Saturday, 11 August 2018

Jalan jalan Phuket 2018 ( Hari pertama )

Percutian ke PHUKET THAILAND 10 -13 OGOS 2018.

Semasa aku tulis blog nie. Aku masih lagi di PHUKET dan memang fresh la post nie. Terus update..



Jalan2 ke phuket dengan AIRASIAGO. Semua aktiviti kita buat sendiri je. Tengok mane yg best kita pegi..

HARI PERTAMA

1. Book flight + Hotel melalui AirAsiago
Lebih jimat & murah
Kami Pilih hotel thai corner patong phuket 4 hari 3 malam sekali flight rm420 sahaja.
Jalan kaki ke bangla road.





Start hari pertama 1.
Ambik flight malam jumaat pkol 8. sampai pkol 8 waktu thailand sebab lewat sejam perjalanan.

 Book siap2 Van / transports dari airport ke hotel ambik masa dalam sejam perjalanan.
Book terus on9 dari MALAYSIA. Bayar masa dah sampai hotel. Kos pegi balik
2326bath 1 van pegi balik. Untuk 6 org.. selama 1 jam perjalanan dari airport



Sampai hotel rest & tukar baju cari makan area hotel & jalan2 ke bangla road . HOTEL Yang kami dapat nie pun sangat ok. Strategic , dekat dengan semua port dekat Patong Beach nie, bawah hotel je dah banyak kedai.. makanan halal pun banyak. Kebab arab pun bersepah.  jalan kaki je.. nanti ingat nk sewa motor je ke sane sini..




Kami pilih Makan tepi jalan je. Tpi yang halal..  Nasi goreng udang 100bath bersamaan rm12.40... Kenyang + sedap. Kalau makan dkt kedai2 makan kos 1 kali makan dalam 20 hengget ke 30 hengget..




AIR BELI DEKAT 7ELEVEN. MURAH je.. dalam 70sen air mineral. 2hengget air macam2.. pilih la nak air apa.. masa kami
pegi rate Thai bath 12.37sen - 100bath





Lepas makan kami terus ke bangla road.
Jalan jalan ke bangla road , tengok syurga dunia mereka. Di sinilah bersepahnye sajat2 and the geng. KAKI MABUK , KAKI CLUB ,hiruk pikuk dunia. Tapi jalan2 sini depa xkacau pun. Relax je.. sbb geng2 kami ade yang bertudung... dapatlaa tgk depa menari tiang.. nyah berkeliaran sampai x kenal jate ke tino demo teerr..

 Hujung bangla road terus ke pantai PHATONG BEACH PHUKET. Jalan sampai Patong Beach. Patah balik then balik hotel pkol 2pagi.. tak lama pun bejalan.



Rest. Tggu aktiviti esok.
Bercuti ke PHUKET THAILAND bersama rakan2 university dulu..


.
.


 Di bawah nie kita bagi details perjalanan & bajet kita untuk 

HARI PERTAMA.. PEGI 6 ORANG . KIRAAN UNTUK 2 ORANG. 

PHUKET EXPENSES
(10 - 13 Aug 2018)

Flight + Hotel 4d3n = RM420 (sorg)

Money changer
100 Tbh = RM 12.37
8,000 Tbh = RM 989.60 (2 org)

Grab return rm80 (2 org)
Airport transfer return 776 bath (2org)
Motor sewa 2hari 300 bath (2org)

Day 1
-Flight kul 8.40pm.. 1jam 25minit smpai phuket

-Cari pick up yg ktorg dh booking.. nk ke hotel kami di Thai corner hotel, Patong beach Phuket.. Perjalanan dlm 1 jm dr airport.

Airport transfer return 776 bath utk 2 org = rm96..
sorg dlm rm48
**Book dgn ‘Phuket private transfers’.. sila google phuketprivatetransfers.com

**Dgn dorg ni murah sikit compare klu book dgn hotel.. Contoh: kalau book dgn hotel, 3000 bath (return) utk book family van.. tp dgn yg ktorg book tu dlm 2328 bath je (return).. kami ber 6.

