Wednesday 15 August 2018

JALAN JALAN BERCUTI KE PHUKET (HARI KE TIGA & HARI KE EMPAT)

HARI KE TIGA & HARI KE EMPAT DI PHUKET

Hari ke 3 kami decide nak terjah pulau & berkayak. Mula2 decide nak cari yg halfday. Tapi semua package dia Fullday.

Ok kami book dekat 1 tempat nie di area sekitar HOTEL kami je.. travel ejen untuk pakej2 snockling, pakej atv dan island hoping.  Kami dapat pakej 1200 utk pegi ke island james bond , ke island ke monkey cave ke kayak. Selama 9.30 pagi hingga 6 petang..

Ok esok kami kena stanby pukol 9.30 pagi.  Van akan ambik di depan Hotel. Makanya Kami tunggu di lobby hotel 9.30 pagi.

Ok perjalanan nak ke sane ambik masa sekitar 2jam tau. Dari pkol 9.30 pagi sampai sane dalam 11.30pagi ++.. patutlaa tak ade halfday. Masa dalam van pun dah ambik 4 jam pegi balik.. nemula xtau.  Tapi lambat sangat sampai.. baru tau 2 jam perjalanan.. hahah hambek koo.....

 Dalan van kami ade pelbagai negara. ADE 3 ORG LELAKI DARI DUBAI, 2 ORG LELAKI DARI INDIA BERBANGSA SINGH , 1 ORG LELAKI DARI BRAZIL  Dan 3 ORG SUAMI ISTERI & ANAK DARI RUSSIAN..

OK TEMPAT pertama kami singgah ialah 1 temple ade patong yg berbaring dan banyak patong2 lain. Boleh rujuk dibawah. Dìa bagi masa 30 minit dekat sini.

Settle di situ kami terus ke JETI. Masa nie Hujan. Kami dah risau2.. dalam boat tempat pertama kami pegi James Bond Island. Kalau p phuket tak pegi sini. 1 kerugian yg amat besar.. haha wajib pegi.

Ok sampai James Bond  island kami ambik gambo dkt icon dia. Jalan2. Beli jagung. Majoriti makcik2 atas nie bertudung. Ramai jgk islam dkt PHUKET nie kan..

Settle ke James Bond island kami ke tempat jeti kayak. 1 kayak 2 orang boleh naik dan ade sorg yang akan bawak berkayak sekitar laut & cave yang ade. Siap ade cave yg kita kena baring untuk lalui lorong tue.

Menarik & aktiviti paling best. Ambik masa sekitar 30 ke 45 minit kot. Tak lama pun. Masa nie kena bagi tips dekat brader yg kayuh kayak tue.. depa majoriti MUSLIM. 100 BATH MIN - 500 BATH MAKSIMUM. Utk tips..

SELESAI BERKAYAK kami lunch di perkampungan Islam di tengah laut. Ade masjid dan ade sekitar 300 org penduduk dalam nie.. Segala pakej termasuk makan da include skali. Lapar giler masa nie...

Selesai makan kami pun pulang dan hadap lagi 2 jam untuk balik.. 😍😍

Sampai HOTEL sekitar pukol 6. Kami bersiap2 pulak pkol8 untuk berjalan untuk malam terakhir kami di Phuket.

Kami ambik tuktuk dan bawak kami ke 1 pantai selepas bangla road.. depan sikit dari bangla road tue. Rujuk info bawah.... Situ ade ramai makcik2 muslim berniaga. Macam gerai & basikal je. Sini kami jumpa nasi + tomyam udang banyak gilers. Harga 140 bath. Beli pulut mangga 80. Beli air . Sini murah + sedap... !!

Lepas tue kami round2 cari souvenir. Beli untuk anak buah. Adik bradik. Mak kakak. Pegi mana2 memang wajib beli something. Kalau x ralat sangat. Haha

Masa nie kami beli PASSPORT COVER ber enam. Kenangan sungguh.. 60 bath + 20  bath 1 icon yg dipilih. Tulis nama free.. Yang nie paling best  siap ramai tanya beli lt mane. MURAH PUN SANGAT MURAH KOT ooiii... settle segalanya.. kami pun bersiap sedia pulang ke Hotel , packing baju dan segala barang. ESOK SUBUH2 VAN NAK AMBIK P AIRPORT DALAM 4.30 PAGI.

