Monday, 8 January 2018

SUNGAI BULOH SURGA MAKANAN . 25 tempat makan BEST di sg buloh :

25 tempat makan BEST di sg buloh :

" best in town "

Kalau korang datang ke Sungai Buloh, sila kosongkan perut anda untuk mencuba salah satu atau lebih kedai2 menarik yang popular di sana.. Maklumat kedai ade di setiap gambar  kata org sg buloh nie banyak tempat makan best2 dan surga makanan betul ke...?? Jom try 1 persatu setiap kedai nie.. padu ke tak padu.. πŸ˜‚πŸ˜‚..
Mencari tempat makan best , tempat makan viral , tempat makan sedap di sg buloh... ini dia..... 25 tempat makan viral , sedap , menarik & best di sg buloh..

1. WARUNG KITA
 ( Kg Melayu Sg Buloh )

WARUNG KITA :

Lokasi WAZE SAHAJA "WARUNG KITA" akan sampai ke lokasi ini : 
Jalan Kampung Melayu Sg Buloh / berhampiram Daiken  / YAMAHA . dekat dengan Pasar Raya Neighbourhood. 
exit hospital sg buloh toll lagi dekat.  

Nasi yang menyerupai kak wok. Selera Pantai Timur.. Nasi berlauk ikan tongkol gulai. sambal yang pedas tapi menyengat..
Bukak dari pkol 7 pagi hingga 7 malam sahaja.

**Beratur mmg Panjang.. kena byk2 besabar.. nak senang sorg beratur order Air. sorg beratur dkt nasi..

● Nasi Berlauk , ikan tongkol gulai
● Nasi Manggey / ayam / kari gulai
● Nasi Lemak, sambal ikan tongkol
● Coconut shake
● Kelapa Baldi 







2. CALLISTA KAFE -
( Bukit Rahman Putra )


CALLISTA KAFE :

Lokasi Bukit Rahman Putra Sg Buloh berhampiran Putra Medical Centre. 
Lot Deretan kedai belakang the store.
Pelbagai makanan di jual di sini. ade juga slice cake , iks produk dan pelbagai lagi seperti cookies , kerepek sambal2 dan pelbagai produk lain.
Pelbagai menu sedap dalam talam juga boleh di dapati di sini...

Bukak dari pukul 10 pagi hingga 10 malam

**kalau datang ke sini WAJIB  CUBA SAMBAL SAKURA NIE....

DISINI ADE JUAL 7 JENIS SAMBAL SAKURA .. ADE 7 JENIS SAMBAL ANTARANYA SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI , SAMBAL HIJAU PADANG , SAMBAL UDANG , SAMBAL HITAM PAHANG , SAMBAL PENYET , SAMBAL IKAN MASIN KURAU DAN SAMBAL BILIS CILI API... VIRAL ANTARA SAMBAL TERSEDAP MALAYSIA.. 



Highlights info row image
012-682 8357














3. CHAR KUEY TEOW KETAM TSUNAMI
( Tasik Biru Kundang )


CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU : 

Lokasi Tasik Biru Kundang, sg buloh selangor.. bersebelahan D'anjung steamboat . khemah putih.

waze tasik biru kundang.
● char kuey teow tsunami 

*** sekor ketam , sekor sotong dan 5 ekor udang. share 2 org pun cukup kenyang.




4. SATE SRI SUBANG - (BATU 16 KUANG SG PLONG)

SATE SRI SUBANG

Sate terbaik sg buloh LEBIH sedap dari sate kajang. isi besar, tidak mempunyai banyak lemak.. makan 5 cucuk pun dah kenyang.... terbaik !! ada macam2 menu jugak dekat sini selain sate.. sotong kangkung , mee bandung & goreng2 seperti nasi goreng , mee goreng dan macam2 lagi..


(Simpang sg plong menghala ke kuang) 

Bukak dari petang hingga malam sahaja.

