Tuesday, 16 November 2010

MENJUAL DAN MENGEDAR ALAT GANTI KERETA UNTUK SEMUA JENIS KERETA


MENCARI KEDAI UNTUK BARANGAN SPAREPART KERETA DARI SEMUA JENIS  KERETA...MAHUKAN YANG MURAH DAN BERBALOI....?? INILAH TEMPATNYA : 
Kalau nk beli barang alat ganti kereta kena hati2.. biasa akan kena ketuk harga. Tapi kedai nie sangat murah , berbaloi2 dan yang penting barang rare pun dorg boleh dapatkan... kedai alat ganti kereta melayu & bumiputra. 100% milik anak melayu.. sape lagi nak naikkan ekonomi org melayu kan Kalau kita sendiri tak support sape lagi ... servis depa sangat tiptop & terbaik...



Boleh bayar gune card debit or kredit. Senang cepat & mudahm walkin je sini.. kalau sblm dtg tue tanya dulu. Barang ade stock ke tak ade. Kalau tak ada. Boleh mintak order. Sehari dua dah ade stock.


BLUE LAKE AUTOPART 

Menjual dan Mengedar alat-alat ganti kereta untuk semua jenis kereta... untuk orang perseorangan untuk kegunaan sendiri atau secara pukal oleh bengkel.. harga berbaloi..



BLUE LAKE AUTO SUPPLY KG SETIA KUANG.

ASSALAMUALAIUKUM....
MENIAGA SEPERTI BIASA , SETIAP HARI BUKAK.. NAK BARANG ALAT GANTI KERETA MURAH, DATANG SINI BRO. KITA BAGI SERVIS BAIK PUNYA. MURAH & BERBALOI.
MANA NAK CARI KEDAI ALAT GANTI
MURAH & HARGA BERBALOI ADA DI SUNGAI BULOH
DAMANSARA & Lembah Klang ??
Ini haa kami nk pecah tembelang....
BLUE LAKE AUTO PART DAH PUN MENGEGARKAN SUNGAI BULOH & KAWASAN SETEMPAT DENGAN SERVIS TIPTOP & TERGELINCIR MURAH.. ADE PROMOSI LAGI Tue...
.
.
.
🚘 BANDINGKAN HARGA
Der ini bukan sembang Kosong , lu datang #bluelake autopart dekat kuang , sg buloh, lu bandingkan harga sini.. Lu cuma cakap apa barang lu mau. Dorang dapatkan untuk Lu.. Korang yang berhampiran boleh gegar kesini dan dapatkan barang alat ganti kereta yang LU orang cari..

🚘 SEBARKAN PADA JIRAN RAKAN & TAULAN
Sila war-warkan dan sebarkan pada rakan , pada saudara mara , pakcik makcik , mak,pak , jiran sebelah uma , kawan sekerja, kawan sekampung ,kawan setaman , boipren / gelpren , pada bakal suami & pada tunang .. cakap dengan dorg , boleh pegi sini ,
Harga sini memang berbaloi-baloi 📣📣📣

🚘 KEDAI ANAK MELAYU 100% ISLAM
Ini kedai 100% bumiputra islam. Kedai anak-anak muda #MELAYU. Customer sini bukan sahaja melayu tapi jugak ada CINA & INDIA . Kesemua support bluelake.. sbb paling utama , servis yg dorang bagi memang terbaik. Lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia sparepart & automotive , tentu-tentunya agak pakar.

🚘SUPPLIERS KEPADA BENGKEL
Mane2 bengkel kereta kebanyakkan sekitar sg buloh / kuang / lembah klang ambik barang dekat sini... Individu yang cari brg direct pun ramai.. Lebih jimat , murah & berbaloi...

🚘ORIGINAL & LOCAL
Ada banyak pilihan korg boleh pilih ikut bajet korg.. Nak yg berkualiti ambik ori , tapi kalau bajet sikit. Dorg akan rekemen brg yg ok tapi local & murah.. Confirm tak takut tertipu..!!! Yang penting Jujur & amanah serta bagi yg terbaik untuk customer.
Nak lagi diskaun Pakai Geng Card.. Dapat lagi diskaun !!!

🏢Blue Lake Auto Parts
Kedai Alat ganti kereta dari pelbagai jenama. Honda ! Proton ! Toyota ! Perodua ! Hyundai !