............

Day 3
-package kayak full day
-goreng pisang 40 bath
-tips kayak 100 bath
-kudapan ketam kecil 100 bath
-dinner at sirin beach patong (tomyam 140 bath, kopi o ais 20 bath, pulut mangga 80 bath)
-tuk tuk ke sirin beach 83 bath (2 org)
-souvenir 288 bath, gula2 25 bath
-tuk tuk ke bangla street 60 bath (2 org)
-souvenir 300 bath
-passport holder 80 bath x 2
-urut kaki 200 bath x 2
-baby nanas 100 bath
-Urut kaki 200 bath x 2, tuk tuk ke bangla street 60 bath.. total byr in RM 72


Nak dinner pegi sini... bagi tau pakcik tuktuk... Sirin Beach Patong


















...................................



HARI KE 4 & HARI TERAKHIR


Biasa kalau ambik air asiago. Package dia ginilaa subuh2 da kena gerak.. tpi jimat pada hotel & flight...

PKOL 4.30 PAGI KAMI DAH BEGERAK KE AIRPORT. Booking transportation masa awal sampai. Dia akan ambik n bawak jugak ke airport..

Sampai AIRPORT lepak2 then kami pun naik flight dan pulang Ke MALAYSIA. Terjah pulak tomyam MALAYSIA.  Hahaha

Percutian yang agak ohsem sbb geng2 SEKEPALA...
Akan repeat lagi di masa2 akan datang bersama dorang....

Tips untuk berbelanja.. Kalau 100bath. Korang buang laa kosong belakang tinggal rm10. ++ ikut tukaran mata wang.. kalau rasa 300 bath tue mahal. Tgk harga malaysia rm30 berbaloi ke tidak...


Nak makan MUSLIM. Carilah kedai makan yang bertudung... Sane ramai jugak islam.... dan carilah kedai makan sekitar masjid..


Dekat bangla road / patong beach tue kalau tinggal area situ senang. Jalan kaki merata2 atau sewa motor.. tuktuk pun bersepah..

Makan dekat sane MAHAL tau.. starting 100 bath ke 300 bath.. ibarat rm12 ke rm43++... makan laa sekitar pantai yang ade stall2 ramai2 bertudung area tepian pantai patong beach yg kehujung2.. Namanya
sirin beach patong. Naik motor atau mintak tuktuk hantar. Dalam 200bath ke 250bath.

Total sorang pegi balik hotel flight . Makan. Shoping dan segalanya dalam rm1000 pun dah cun..


..............


Day 4
-Going back malaysia..
 Flight kul 7.55 am waktu phuket
-kul 4.50 gerak dr hotel (perjalanan dr hotel kat patong ke phuket airport 1 jam)
-sampai klia 10.10 am waktu malaysia

*** waktu thailand lambat 1 jam dari malaysia











Settle sudah percutian ke PHUKET THAILAND. Bandarnya yang penuh dengan aktiviti sosial. Yang tak sesuai untuk percutian keluarga.. club bersepah sane sini.. hiruk dan bandarnye hidup 24jam..

Untuk kami. Kami banyak round2 cari makan & tomyam. Massage , round naik motor .. shopping... bagi kami percutian ini best sebab pegi ramai2.. Oh masa kami pegi boleh di kira brape kali je kami jumpa orang Malaysia.. tak ramai..
Harap korang enjois baca info2 nie dan selamat bercuti pada yang ingin ke sini nanti....

Membaca info hari ke pertama & kedua. Tekan link dibawah


🔥  JALAN JALAN DI PHUKET THAILAND HARI KEDUA

🔥  PERCUTIAN HARI PERTAMA DI PHUKET THAILAND






No comments:

Post a Comment