BOLEH WAZE SATE SUBANG @ SATE SRI SUBANG









5. MEE RACUN TITAN  - ( Berhadapan Sekolah Bandar Baru Sg.buloh / Sebelah SHELL BBSB )

MEE RACUN TITAN AREA MAN KUKUS LAVA
Mee Racun maut ni.Rasanya memang power dan marvelous la..sedap sangat2 sampai rasa nak pengsan nak habiskannya.
Kawan2 area sungai buloh bole la try mee racun ni..confirm jatuh hati...terbaik
1 mangkuk besar boleh share 4 , 5 orang.. sedap terbaaikk..
Bukak dari pukol 6 petang sehingga 12 malam. Tutup pada hari isnin.
CAWANGAN : 
🍜 Medan selera MBSA berhadapan smk bandar baru sg buloh, sebelah shell sg buloh 
(dlm kedai man lava burger)
🍜 Restoran Tahu Bakar,Kota Damansara
🍜Restoran Lestari Maju,Subang Bestari






6. NASI PLONBOX -
( Bandar Baru Sg Buloh ) 
Nasi Kambing Bakar terbaik 


NASI WOW KAW KAW by PLONBOX :


Lokasi Bandar Baru Sg Buloh deretan bank MAYBANK, tapi dia di kawasan pasar. Dekat kawasan industri kilang2 dan kedai borong.

sambal dan perapan daging dia mmg WIN.. sedap sgt.. gerenti teringat2 bile dh try sekali.

● Nasi kambing bakar
● Nasi daging bakar
● Nasi ayam bakar
● Nasi keli bakar
BOLEH WAZE KE LOKASI INI - "PLONXBOX". 
Bukak dari 10.30 hingga 3.30 petang sahaja.

Highlights info row image
019-322 0995







7. RASA MAS -
 Nasi campur / Makan tengah hari( Masjid Kuning Bandar Baru )

RESTORAN RASAMAS :
Lokasi Bandar Baru Masjid Kuning

● Nasi lemak ayam goreng
● Bihun sup / Soto
● Roti Canai
● Nasi Campur lauk pelbagai jenis.. masakan kg yang sedap.

harga sedikit keras TAPI masakkannye memang puas hati. sedap & berbaloi.. Menunya fresh 
Bukak awal pagi sehingga pukol 5 petang sahaja.






8. ILIN CENDOL HOUSE - ( jalan Kuang )

ILIN CENDOL HOUSE
Kami masih buka seperti biasa pada hari ini. Still ada happy hour 15% setiap hari.
Kami berada di
2455m, lrg kemuning,
Bt 17 kuang,
48050 rawang,selangor

01123171585 / 0102536002

ILIN CENDOL :
Lokasi kuang  sg buloh

● Mee Kari
● Mee Udang
● Cendol Jagung & PELBAGAI cendol lain


● Asam podeh








9. WARUNG KAK LIN " SINAR PAGI "
Sarapan Rendang Hijau / Sup tulang
( depan surau paya jaras )


WARUNG KAK LIN " SINAR PAGI " :Lokasi Paya Jaras Hilir berhampiran Surau Hijau


●●Traffic lights selepas pasar sebelum sek. teknik. masuk kiri menghala ke paya jaras hilir. dalam lebih kurang 400 meter selepas simpang Y jumpa surau hijau sebelah kanan. kedai ini di sebelah kiri.

Bukak awal pagi sampai 11pagi sahaja. MENU UNTUK BREAKFAST.

