semua ini rupanya pemilik darah kumpulan ini, kehadirannya juga memberikan banyak keselesaan kepada orang lain! Semak sebabnya di bawah ini.

.
.
1. Sebaik sahaja anda berbuat baik kepadanya, mereka akan memberi ganjaran kepada anda berkali-kaliUnsplash/david yanutama

Watak pemilik darah jenis B mudah dicairkan jika seseorang telah membantunya atau berbuat baik kepadanya. Mereka tidak melupakan seseorang yang telah membantu dan menyumbang kepadanya. Jika mempunyai peluang, kebaikan anda boleh dibalas pada bila-bila masa oleh pemilik darah jenis B berkali-kali. Oleh itu, jangan ragu-ragu memberi pertolongan kepada pemilik darah jenis B.

.
.

2. Dikenali dermawan oleh orang-orang di sekeliling merekaFoto: me.me

Dan juga pemilik darah jenis B diketahui tidak kedekut. Jika dia mempunyai wang yang lebih banyak atau lebih teratur, dia biasanya tidak akan melupakan orang di sekelilingnya. Pemilik darah B suka berkongsi rezeki dengan orang yang paling dekat dengannya dan dia adalah jenis yang suka menyenangkan orang di sekelilingnya.

.
.

3. Mereka jenis orang yang sangat baik dan menjaga perasaan orang yang dekat dengannya

Walaupun pemilik darah B diketahui santai, acuh tak acuh, mudah emosi dan sebagainya dalam percakapan sehingga kadang-kadang membuat anda terkejut. Ketahuilah, bahawa pemilik darah B adalah jenis yang benar-benar ambil kisah dengan orang yang dekat dengannya.

Terutamanya jika dia tahu orang yang paling dekat dengannya dalam masalah, atau orang terdekatnya dibuli oleh orang lain. Dia bersedia untuk mempertahankan anda kerana B sangat sensitif jika orang terdekatnya mempunyai masalah, dia mudah terganggu oleh emosi orang yang dekat dengannya. Biasanya, dia adalah pembela dan pelindung anda.

.
.

4. Mereka lebih suka mencucuk anda dari depan dan bukannya di belakang

Kebanyakan pemilik jenis darah B bukan jenis hipokrit atau talam dua muka. Jika dia merasakan bahawa ada sesuatu yang kurang selesa daripada anda, mereka akan bercakap terus di hadapan anda, tetapi jika B merasakan bahawa dia tidak selesa untuk menyatakannya, dia lebih suka tenang dan tidak menyatakan perasaannya sehingga tidak membuat anda tidak selesa selepas itu. Kebanyakan pemilik darah B jarang mahu bercakap tentang orang di belakang, kerana baginya tidak perlu.

.
.

5. Walaupun perihal sesuatu itu menyakitkan, mereka seperti itu masih akan mengatakannya secara jujur

 
Jika anda ingin bertanya pendapat jujur tentang diri anda atau apa-apa lagi. Mungkin orang B adalah orang yang paling sesuai untuk ditanya. Kerana dia akan bercakap dengan terus terang tanpa cuba menutupinya, walaupun setelah mendengar penjelasan, dia dapat membuat anda tidak selesa. Anda perlu tahu, B adalah seorang yang jujur apabila bercakap dan dia jarang mahu berbohong tentang perasaannya.

.
.

6. Walaupun mudah untuk beremosi, kemarahan B sangat cepat reda, seperti tiada yang berlaku

Walaupun B umumnya dikenali sebagai orang emosi. Emosi itu tidak tahan lama. Berbanding dengan kumpulan darah yang lain, emosi B paling cepat berubah dan beberapa jam kemudian seolah-olah tiada apa yang berlaku. B bukanlah seorang yang mudah untuk menyimpan dendam dengan orang lain walaupun dia sendiri rasa kecewa dengan orang itu. Jadi, anda yang mempunyai kawan dengan jenis darah ini, jangan terlalu serius, sila hubungi B.

Akhir kata, itulah enam kelebihan jika anda mempunyai kawan dengan jenis darah B. Walau bagaimanapun, tidak boleh disandarkan bahawa semua jenis darah B mempunyai watak-watak seperti di atas. Semoga dapat membantu anda mengenali sifat peribadi beberapa ciri pemilik kumpulan darah ini.

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...