Walk in ke Kedai BL auto part untuk dapat HARGA BERBALOI dari kami... Lokasi di kg setia Kuang rawang berhampiran sg buloh. Boleh Waze untuk ke lokasi...

..Team usahawan muda melayu Islam..

:Minyak break
:Minyak hitam
:Spark plug
:Minyak steering
:Power window
:Break pad
:Timing belt
:Bateri
:Lampu
segala macam sparepart ade.


CALL / WHATAPP
📞0196627659 ADAM
http://www.wasap.my/60196627659/bluelakeautopart
[ KLIK NIE UNTUK DIRECT WHASTAPP ] ADAM



📞0126267659 LAH
http://www.wasap.my/60126267659/bluelakeautopart
[ KLIK SINI UNTUK DIRECT WHASTAPP ] BRADER LAH



CALL / WHATAPP
📞0193386069 Adam Nuffah
📞0126267659 Abdullah Mahmud

Kedainye di Kg setia KUANG / SG BULOH. WAZE JE.. BLUE LAKE AUTOPART.  AKAN SAMPAI KE SINI...



Di sebelah dobi papa kg setia.. Antara kedai sparepart melayu yang VIRAL. Antara harga berbaloi & servis terbaik... harga memang jimat banyak..





 Barang di atas antara barang yang menjadi pilihan ramai org.. minyak hitam yg terbaik dan yg mengikut bajet anda.. pilih je. Tanya poket ape yg anda mau.. haha


2 kedai ini milik BLUE LAKE.. BERPENGALAMAN LEBIH DARI 15 TAHUN. Dalam bidang automotive dan barang2 sparepart nie.. jangan ragu2 lagi..





Antara barangan minyak hitam yang menjadi pilihan dan sentiasa laku keras. Banyak lagi jenama macam shell / perodua / caltex / hyo dan macam2 lagi...



Save dan call bile perlukan barang2 mereka akan bantu anda untuk dapatkan barangan yg anda perlukan..



Tokey besar. MR Abdullah. Baru 2 tahun bukak cawangan dah 3.. ternyata org sangat berpuas hati dengan servis dan harga yg ditawarkan.. semoga terus maju jaya bos..



Jenama terkenal dari jepun. Teknologi terbaik antara laku keras di sini... ramai berpuas hati dan mula tukar pada jenama nie...




 2 cawangan ade 1 di BANDAR TASIK PUTERI RAWANG DAN 1 LAGI DI KUANG SG BULOH ..

Update terbaru 2018.
.......................


Ok ini entry kedua aku untuk bisnes abang aku.. dia bukak bisnes untuk alat ganti kereta. xkira ape jenis pun.. alat ganti kereta honda, perodua, proton, toyota, hyundai, bmw ape saje jenis kereta. 

Dia juga pembekal kepada bengkel-bengkel kebanyakkannya area selangor dan kuala lumpur.. boleh beli dengan harga murah dan berpatutat dari tempat lain. macam minyak engine,minyak break, breakpad, timingbelt,cermin tingkap, pintu, sidemiror. pahtu memacam lagi la.. nie antara gegambar yang aku dapat snap.. aku pon bukan tau pon nenama bebarang nie. 

Kalau korang nak cari sparepart bebarang kereta terus roger abang aku k.. dia pakar dalam bab2 sparepart nie.. p bengkel bayar harga upah saje meh.. xla kena ketuk kaw-kaw punye...

Bateri ke hape ke sume ade..bagi aku kereta adelah pekara penting dan kebanyakkan sume orang memiliki kereta. dan setiap orang pon pasti akan servis kereta setiap kali balik kampung. betui x?? untuk dapat harga murah.

Jumpa lah pakar kereta anda.. mereka akan membantu anda...

 [ BLUE LAKE AUTO PART /BL AUTOPART ]

boleh call numb beliau :

012-6267659 @ Brader LAH
betempat di KUANG KG SETIA SG BULOH. senang sangat mau cari

( Tekan sini ) fb page BLUE LAKE AUTOPART.