☆untuk breakfast SAHAJA






10. RIMBUN - 

Nasi campur / Masakan panas
( Bukit Rahman 
Putra )

RESTORAN RIMBUN :

Lokasi Bukit Rahman Putra / bersebelahan klinik keluarga.

bukak awal pagi tutup pkol 8 malam

● Nasi Campur
● kuey Teow goreng
● Sup cendawan
● western
● bubur 





11. GERAI D POKOK PAKCIK MALIK-
Lunch / Kudapan
( Simpang Trafik Light / menghala ke Hospital Sg.Buloh )


BAWAH POKOK :

Lokasi Simpang Trafik Light Menghala Ke Hospital Sg Buloh

● Air kelapa
● Roti jala
● nasi goreng Ayam
● laksa —







12. A&J BURGER - ( kg melayu sg buloh )
A&J GRILL BURGER BAKAR :

lokasi MATANG PAGAR / VILLA PUTRA BERHAMPIRAN WARUNG KITA & DAIKEN

Ade 2 1 di sg buloh dan cawangan 1 lagi di Sungai MERAB Bangi.. warga bangi juga boleh anj sg. Merab jugak.

WAZE KE ANJ GRILL .

-Nasi Kambing panggang
-Nasi Ayam panggang
-Pasta
● Burger bakar
● western

BUKAK DARI TENGAH HARI HINGGA MALAM.






13. TREE STEAK HOUSE( jalan besar paya jaras )

TREE STEAK HOUSE :
Lokasi Jalan besar paya jaras
boleh waze ke lokasi tree steak house.

Bukak dari petang hingga malam.

western food




Highlights info row image
016-343 6550






14. CEMPEDAK GORENG

Jalan itik paya jaras HILIR sg. buloh berdekatan dengan dewan & stadium bola paya jaras

Rm5 jee.. penuh sampai xmampu ditutup... besar2..
manis dan sedapp.. hehehe cerr teka apa? PEMBEKAL & PEMBORONG KELAPA MUDA & BUAH CEMPEDAK.. MURAH SEDAP & MANIS..

Dia ade masa musim Cempedak sahaja. Kalau bukan musim Dia jual ayaaqq kelapa sahaja..





15. KEDAI KOPI VIETNAM

Puncak Alam 
( lajak sikit ke puncak alam)
Bukak dari 12 tengah hari hingga 11 malam.

Menikmati hidangan lontong dan kopi panas vietnam sambil mendengar alunan muzik P Ramlee
MENU-MENU SEMPOI.. 

CUCUR BILIS
KOPI VIETNAM
SOTO
LONTONG
TAHU BERGEDIL
NASI GORENG KAMPUNG

Kopi Vietnam dia memang terbaik...
Harga Menu dari rm3 hingga rm6 sahaja. Sesuai untuk minum Petang & kudapan untuk mengopi.
Cucur bilis dia sedap sangat...

Kedai Kopi Bungaa, Puncak Alam
WAZE - DEKAT DENGAN KEDAI RM2 












16. ASAM PEDAS - ( Tsb sg buloh )

RESTORAN ASAM PEDAS :
Lokasi Tsb sg buloh


Terima kasih kpd cust2 ksyg.. 
0361435260
Selasa-Ahad
10pg-11mlm

● beraneka asam pedas
● nasi campor

-Asan Pedas ikan Pari
-Asam Pedas Siakap dan sayur asin
-Asam Pedas Patin
-Asam Pedas Ikan Parang dan Sayur Asin
-Asam Pedas ikan Kembong
-Asam Pedas Ayam





Highlights info row image
03-6143 5260






17. PISANG BAKAR / GORENG CHEESE -( Deretan masjid kuning / Econsave )

PISANG BAKAR / GORENG CHEESE:
Lokasi Bandar Baru econsave sg buloh. 

Bukak dari tengah hari hingga petang sahaja.
pisang goreng cheese pelbagai perisa.
dari Rm6 sehingga Rm8

● beraneka perisa
● coklat cheese
● blueberry cheese
● strawberry cheese
● milo cheese







18. AHMAD KITCHEN

Ahmad's Kitchen Merupakan kafe yang baru naik juga.. LOKASI BANDAR BARU. BELAKANG PETRON TEPI JALAN MENGHALA KE KL- KUALA SELANGOR.