-Check in Thai corner hotel..cantik hotel nya.. kemas, selesa, berbaloi2.. 1 bilik 2 org..

-Jln2 bangla street & Patong beach.. jln kaki je.. dekat giler dgn hotel kami..

-Mkn mlm.. nasi goreng 100 bath.. pad thai 100 bath..
-Beli air 28 bath

KITA TUNGGU UNTUK DAY 2 OK.. ☺



Untuk Membaca hari ke 2 jalan2 bercuti ke PHUKET. TEKAN LINK DI BAWAH...

 👍🏿  JALAN JALAN PHUKET HARI KE DUA


👍🏿   PERCUTIAN KE PHUKET HARI KE 3 DAN TERAKHIR




Wednesday, 8 August 2018

Terapi Air Hujan untuk segala penyakit & Gangguan Jin



Terapi Air Hujan untuk segala penyakit & Gangguan Jin




Kalau hujan ☔turun jangan masuk rumah...tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya..Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sbb takut sakit🤕...& larangan itu kita wariskan pula ke anak2 kita...Ini pemahaman yg salah.

Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sbb air hujan tp sebab dalam badan byk benda kotor dan air hujan tu sbg bahan cuci utk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadangx Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dgn Ruqyah Syar'iyyah...Salah 1 cara SCAN diri tu adalah dgn Mandi air hujan...ada juga org mandi hujan tak juga sakit2 sbb badannya bebas jin. Alhamdulillah


Tapi mandi bukan sembarangan mandi..Ada cara & kaedahnya...
di bawah kami ajarkan...

☔Niat - Niatlah dlm hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah utk apa kita mandi hujan...

😈Cth 1: menghancurkan jin yg zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pd Allah jadikan air hujan sbg api & asid yg membakar badan jin dlm badan kita.

👩‍👧‍👦Cth 2: anak degil @ hyperaktif umur (5 thn ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata2 org tuanya...& dihilangkan gangguan syaitan...org tuanya xperlu mandi hujan cukup memerhatikan & baca ayat2 di bawah sehingga didengari anknya...
Dan apa shj niat bergantung penyakit & keluhan masing2.



☔Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.

☔Air hujan yg digunakan utk terapi ini mesti yg turun terus dari langit.Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dgn baldi.

☔Air hujan yg turun sebaiknya hujan yg lebat bukan gerimis.

☔Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil utk dibuat minum. In shaa Allah ini jg adalah penawar.

☔Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dgn ayat2 standard iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yg lain mengikut jenis penyakit.



☔Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30minit sambil mandi air hujan.

☔Jika terasa sakit dibahagian badan tertentu tepuk2 dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yg mau keluar melalui cara ini(cara yg normal & tidak menyakitkan)

☔Sental2 badan seperti menggosok daki di badan.Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.



☔Selesai mandi badan jangan dilap...kecuali rambut.Biar kering sendiri.

☔Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari...atau 7 hari berturut.Kalau hujan xturun hari berikutnya nasib lahhh....tunggu lah hujan turun lagi...

☔Lain kali hujan turun jangan mengeluh.Ada manfaatnya bagi org lain.Bagi org yg berakal dgn pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.

Wallahu'alam bissawab
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan 🔥🔥🔥🔥☔

Copy paste



Monday, 6 August 2018

Gili Trawangan berlaku Gempa dan mengalami kemusnahan yang teruk [Lombok]

Gili Trawangan berlaku Gempa dan mengalami kemusnahan yang teruk 

[Lombok]

