Friday 28 December 2018

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1883 (ibu krakatau).

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1883 (ibu krakatau).





-bunyi letupan ibarat 300 biji bom atom meletup
-dengar sampai ke Sri Lanka dan Australia
-Lebih 36,000 penduduk yang mati
-65 buah desa musnah
-tinggi ombak TSUNAMI 40meter
-letusan memisahkan dua pulau ( pulau jawa & sumatera)

26 ogos 1883 letusannya sangat dasyat mencetuskan gelombang tsunami 46meter mengorbankan 36 000 mangsa. ade yg mati lemas. ade yg mati kerana Panasnya haba gunung berapi

Di sifatkan letusan gunung berapi paling kuat penah Di record dalam sejarah

bayangkan kuatnya letusan ini boleh di dengar di seluruh australia dan africa

Tahun 1927 muncul gunung baru
Gunung anak krakatau masih aktif yg  bertambah ketinggianya dari tahun ke tahun itulah gunung yg mengakibatkan tsunami pada beberapa hari yg lalu.

Sekarang Anak Krakatau pulak Bakal meletus (di jangka tidak teruk seperti ibunya pada tahun 1883).. Jika jadi seperti ibunya, maka lebih teruk lagi. Indonesia dan Negara2 berhampiran pun kena tempias termasuk la malaysia.

.

.

“Hari Malapetaka” Sang Krakatau meraung pada 1883

Gunung berapi Krakatau atau juga dieja Krakatoa adalah gunung berapi yang pernah meletus pada tahun 1883 yang mana masyarakat yang pernah hidup pada zaman itu menggelarkannya sebagai hari kiamat (The Last Day).

Gunung berapi ini terletak di sebuah pulau di Selat Sunda diantara kepulauan Sumatera dan Jawa di Indonesia yang mana kemuncak tragedi letusan ini berlaku pada 26 dan 27 Ogos 1883.

Ketika tragedi Krakatau pada 135 tahun lalu dikatakan hampir 40,000 nyawa terkorban dan lebih jutaan masyarakat hilang penempatan disebabkan berlaku gelombang tsunami yang dasyat.

Kajian saintis mendapati 20 juta tan sulfur dibebaskan ke atmosfera dengan bunyi letusan boleh didengari hingga jarak 4,830 kilometer iaitu bersamaan jarak ke kepulauan Hindi berhampiran pulau Mauritius.

Dikatakan berlaku beberapa letusan dan letupan kuat dari Krakatau yang mana letupan ketiga dikatakan paling kuat dalam sejarah yang berlaku pada 26 Ogos di mana satu gelombang tsunami dasyat telah membandai kepulauan berhampiran serta pulau Sumatera dan Jawa.

Saintis menganggarkan letusan Krakatau adalah beribu kali ganda lebih dasyat dari letupan bom atom yg digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Selepas 44 tahun meletus, muncul gunung baru yang disebut ’’Anak Krakatau’’ yang muncul di sebuah pulau di Selat Sunda yang mana pakar gunung berapi meramalkan  ia mampu meletus lebih dasyat daripada sebelum ini.

No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...