Lokasi kedai yang kecil. tetapi makanan yang sedap.. agak lambat menunggu tpi puas hati.. harga pun murah.. berlokasi di bandar baru sg buloh berdekatan dgn lokasi bank & pasar pagi.
 



Salam semua warga Facebook... Xtau nak lepak mana hari ni??? Jemput la datang lepak n santai dekat Ahmad's Kitchen... Price? Dari RM3.50 sehingga RM55.00... Mai try mai...

Waktu operasi : 5:00 until 12:00malam 

Lokasi : 
Ahmad kitchen
B-19, Jalan perusahaan 3,
Bandar Baru Sungai Buloh,
47000 sungai buloh...

*Belakang petron bandar baru sungai buloh... Yg park dekat car wash tuuuuu... Sebaris dengan zai seafood & poknik... Kedai warna hitam, lampu gantung2, meja tong drum... Jemput mai naaa...



Highlights info row image
017-485 5658








19. SATE MINANG -( Paya Jaras Dalam )

SATE PADANG / MINANG :
Lokasi Paya jaras Dalam 
** traffic lights sebelum pasar malam paya jaras.. masuk kiri, terus , jumpa surau di sebelah kiri. masuk simpang kiri.. dalam 200 meter selepas surau.


LOKASI BARU : HANYA 200M SELEPAS TRAFIK LIGHT BELAH KANAN. LOKASI DI LOT KEDAI PALING TEPI.  NAMPAK RAMAI ORG TUE LA DIA..

● sate ayam harga Rm3.50. rase pedas dan sedap.. MURAH & BANYAK.

kalah sate dekat kg baru. yang jauh2 pun sanggup datang makan sini..
** kalau makan dkt sini layan keropok dia rangup2 dgn kuah tgh panas2.. mmg best.. siap blh tambah kuah lagi bile habis.. kuah dia tue yg sedap




Highlights info row image
017-889 1040







20. CENDOL HAWA -( Belakang MCD & shell damansara damai )

CENDOL HAWA :
Lokasi damansara Damai shell / mcd MEMANG SEDAP!!

● cendol dengan Pure Gula Melaka yang wangi dan sedap..
● Laksa





21. KAFE BALOH


#balohkafe

Baloh Kafe merupakan kafe makanan pantai timur yang terbaik di kuala lumpur , lembah klang dan sg buloh..

Akok yang dibakar panas , nasi dagang dan aromanya serta nasi kerabu lengkap pelbagai lauk.. 

lokasi yang agak tersorok berada di kubu gajah 21 sg buloh. boleh waze rugi tak cuba masakan paling sedap pantai timur.

menu breafast & lunch.
bukak dari jam
isnin jumaat
7 pagi sehingga 5 petang
sabtu ahad
7 pagi sehingga 12 Tengah hari 


BALOH KAFE






22. FOODJAM  bukit rahman putra sg buloh. 

Merupakan cafe pasta yang agak terkenal.. Makanan yang sedap dan berbaloi. pasta cabonara , pasta bolognese , pasta aglio. ade seafood , chicken , lamb , beef meatball. 

Ade untuk Lunch.. lepas tue tutup sekejap. Kemudian bukak balik lepas pukol 6 hingga 11 malam.

mempunyai set seperti talam yang boleh dimakan 3 ke 8 org... berbaloi kalau makan beramai.








23. MAN BURGER LAVA

MAN BURGER LAVA merupakan Kafe yang menghimpunkan pelbagai kedai di bawah 1 bumbung. mempunyai pelbagai menu antaranya menu burger , meatball , pasta. berlokasi BANDAR BARU SG BULOH SEBELAH SHELL... Ade kesitimewaan kalau birthday. boleh dapat cake dari beger yang bersaiz besar di MAN BURGER LAVA ini di himpunkan beberapa stall kecik seperti :

MEE RACUN
SATE 
AYAM PENYET BERSARANG
JAGUNG CHEESE

Bukak pukol 5 petang hingga 12 malam.
Isnin tutup

24. GULAI SALAI

Nie kalau tekak salai tak cuba dekak sini Memang rugi. Gulai Salai di paya jaras hilir berhampiran dengan itik. berhampiran juga dengan subang bestari.. Kuah gulai yg pekat dan pedas bersama set sambal , telur masin tempe dan tauhu.