Gempa 7 SR yang mengguncang Lombok mengakibatkan kerosakan sejumlah bangunan di Gili Trawangan. Salah satunya, bangunan di tepi pantai Gili Trawangan.
JUMLAH kematian akibat gempa bumi melanda Pulau Lombok semalam, dijangka melebihi 91 orang yang diumumkan setakat ini berikutan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan termasuk usaha mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan sebuah masjid di Lombok Utara.
Ketua penerangan Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah mangsa tertimbus di bawah masjid di Dusun Lading Lading, Tanjung, Lombok Utara, yang runtuh.
“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ada dua hingga tiga saf jemaah sedang solat Isyak dalam masjid itu ketika gempa melanda,” katanya di sini, hari ini.
Sebahagian besar kematian akibat gempa bumi itu berlaku di Lombok Utara dengan jumlahnya 71 orang daripada keseluruhan 91 mangsa.
Menurut Sutopo, dua mangsa mangsa maut di Pulau Bali yang berhampiran.
Menurutnya, berikutan ketiadaan jentera berat, kerja mengalihkan runtuhan masjid terpaksa dilakukan dengan tangan.
Menurut agensi itu, 209 mangsa cedera, kebanyakannya luka-luka dan ribuan rumah rosak, sama ada runtuh sepenuhnya atau sebahagian akibat gempa bumi sekuat 7.0 yang berlaku 6.46 petang waktu tempatan, semalam.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik Indonesia menyatakan berlaku 170 gegaran susulan sehingga 3 petang hari ini dengan paling kuat berukuran 5.5.n










Sunday, 5 August 2018

AYAM GORENG BEREMPAH KRUPP KRAPP

Jom try masak nie pulakk nie utk tengah hari nie.

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH KRUPP KRAPP PALING SEDAP !!!

Bahan-Bahan :-
Ayam (X kisah nk potong kecik or nk potong 4, ikut minat masing)
Daun Kari

Bahan Kisar & PERAPKAN:-

Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Rempah kari + Daging
Serbuk ketumbar
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Cili
Sebuk Kunyit
Telur
Tepung Jagung
Garam & Perasa

GAUL &PERAPKAN SELAMA 2 JAM. KEMUDIAN GORENG.

Selamat mencubaa

Credit 📷 @rosehayatie_




KEDAI ALAT GANTI KERETA MELAYU BUMIPUTRA HARGA MURAH


ASSALAMUALAIUKUM….

MENIAGA SEPERTI BIASA , SETIAP HARI BUKAK.. NAK BARANG ALAT GANTI KERETA MURAH, DATANG SINI BRO. KITA BAGI SERVIS BAIK PUNYA. MURAH & BERBALOI.
MANA NAK CARI KEDAI ALAT GANTI
MURAH & HARGA BERBALOI ADA DI SUNGAI BULOH
DAMANSARA & Lembah Klang ??
Ini haa kami nk pecah tembelang….
BLUE LAKE AUTO PART DAH PUN MENGEGARKAN SUNGAI BULOH & KAWASAN SETEMPAT DENGAN SERVIS TIPTOP & TERGELINCIR MURAH.. ADE PROMOSI LAGI Tue…
.
.
.
🚘 BANDINGKAN HARGA
Der ini bukan sembang Kosong , lu datang #bluelake autopart dekat kuang , sg buloh, lu bandingkan harga sini.. Lu cuma cakap apa barang lu mau. Dorang dapatkan untuk Lu.. Korang yang berhampiran boleh gegar kesini dan dapatkan barang alat ganti kereta yang LU orang cari..