Direct terus ke page fb blue lake. Boleh tanya dorg ape2 pasal kereta & barang2 alat ganti lain...








 spark plug untuk kereta myvi tahun 2004-2018

 minyak engine untuk kereta myvi semi syentetic 5w/30


 Ade memacam lagi alat ganti kereta




SPRING SPORT UNTUK KERETA MYVI

aku banyak snap pix berkaitan myvi sebab aku pakai keta myvi. tp kat cni ade jual alat ganti untuk semua jenis kereta.. kalo rase nak cari n menjimatkan roger abang aku brader LAH....terima kasih 

Nk cari spare part / nak cari alat ganti kereta murah & berbaloi2....


LINK KEDUA : PENGEDAR ALAT GANTI KERETA

Boleh check waze nie jugak.. Untuk sampai ke sini.. VIRAL KEDAI ALAT GANTI KERETA TERMURAH , BERBALOI KEDAI ALAT GANTI KERETA YANG DIPERCAYAI. VIRAL ANTARA YG MURAH & TERBAIK..

ORANG LUAR RAMAI YANG DATANG SEBAB BUKAK SABTU & AHAD JUGAK. KEDI ALAT GANTI KERETA YANG BUKAK HARI AHAD. RAMAI YANG DATANG DARI JAUH UNTUK DAPATKAN BARANGAN ALAT GANTI KERETA YANG TULEN & YANG TERBAIK IKUT BAJET ANDA...

Saturday, 13 November 2010

RESEPI :CEKODOK NASI yang lembut dan enak

AKAK AKU ADE LA SHARE RESEPI SEDAP KAT AKU NOK...SUMPAH MEMANG SEDAP... CEKODOK NASI NAMANYA... CEKODOK TUE DARI NASI YANG DI BLANDER DENGAN IKAN BILIS..LEMBUT GLER DOW... SAPE XDE GG PON BOLEH MAKAN TANPA MENGUNYAH..TELAN JEW.. MELUNCUR DENGAN LAJUNYA... SENANG GLER BUATNYE...MEH AKU AJAR TAU.. T KORG TRY LA BUAT.. RASE CAM NUGGET.. XTIPU... LAGI2 BILE NASI SEJUK YANG BELAMBAK TUE,KORG XTAU NAK BUANG MANE,SELAIN DA BOSAN ASIK TELAN NASI GORENG JEW.. CECUBE LA RESEPI NIE HA..... KAT CNI LA GUNE NYA.. TAK LA MEMBAZIAKK~ BEBUDAK BUJANG NGAN BEBUDAK KOLEJ PON LEH LA BUAT,ORANG YANG XPANDAI MASAK PON LEH JADI PANDAI..,BOLEH DIMAKAN DI MANA-MANA SAHAJA. XKIRA MASE DAN USIA,LEH BAWAK P PIKNIK,BEKELAH TEPI PANTAI ATAU SUNGAI.BAWAK BEKAL P SEKOLAH... WA XTIPU..........JEJEMPUT,CEKODOK DAN JUGA BOLEH DIPANGGIL CUCUR.. YANG  LEMBUT NIELAH RAHSIANYA....SELAIN TUE JUGA IA MENGELAKKAN NASI DARI MEMBAZIR.

pix nie di songlap.. xde pix laa.. so ini sebagai contoh k SORI der.. xde pix..
nie pon lupe dari mane aku copy.. sori.. :( tp nie pon cucur dari nasi jugak..

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

-NASI SEJUK 3 CAWAN
-SEGENGGAM IKAN BILIS (ekot suke)
-BAWANG PUTIH
-BAWANG MERAH
-3 CAWAN TEPUNG
-LADA MERAH (hiris)
-DAUN BAWANG (hiris)
-GARAM SECUKUP RASA
-MINYAK UNTUK MENGORENG
-AIR

*terus masok dalam blander
-nasi sejuk 3cawan tadi
-ikan bilis
-2cawan tepung
-air untuk mengisar
-bawang putih + bawang merah

blander sampai ikan bilis hancur dan halus.. lagi banyak ikan bilis. lagi sedap perisanya.