Gulai Salai daging
Gulai Salai keli
Gulai Ketam
Gulai cendawan kukur
Nasi Ayam Penyet
Asam pedas ikan pari
Asam Pedas kembung

Gulai Salai De Hilir ( Paya Jaras Hilir Selangor)
Pelbagai masakkan gulai salai yang sedap dan terbaik ada di sini...

Waze Gulai Salai De Hilir
menghadap itik
Isnin hingga Sabtu
( 11 pagi - 6 petang )

Ahad tutup







25. WARUNG CHE BUNGA KG MELAYU SG BULOH



Pakat mari ramai2 deh..
Mace2 ado!
Nasi kerabu daging Bakar
Nasi Khao Mok
Nasi Dagang
Nasi Che Bungo pun ado jugok terrr..

Kuih2 kelate pun banyok!
Air dio mace2 raso ada!

Highlights info row image
Warung che bunga
Medan Selera Kg. Melayu, Jalan Kampung Melayu Sungai Buloh 47000
Highlights info row image
012-340 2274






Ikut tekak masing2.. tapi majoriti penduduk sg buloh kata sini antara port paling best & paling viral antara TERSEDAP.. Mungkin ikut nasib kalau yg masa korg pegi tue.  Tiba2 dapat yg kurang memuaskan...


Akan ade penambahan lagi nanti, sebab makin banyak kedai2 best dekat sg buloh nie.. Korg Wajib try nanti ok.  View untuk yg search πŸ”Ž nie pun cecah 500k.. Harap semua pekedai  makin maju dan dapat peringkat kan lagi kualiti anda.  




Credit INFO to : Ahmad Qausar 

 EDIT Sakura Empire 


Friday, 5 January 2018

APA PERBEZAAN ANTARA KUTUB UTARA & KUTUB SELATAN??

APA PERBEZAAN ANTARA KUTUB UTARA & KUTUB SELATAN??




-Pertamanya Walaupun sejuk, kutub utara diduduki oleh manusia seramai 4 juta orang seperti di bandar Barrow (Alaska), Tromso (Norway), Murmansk dan Salekhard (Rusia).
-Di kutub selatan atau lebih dikenali sebagai Benua #Antartika, puak eskimo pun tak pernah jejak kesini melainkan para saintis yang datang untuk membuat kajian sahaja.. Pada waktu musim sejuk , kutub selatan akan bergelap tanpa matahari selama 6bulan. suhu boleh mencecah -200++ dan pada masa nie takde sape pun akan ke sini.. Pada musim panas , 6 bulan tanpa malam. Panas pun suhu -100++..




-Ais di kutub utara / benua #artik akan cair pada musim panas dan kembali beku pada musim sejuk tetapi di kutub selatan ais memang sentiasa ais. Tapi oleh kerana masalah Global Warming, ais di kutub utara tak sempat nak recover balik, so makin lama ais di kutub utara makin kurang. Kalau semua ais di kutub selatan cair, paras air laut boleh meningkat sebanyak 60 meter (Semua bandar jadi Atlantis)




-Suhu di kutub selatan lebih sejuk berbanding kutub utara
-Kutub selatan / Benua Antartika jauh lebih dingin daripada Artik sehingga bahkan terdapat lapisan ais di sana yang tidak pernah meleleh sepanjang sejarah. Suhu rata-ratanya -49 derajat Celcius.
-Kedua haiwan ini tidak pernah bertemu di tempat semula jadi mereka kerana beruang kutub hidup di kutub utara dan penguin di kutub selatan. dan keduanya pemakan ikan.