🚘 SEBARKAN PADA JIRAN RAKAN & TAULAN
Sila war-warkan dan sebarkan pada rakan , pada saudara mara , pakcik makcik , mak,pak , jiran sebelah uma , kawan sekerja, kawan sekampung ,kawan setaman , boipren / gelpren , pada bakal suami & pada tunang .. cakap dengan dorg , boleh pegi sini ,
Harga sini memang berbaloi-baloi 
🚘 KEDAI ANAK MELAYU 100% ISLAM
Ini kedai 100% bumiputra islam. Kedai anak-anak muda #MELAYU. Customer sini bukan sahaja melayu tapi jugak ada CINA & INDIA . Kesemua support bluelake.. sbb paling utama , servis yg dorang bagi memang terbaik. Lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia sparepart & automotive , tentu-tentunya agak pakar.
🚘SUPPLIERS KEPADA BENGKEL
Mane2 bengkel kereta kebanyakkan sekitar sg buloh / kuang / lembah klang ambik barang dekat sini… Individu yang cari brg direct pun ramai.. Lebih jimat , murah & berbaloi…
🚘ORIGINAL & LOCAL
Ada banyak pilihan korg boleh pilih ikut bajet korg.. Nak yg berkualiti ambik ori , tapi kalau bajet sikit. Dorg akan rekemen brg yg ok tapi local & murah.. Confirm tak takut tertipu..!!! Yang penting Jujur & amanah serta bagi yg terbaik untuk customer.
Nak lagi diskaun Pakai Geng Card.. Dapat lagi diskaun !!!
🏢Blue Lake Auto Parts
Kedai Alat ganti kereta dari pelbagai jenama. Honda ! Proton ! Toyota ! Perodua ! Hyundai !
Walk in ke Kedai BL auto part untuk dapat HARGA BERBALOI dari kami… Lokasi di kg setia Kuang rawang berhampiran sg buloh. Boleh Waze untuk ke lokasi…
..Team usahawan muda melayu Islam..
:Minyak break
:Minyak hitam
:Spark plug
:Minyak steering
:Power window
:Break pad
:Timing belt
:Bateri
:Lampu
segala macam sparepart ade.
CALL / WHATAPP
📞0193386069 ADAM
📞0126267659 LAH
CALL / WHATAPP
📞0193386069 Adam Nuffah
📞0126267659 Abdullah Mahmud

NAK JIMAT DAN MURAH TERUS CARI BARANG KE KEDAI SPAREPART. DAPAT HARGA SANGAT MURAH & JIMAT BANYAK..

kedai bukak setiap hari termasuk sabtu ahad.
dari pukol 9 pagi hingga 8 malam isnin hingga jumaat9 pagi hingga 5ptg sabtu & ahad.

BLUE LAKE AUTOPART
LOT 15754-1 Jalan Kuang Kampung Setia
Rawang, Selangor 48050

Highlights info row image
03-6038 1988



9 Port Ikan Bakar Terbaik Dengan Hidangan & Yang Sedap Dan Pasti Puas Hati

9 Port Ikan Bakar Terbaik Dengan Hidangan 'Next Level' Yang Sedap Dan Pasti Puas Hati

1. Restoran Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau menyediakan lebih 100 jenis masakan istimewa untuk dinikmati setiap hari. Dari patin tempoyak, ikan bakar, sehinggalah ke tomyam, di sini ada segalanya. Terdapat perbezaan besar di antara masakan dari hati dengan masakan untuk mencari untung semata-mata. Mengambil kira sesaknya ruang makan terutama waktu puncak (tengah hari), restoran ini sentiasa menaik taraf menambah keluasan ruang makan, dapur, parking dan lain-lain. Lebih dari itu, kualiti sentiasa menjadi keutamaan.

Alamat: Lot 2990 Kg. Sg. Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7 pagi - 2 pagi setiap hari


Sila layari Facebook dan laman web Restoran Sambal Hijau untuk maklumat lanjut







2. Restoran Arang Ikan Bakar

Restoran ini memang lain dari yang lain. Arang Ikan Bakar menyediakan pelanggan dengan 7 pilihan air asam yang sukar untuk ditemui di mana-mana tempat. 7 air asam tersebut adalah air asam biasa, air asam kerisik, air asam Kedah, sambal belacan, sambal quinin, sambal tempoyak dan cili kicap. Mana nak jumpa sambal quinin di Lembah Klang? Hidangan ikan bakarnya memang enak dan restoran ini juga menjual minuman signature yang diberi nama Arang Tapao Coffee, khas untuk penggemar kopi di luar sana.


Alamat: No.49 Jalan Keluli AL 7/AL, Pusat Perniagaan , Bukit Raja, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
9 pagi - 7 petang (Selasa - Khamis)
9 pagi - 11 malam (Jumaat - Ahad)

Sila layari Facebook Restoran Arang Ikan Bakar untuk maklumat lanjut.







3. Restoran Ikan Bakar FEND

Restoran ini adalah antara yang terbaru jika dibandingkan dengan yang lain dalam senarai ini. Walaupun baru, ikan bakar FEND memang tidak mengecewakan. Majoriti pelanggan yang datang makan di sini amat berpuas hati dengan kualiti ikan bakar dan sos perencahnya yang begitu mengasyikkan. Ada juga yang menganggap restoran ini adalah yang terbaik untuk orang ramai nikmati hidangan ikan bakar.