masukkan dalam bekas.. gaul bersama hiris cili + daun bawang ekot suka nak masuk pon boleh,xnak pon ok..kalo nak lagi sedap masukkan la udang segar,hirisan ayam ke..tapi kalau masak yang nie pun sedap asalkan ade ikan bilis.. da gaul sebati.. pastikan tepung same banyak dengan nasi tadi tau.. sbb takot nti jadi lembik kalo tepung kurang....buat bebulat,pastu goreng dalam minyak yang panas.. try la wei.. senang nak mampus... lembut die mengalahkan cucur biasa.. xtry memang rugi.. yihaaaa... lagi sedap kalau makan dengan kari.. tp cicah ngan sos + mayonis pon ok :) HA... mane-mane anak yang susah nak makan nasi tu kan.. acu terai sumbat ngan cucuak ikan bilis nie.. gerenti jalan.. takot korang jew penat nak kena blander ari-ari.. huhu

SENANG CITE.. RESEPI SAMA CAM UAT CUCUR LAIN..  TAPI TAMBAH NASI + IKAN BILIS TUE JEW... SODAP GILER.. DEN DA MENGIDAM DAH NIE....HUJAN-HUJAN SODAP DIMAKAN BERSAMA KOPI YANG PEKAT..




Friday, 12 November 2010

kisah ibu + anak + menantu



Suzana (nama sebenar) dan razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama  di kantin, di dalam kelas mahupun waktu belajar di luar kelas…Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di  sekitar kuala lumpur… mereka bagaikan belangkas yang tak dapat dipisahkan lagi………tetapi dalam setiap percintaan  mesti ada dugaannya.. ‘Salmah seorang ibu yang bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikut
segala kehendaknya.. Salmah adalah ibu kepada Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dengan seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu daripada jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sangat marah terhadap Razman & menyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan  mereka.  Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dengan rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibunya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman. Setelah  setahun berlalu mereka pun diijab qabulkan …… Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi malang telah menimpa mereka…….

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman.. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya  tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan……

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya……tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.  Razman cuba untuk memperbaiki keadaan………Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telahmemohon agar doktor berjanji tidak akan menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab……penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cubalah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kaliitu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macam mana erkkk reaksi ibumertua tu.

 *CERITA DIKALA BOSAN.... 

Wednesday, 10 November 2010

BILA BERSAMA MEREKA YANG DIGELAR SAHABAT

sejauh mane pon aku... aku sangat sayang kan persahabatan... sbb di saat aku jatuh dan perlukan hiburan.. korang sentiasa disisi......aku xpernah lupekan korang sbb ,korang adelah sahabat aku sampai bebile...



KISAH PASIR DAN BATU :

kisah yang mengisah kan tentang2 sahabat yang berjalan melintasi gurun dan pasir
ketika dalam perjalanan itu mereka mula bertengkar ,dan yang satu menampar pipi sahabatnya..
dan yang di tampar pipinya hatinya terluka, tapi tanpa berkata sepatah kata pon die kemudian menulis di PASIR :

" HARI INI SAHABAT BAIK KU MENAMPAR WAJAH KU "



mereka meneruskan perjalanan sampai lah berjumpe sebuah oasis *dipadang pasir..
dimana mereka memtuskan untuk berehat dan mandi..

tetapi orang yang wajahnya ditampar tadi telah terjatuh kedalam pasir jerlus dan mula tenggelam tetapi sahabatnya itu telah membantun sedaya upaya.dan menyelamatkan nya...
setelah pulih keadaanya die telah mengukir kalimat di sebuah BATU :


" HARI INI SAHABAT BAIK TELAH MENYELAMATKAN SELURUH HIDUPKU "




orang yang telah menampar sahabatnya dan kemudian menolongnya lalu bertanya
"setelah aku menampar mu,kemudian kamu menulis nya dipasir. dan setelah aku menyelamatkanmu, kamu mengukirnya pula di batu.. kenapa harus begitu?? "

sahabat yang ditanya menjawab... :


" ketika seseorang menyakiti kita,kita harus menulisnya dipasir
supaya angin dapat memaafkannya ,dengan meniup lenyap tanpa meninggalkan sedikit kesan...
tapi jika saat seseorang melakukan kebaikan untuk kita,kita haruslah mengukirnya dibatu,
supaya tidak ada satu angin pon yang sanggup menghapuskan ingatan indah itu.."