-Hanya kutub utara di miliki oleh beberapa negara iaitu Rusia, US dan Norway yang dikatakan kaya dengan sumber minyak. Manakala kutub selatan tidak dimiliki oleh sesiapa kerana mengikut Perjanjian Antartik (1959). Namun, beberapa negara masih cuba menjadikan kutub utara milik mereka.
-Sampai saat ini, wilayah Kutub Utara masih menjadi rebutan di antara negara-negara kuasa besar. Russia sudah awal-awal mendakwa kekuasaannya di kutub utara dengan menancapkan bendera di dasar perairannya tahun lalu.
-Kutub selatan mewakili 90% ais di Bumi dan membentuk 3/4 sumber air bersih. Ini mungkin menjadi perebutan bagi pelbagai negara kerana mempunyai simpanan air bersih yang besar pada masa akan datang berbanding kutub utara.
-Kutub utara hanyalah ais tetapi kutub selatan adalah sebuah benua yang mempunyai tanah, gunung, lembah serta mempunyai gunung berapi yang aktif iaitu Gunung Erebus. Namun, kutub utara lebih menjadi perebutan negara -negara seperti Kanada, Greenland, Rusia, Iceland, Norway, Sweden, Finland dan US. Mungkin ia bakal menjadi lalu kapal dagang yang berharga apabila ais di kutub utara cair sepenuhnya.




Pasangan Diraja Tempah Kelas Ekonomi








SEPERTI pasangan lain, menjelang ambang 2018, Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle telah meluangkan masa bercuti bersama.
Tentunya tidak semua pasangan merpati dua sejoli dapat berkunjung ke French Riviera, tetapi mereka telah melakuannya.
Tetapi apa yang menariknya, lapor The Telegraph, kedua-dua personaliti yang sering menjadi tumpuan ramai ini hanya  menempah kerusi kelas ekonomi untuk ke destinasi percutian mereka.
Sebaik memasuki pesawat itu, mereka terus ke tempat duduk dibahagian belakang pesawat.
Malahan untuk tujuan keselamatan, mereka menempah semua kerusi ekonomi di barisan akhir sebagai langkah keselamatan.
Pesawat British Airways itu terbang ke Nice, Perancis dan sebaik mendarat mereka disambut pegawai polis sempadan Perancis dengan kawalan ketat unit elit polis negara itu.
Pasangan yang telah mengikat tali pertunangan ini bakal berkahwin pada 19 Mei 2018.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/01/05/harry-meghan-ekonomi/#TlxoUggS4bXArxGi.99

MINYAK ENGINE PERODUA GOLD & BIRU

Jika ada yang keliru dengan minyak engine PERODUA yang ber BOTOL GOLD & BOTOL BIRU... Kome Jangan risau.. Minyak botol #biru mempunyai kandungan kualiti dan formula yg memang sama dengan botol gold , cuma berbeza botol sahaja. Ini kerana Botol biru ini di khas kan di jual di pengedar barangan alat ganti kereta , kiosk-kiosk terpilih , serta bengkel-bengkel luar selain pusat servis perodua.
Lepas nie jangan pelik dan keliru kenapa minyak engine perodua nie ade yang gold & ade yang biru ..
Biasanya bile dah tamat tempoh jaminan servis bile beli kereta baru , kita boleh servis kereta di bengkel2 biasa dengan kadar lebih jimat. nak beli minyak perodua original dari perodua boleh pm kami .. hanya yang terbaik untuk customer kami...






Thursday, 4 January 2018

Laptop Terbaik Dalam Lingkungan Harga RM2000 (Pilihan Pelajar)

 ‘Benchmark’ bagi laptop yang anda harus beli ialah sekurang-kurangnya mempunyai processor Intel Core i5 (generasi ke-4 Haswell), 4GB RAM, dan mempunyai kad graphic sekurang-kurangnya Nvidia GT 720M.
Kalau sekarang bajet anda di bawah RM1500 dan bercadang membeli laptop Intel Pentium atau Core i3 dengan graphic Intel HD, maka saya cadangkan tambah lebih sedikit bajet agar dapat beli laptop yang lebih berbaloi untuk kegunaan jangka masa yang panjang.

