Thursday 4 January 2018

Laptop Terbaik Dalam Lingkungan Harga RM2000 (Pilihan Pelajar)

 ‘Benchmark’ bagi laptop yang anda harus beli ialah sekurang-kurangnya mempunyai processor Intel Core i5 (generasi ke-4 Haswell), 4GB RAM, dan mempunyai kad graphic sekurang-kurangnya Nvidia GT 720M.
Kalau sekarang bajet anda di bawah RM1500 dan bercadang membeli laptop Intel Pentium atau Core i3 dengan graphic Intel HD, maka saya cadangkan tambah lebih sedikit bajet agar dapat beli laptop yang lebih berbaloi untuk kegunaan jangka masa yang panjang.

Laptop Bajet RM1700 – RM2000

1. Lenovo S410p
laptop rm 2000
– Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.
– Saiz 14” dan mempunyai pelbagai variasi model seperti FreeDOS atau original Windows 8.1, dan juga pilihan hard disk 500GB hingga 1 TB.
2. Dell Inspiron 14 3437
dell inspiron14 3437
– Spec Dell Inspiron 14 3437 : Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.
– Saiz 14” dan mempunyai pelbagai variasi model seperti FreeDOS atau original Windows 8.1, dan juga pilihan hard disk 500GB hingga 1 TB.
– Harga bagi Dell Inspiron 14 3437  sekitar RM1700 – RM1900 mengikut konfigurasi laptop dan boleh didapati dalam warna hitam atau merah.
– Anda boleh beli laptop Dell secara online di laman Dell Malaysia atau dimana-mana pengedar laptop Dell.
2. Lenovo S510p
lenovo s510p
– Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.
– Saiz 15” dan alternatif bagi mereka yang mahukan saiz skrin yang lebih besar daripada model Lenovo S410p.

daripada model Lenovo S410p.

4. HP Pavilion 15-N044TX
HP Pavilion 15-N044TX
–  Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 740M, 4GB RAM.
– Saiz 15.6”, FreeDOS (tiada Windows) tetapi mempunyai kad graphic Nvidia GT 740M pada harga serendah RM1799 sahaja.
– Sesuai untuk anda yang mahukan kad graphic yang lebih laju untuk gaming berbanding laptop biasa pada harga mampu milik.
5. Dell Vostro 5470
dell vostro 5470
– Dell Vostro 5470 merupakan laptop dalam kategori komputer riba untuk bisnes, namun anda boleh dapatkan ia dengan harga yang berpatutan dan mampu milik bagi pelajar juga
– Dari segi kualiti, Dell Vostro 5470 berada di kelas yang lebih tinggi berbanding laptop kegunaan rumah dan kasual seperti Dell Inspiron dan Lenovo Thinkpad.

– Laptop yang mempunyai spec Core i5, 4 GB RAM, Nvidia GT 720M digalakkan bagi anda menjalankan software biasa seperti Office, Photoshop, Chrome, Firefox dengan lancar serta boleh menjalankan game2 seperti Dota 2, LoL, serta game2 moden pada resolusi 720p.
– Kalau boleh, elakkan beli laptop yang mempunyai processor seperti Intel Pentium, Celeron ataupun Core i3 yang hanya mempunyai cip Intel HD Graphics. Spend lebih sikit untuk dapatkan laptop Core i5 yang lebih laju dan cip grafik Nvidia 720M.
– Laptop FreeDOS merupakan laptop yang tidak didatangkan dengan lesen original Windows. Biasanya laptop FreeDOS lebih murah berbanding laptop yang didatangkan dengan Windows 7/8/8.1 dan anda boleh install sendiri Windows ataupun Linux jika mahu.
– Digalakkan install OS 64-bit seperti Windows 7 64-bit ataupun Windows 8 64-bit. Majukan diri anda dengan katakan tidak kepada OS 32-bit pada tahun 2014 ini.
– Bagi anda yang berminat membeli laptop secara online, digalakkan membeli di laman web yang sah seperti pengeluar laptop itu sendiri atau laman web beli belah online yang mempunyai reputasi yang baik.
– Elakkan beli laptop secara online daripada random seller ataupun penjual yang mempunyai identiti yang diragukan.
– Jika perlu, pilih untuk bayar laptop secara Cash on Delivery (COD) kerana laptop yang dibeli melalui pos mempunyai risiko tinggi untuk dicuri.
Selamat mencuba!

No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...