" BELAJARLAH UNTUK MENULIS KEPEDIHAN MU DIPASIR DAN MENGUKIR KEBAHAGIAAN MU DIBATU CADAS "








rindu korang.... yang di PANGGIL kawan :)



Tuesday, 9 November 2010

MENYAYAT HATI


korang tengok gambar-gambar kat bawah nie sure la korg mesti agak sebak laa... mungkin ade jugak yang melelehkan airmata... sbb xsangka kan... ade gak CINTA SEJATI yang bebetol xmemilih langsung paras rupa,fizikal seseorang.... rase-rase ade x dekat-dekat ngan kite nie yang besifatkan kan macam nie...sejuk mata memadang sejuk lagi pompuan a.k.a isteri die bile dapat somi semulia die.. huhuhu wallaweiii....sobb...sobbbb.......soobbbbrrriiiiiiiii................ ORG yang xade deria rase jew yang xdapat menyelami perasaan time nengok gambar-gambar nie.. hahahaha tetibe merapu-rapu.......hati yang berkulit biawak saja yang ngak bisa ngerti apa-apa domg..












macam nie baru di panggil chenta sejati.....




SERAM xseram SANGAT LA

DULU :

tuzkicrazyrabbitemo
TIME KEKECIK,MAK AKU SLALU CAKAP


blogger-emoticon.blogspot.com
"jangan men kat luar tetengah arinie,kang ade org bawak sabit.. die sabit kapala hang p buat jambatan,bau hang tiaw langit tue tinggi ke rendah "



(ganas gile mak aku nye kata-kata nasihat supaya aku xjadi men kat luar.. aku pon ngn kekecot perot cume tgk jejiran len men ngn perasaan gairah besama-sama rerakan yang len.. aku hanya di sebalik pintu jeriji..*macam penjara pulak..


SEBAB TUE AKU KUNO.. BANYAK MENDE AKU XTAU... SBB TEPELOSOK KAT UMA JEW KAN SEPANJANG AKU KECIL


MEN GETAH PON AKU XPANDAI WEI.... SUMPAH TAK TIPUU PUNYA

TENGOK TIBI POWN SESORANG.. SBB AKU NIE PENAKOT..
BAGI AKU APE YANG MAK AKU CITE BETOL-BETOL BELAKA


Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org
TAPI KAN CITE NIE MACAM ADE BETULNYA.. ADE SESETENGAH ORG TUA BECERITA,KALAU NAK BUAT JAMBATAN KAN,SI MAKHLUK GHAIB NIE NAK PAMPASAN SBB AMBIK KAWASAN DORG..


SO DORG NAK LA SEBAGAI GANTI BAGI KAPALA ORANG ATAU KAPALA BUDAK BUAT MAKANAN SAJIAN MEREKA-MEREKA JAHANAM TUE.. *HANTU AIR KOWT... SUPAYA DORANG XGANGGU JAMBATAN YANG DI BINA...


ADE JUGAK CAKAP KAPALA NIE KENA TANAM KAT BAWAH JAMBATAN SUPAYA KUKUH.. LAGI BANYAK KEPALA.. LAGI KUKUH LA JAMBATAN TUE....APA PUNYA CERITA PONG AKU XTIAW...


TAPI BETUL KER EH CITE NIE?? KER SEKADAR NAK MENAKUT-NAKUTKAN ANAK-ANAK COMEL CAM AKU NIE??TAPI SEKARANG BANYAK BEBUDAK HILANG,TANPE DAPAT DIKESAN,TAPI XMUNGKIN LA KOWT KAN...


KEKADANG AKU BERAK PON JADI SEMBELIT


TELALU TAKUT NGAN CITE YANG MAK AKU CITE NIE...
BERAK PON XSESEMPURNA SELALU

SERAMNYE LAAAA CITE KAT ATAS NIE....


CEPAT LA SIAPKAN CITE KO NIE... BETAON AKU NAK BACE... KO NIE LAMBAT LAA... MESTI KO NGAH PK ENDING APE KO NAK BAGI SENARNYE KAN


YELAAAAAA.........

Kiki
SEPOHON KAYU DAUN NYA RIMBUN LEBAT BUAH NYA SERTA BUNGA NYA
OYEAAHH~


SEBENARNYA CITE NIE XADE ENDING.... SBB ADE LAGI 1 CITE AKU NAK CITE ESOK...
CITE SERAM SAMPAI TEKINCIT TAU BACE...


NAPE AKU GEMOK......NAPE...?? NAPE??? NAPE???


yellowfaceemoticon
WO..WOO..WOOOOO.......

MAK KORANG PENAH CAKAP CAM NIE TAK WEI???





BYE

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...