Laptop Bajet RM1700 – RM2000

1. Lenovo S410p
laptop rm 2000
– Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.
– Saiz 14” dan mempunyai pelbagai variasi model seperti FreeDOS atau original Windows 8.1, dan juga pilihan hard disk 500GB hingga 1 TB.
2. Dell Inspiron 14 3437
dell inspiron14 3437
– Spec Dell Inspiron 14 3437 : Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.
– Saiz 14” dan mempunyai pelbagai variasi model seperti FreeDOS atau original Windows 8.1, dan juga pilihan hard disk 500GB hingga 1 TB.
– Harga bagi Dell Inspiron 14 3437  sekitar RM1700 – RM1900 mengikut konfigurasi laptop dan boleh didapati dalam warna hitam atau merah.
– Anda boleh beli laptop Dell secara online di laman Dell Malaysia atau dimana-mana pengedar laptop Dell.
2. Lenovo S510p
lenovo s510p
– Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.
– Saiz 15” dan alternatif bagi mereka yang mahukan saiz skrin yang lebih besar daripada model Lenovo S410p.

daripada model Lenovo S410p.

4. HP Pavilion 15-N044TX
HP Pavilion 15-N044TX
–  Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 740M, 4GB RAM.
– Saiz 15.6”, FreeDOS (tiada Windows) tetapi mempunyai kad graphic Nvidia GT 740M pada harga serendah RM1799 sahaja.
– Sesuai untuk anda yang mahukan kad graphic yang lebih laju untuk gaming berbanding laptop biasa pada harga mampu milik.
5. Dell Vostro 5470
dell vostro 5470
– Dell Vostro 5470 merupakan laptop dalam kategori komputer riba untuk bisnes, namun anda boleh dapatkan ia dengan harga yang berpatutan dan mampu milik bagi pelajar juga
– Dari segi kualiti, Dell Vostro 5470 berada di kelas yang lebih tinggi berbanding laptop kegunaan rumah dan kasual seperti Dell Inspiron dan Lenovo Thinkpad.

– Laptop yang mempunyai spec Core i5, 4 GB RAM, Nvidia GT 720M digalakkan bagi anda menjalankan software biasa seperti Office, Photoshop, Chrome, Firefox dengan lancar serta boleh menjalankan game2 seperti Dota 2, LoL, serta game2 moden pada resolusi 720p.
– Kalau boleh, elakkan beli laptop yang mempunyai processor seperti Intel Pentium, Celeron ataupun Core i3 yang hanya mempunyai cip Intel HD Graphics. Spend lebih sikit untuk dapatkan laptop Core i5 yang lebih laju dan cip grafik Nvidia 720M.
– Laptop FreeDOS merupakan laptop yang tidak didatangkan dengan lesen original Windows. Biasanya laptop FreeDOS lebih murah berbanding laptop yang didatangkan dengan Windows 7/8/8.1 dan anda boleh install sendiri Windows ataupun Linux jika mahu.
– Digalakkan install OS 64-bit seperti Windows 7 64-bit ataupun Windows 8 64-bit. Majukan diri anda dengan katakan tidak kepada OS 32-bit pada tahun 2014 ini.
– Bagi anda yang berminat membeli laptop secara online, digalakkan membeli di laman web yang sah seperti pengeluar laptop itu sendiri atau laman web beli belah online yang mempunyai reputasi yang baik.
– Elakkan beli laptop secara online daripada random seller ataupun penjual yang mempunyai identiti yang diragukan.
– Jika perlu, pilih untuk bayar laptop secara Cash on Delivery (COD) kerana laptop yang dibeli melalui pos mempunyai risiko tinggi untuk dicuri.
Selamat mencuba!

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...