Alamat: Jalan SS 6/16a, Dataran Glomac, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 12 tengah hari - 12 malam setiap hari






4. Pak Din Ikan Bakar Tanglin

Apa yang menarik perhatian orang ramai untuk datang makan di warung ikan bakar Pak Din? Semestinya sos pencicahnya serta pembakaran ikan yang menggunakan cara tra­disional sehingga menjadikan warung ini digemari ramai orang dari semua peringkat usia. Kalau datang waktu makan tengah hari, kemungkinan meja dan kerusi semua dipenuhi manusia. Begitulah hebatnya penangan ikan bakar Pak Din.

Alamat: Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7 pagi - 3.30 petang (Isnin - Sabtu)







5. Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy

Jalan Bellamy adalah satu nama yang tidak asing lagi kepada peminat tegar ikan bakar di Kuala Lumpur. Medan selera ini sememangnya menghidangkan pelbagai juadah ikan bakar yang menyelerakan. Cukup popular di kalangan warga kota, medan ikan bakar di sini sentiasa penuh tatkala waktu makan tengahari. Walaupun terdapat banyak pilihan gerai, pengunjung dinasihatkan untuk datang lebih awal bagi mendapatkan tempat.


Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12 tengahari - 11 malam (Isnin hingga Sabtu)







6. Kak Ton D'Condo

Terletak di Segambut, Kak Ton D'Condo merupakan satu gerai makan tepi jalan dengan hidangan signature ikan bakar. Pelbagai jenis ikan disediakan di sini seperti keli, pari, cencaru yang mana semuanya dibalut dengan daun pisang ketika proses pembakaran, menjadikannya lebih enak untuk dimakan. Selain ikan bakar dan seafood, orang ramai juga datang ke sini untuk mencuba hidangan lazat ayam goreng berempah yang lazat.


Alamat: Medan Selera Taman Segambut (SPPK), Jalan Dutamas Seroja, Segambut Dalam, 52100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7 pagi - 12 malam (Isnin hingga Sabtu)







7. Mat Teh Ikan Bakar

Kalau nak makan ikan bakar di Keramat, memang tidak lain tidak bukan orang ramai akan datang ke gerai Mat Teh Ikan Bakar. Bukan setakat ikan bakar, orang ramai juga datang ke sini untuk pekena jus mangga kaw yang begitu sedap. Jus mangga di sini memang menjadi pilihan utama untuk orang menjamu selera bersama nasi dan ikan bakar.

Alamat: Pasar dato keramat (lama), Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur






8. Seri Banjar Ikan Bakar Spicy

Seri Banjar Ikan Bakar yang terletak di Medan Selera MPS, Selayang adalah salah satu tempat di mana anda boleh menemui hidangan seafoodlazat dan masakan chinese food yang Halal di bawah satu bumbung, menjadikannya unik dan lain dari yang lain. Semestinya, ikan bakar adalah hidangan utama di sini tetapi terdapat juga menu seperti Kam Hiong Lala dan Kailan dalam sos tiram.

Alamat: Medan Selera MPS, Persiaran 2, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor






9. Ikan Bakar Warong Fauziah

Tahukah anda ada satu port makan ikan bakar terbaik yang sangat dekat dengan KLCC? Ini dia, ikan bakar Warong Fauziah. Terletak betul-betul di belakang Lembaga Getah Malaysia, warung ini menyajikan resipi ikan bakar yang cukup enak dengan harga yang berpatutan. Bagi sesiapa yang bekerja di kawasan itu, bolehlah selepas ini ajak rakan pejabat pekena ikan bakar powermasa makan tengah hari nanti. Pastinya berbaloi.


Alamat: Belakang bangunan Lembaga Getah Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur





Mane yang menambat selera anda bolelah serang beramai2.. ikab bakar nie paling best kuah dan perapan dia... superbbb!!!

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...