Thursday, 30 April 2020

Apa itu simian line?


Apa itu simian line?

Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang menyatu atau tumpang tindih. Simian line juga dikenal dengan nama Simian Crease dan Single Transverse Palmar Crease.

Memiliki Simian Line juga bisa dibilang hal yang unik karena menurut kajian rasio orang yang memiliki simian line itu 1 : 30, artinya dalam grup yang berisi 30 orang satu di antaranya memilki garis tangan ini.


Simian line sendiri merupakan hal yang sangat umum muncul pada orang asia, bagaimana tidak, sekitar 13% orang asia memiliki simian line setidaknya pada salah satu tangannya, sedangkan pada ras kaukasia garis tangan ini hanya muncul sekitar 4% saja. 1% dari kedua persentase diatas adalah mereka yang memiliki simian line pada kedua tangannya.


Kepribadian

Positif
Orang dengan simian line memiliki kecerdasan dan kepekaan. Secara umum, mereka bijak, pintar, percaya diri, mampu, dan penuh kasih sayang, memiliki penilaian yang baik dan sikap tegas tentang apa yang harus dicintai dan apa yang harus dibenci. Karakter positif dan tegas mereka menguntungkan pengembangan karier. 

Mereka juga kuat, aktif, cepat berpikir, dan responsif. Sebagian besar dari mereka tanpa pamrih sehingga sering mendapat kepercayaan dari dari orang lain. Karena gigih dan sabar, mereka cukup berani untuk bertarung dan selalu bisa melakukan sesuatu yang hebat. 

Jika telapak tangan kalian tebal dan lunak, itu akan menjadi lebih baik. Telapak tangan semacam ini umumnya terlihat di kalangan pengusaha terkenal, pejabat, dan selebriti seni.

Orang dengan garis simian berani mencintai dan membenci. mereka sepenuhnya setia sekali dalam suatu hubungan dan melakukan segalanya untuk membuat sang kekasih bahagia untuk seluruh kehidupan. Setelah mereka tidak lagi cinta, bagaimanapun, mereka akan sangat membenci


Tokoh-Tokoh Dunia Dengan Garis Tangan Simian Line

Sangat menarik bahwa jumlah orang yang terkenal dengan garis Simian telah membuat kontribusi positif untuk sejarah. Raja Salman adalah salah satu tokoh dunia yang memiliki garis tangan simian line.


Tapi selain Raja Salman masih banyak tokoh-tokoh dunia yang memiliki garis tangan simian line. Berikut ini, tokoh-tokoh dunia yang memiliki garis tangan simian line yang dirangkum dari

1. Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pertama dari Singapura
2. BJ. Habibie, Mantan Presiden Indonesia
3. Tony Blair, Mantan Perdana Menteri Britain 
4. Hillary Clinton, Mantan Menteri Luar Negeri dan Calon Presiden Amerika Syarikat
5. Ronald Reagan, Mantan Presiden Amerika Syarikat 
6. Muhammad Ali, Petinju Amerika
7. Albert Einstein, Ilmuwan Jerman
8. Mahatma Ghandi, Pemimpin Spiritual India
9. Paus Yohanes XXIII, Italia
10. Tokugawa Ieasyu, Shogun Jepun

Monday, 6 May 2019

SALAM RAMADHAN

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai – LAUT INI PENCURI.

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai – LAUT INI BAIK HATI.

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai – LAUT INI PEMBUNUH.

Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai – LAUT INI PENUH BERKAT.

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu.

Maka. JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah selama kita di jalan yang baik. Walau terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai. Takyah jelaskan tentang diri kita kepada siapa pun, kerana yang menyukai kita tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kita lakukan. Dan yang membenci kita tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri kita.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Tuhan memandang keikhlasan hati kita sepanjang kehidupan kita dimuka bumi ini. InshaAllah...

Krdt : Abu Raziq

Tuesday, 19 March 2019

10 Tip Ambik gambo Terbaik & Superbb Dasyat Hanya dengan Smartphone..

Ambil gambar sekarang ini tidak susah macam dulu. Kalau dulu lepas ambil gambar sahaja kena tunggu cuci gambar di kedai barulah dapat lihat gambar itu cantik atau tak. Saiz kamera pula jangan cakaplah, besar belaka. Nak simpan punyalah susah. Silap hari bulan siap terjatuh lagi!


Perkembangan dunia telefon pintar menyebabkan kamera jenis DSLR bukan lagi medium utama untuk ambil gambar cantik. Anda serbulah mana-mana Instagram yang gambar cantik-cantik tu, confirm majoriti gambar yang dimuat naik adalah daripada smartphone.

Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular adalah kerana lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas snap, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Jadi, kali ini kami mahu share tips bagaimana hendak ambil gambar cundengan smartphone!

1. Bersihkan Lens




Benda ini nampak remeh tetapi sebenarnya sangat penting. Basically telefon pintar memang tak ada lens cap macam kamera biasa atau DSLR. Jadi sebelum anda ambil gambar, rajin-rajinkan tangan untuk lap lens kamera dengan kain bersih dahulu. Kain bersih ya. Kalau tidak lap, gambar anda kemungkinan besar akan blur.

2. Jangan Zoom


Ini pantang larang penting waktu ambil gambar guna smartphone. Kalau kamera telefon anda jenis ada satu kamera sahaja, elakkanlah guna digital zoom. Maaf terpaksa jujur, serius hambar gambar kalau guna digital zoom. Lainlah jika smartphone anda ada banyak kamera. Tips! Kalau anda mahu besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop guna Photoshop atau mana-mana image editing applications.

3. No Flash, please!




Canggih betul kan smartphone ada flash. Tapi anda janganlah seronok sangat kalau smartphone ada flash sebab flash pada smartphone belum tentu boleh diharap untuk dapatkan gambar cantik. Sebenarnya lebih banyak mencacatkan daripada mencantikkan ya. Tak percaya? Anda cuba guna. Nanti akan ada gambar anda siap ada pakej mata merah-merah dan muka berminyak.
Melainkan anda tahu macam mana untuk ‘diffuse’ atau ‘bounce’ cahaya daripada flash. Kami sarankan anda cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.
Sumber cahaya dalam dunia ini ada banyak; lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau sudah tiada pilihan, baru gunakan flash.

4. Gegaran



Smartphone bukannya kamera atau DSLR, telefon pintar biasanya tidak ada stabilizer kecuali model flagship. Jadi biasanya gambar sangat mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tidak gelap. Jadi pastikan tangan anda tidak bergegar ketika rakam gambar.

5. Setting




Kalau bab setting macam mana pun kena belajar perlahan-lahan. Kami sarankan anda cuba mahirkan dengan setting kamera pada smartphone anda. Sesetengah model membolehkan anda mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

6. Apps



Ini bonus! Sebenarnya ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tapi anda tidak perlulah install semuanya. Cari yang sesuai dengan gaya fotografi anda sahaja.

Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.

7. Aksesori Tambahan
Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya anda boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.

8. Segalanya Komposisi






Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smartphone yang anda guna. Cuba lihat contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang mereka gunakan. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan mengambil inspirasi.

9. Edit Boleh, Tetapi Jangan Over!



Sangat mudah untuk edit gambar dengan smartphone. Kalau dahulu kena transfer gambar daripada kamera dan edit dalam komputer. Sekarang selepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.

Kebanyakan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi anda yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.

Satu sahaja mahu pesan bila buat editing di smartphone, JANGAN OVER. Ramai yang mengata nanti. Lebih baik ianya nampak natural dan subtle.


SUMBER : Vocket 


Monday, 18 March 2019

Kelakar Nak Mati. Bintang Bersama Bintang BBB 2019 (Minggu 3): Shariff & Shiha - Suraj Hua Maddham & Kaho Na Pyaar Hai


Untuk pengetahuan, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir sangat terkenal di Indonesia dan pernah menyertai Dangdut Academy Asia 2015. Shiha juga pernah menjadi anak didik Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dalam program Mentor.

Selaiin itu Shiha yang selalu menyanyikan lagu tradisional ini juga pernah berlakon dalam beberapa Drama tempatan iaitu Terukir Di Bintang, Bujang Sepah Lalalitamplom, Gerak Khas, Sutun, Kilauan dan Tak Beli Tak Cinta.



Kreatif  , Mesti tengok rasa nk ULANG. Kelakar jgk Shiha nie.  🤣🤣🤣🤣
Tegelak3 macam laahaaarrrr    kelakar jugak Shihar nie yea.  Bahahahahahahaahahaa 

Saturday, 9 March 2019

SAMBAL Sakura & Sakura Pelangi Empire


Semoga akan ade banyak lagi kejayaan  ,
Dan dapat capai segala impian untuk melihat sambal sakura pergi Setinggi yang boleh. Ingin memartabat Makanan Tradisi ini ke peringkat lebih tggi.. Biar Generasi akan datang tetap mengenali, tetap makan dan meninati makanan nie walaupun variasi makanan lain yg hipster datang menerjah....

"HOMEMADE TRADITIONAL , PREMIUM QUALITY."
- RENCAH TRADISI, UNIK & TERSENDIRI

TAHAN SETAHUN:
Tahan setahun selagi penutup tidak di buka. Jika dibuka perlu diletakkan di dalam fridge kerana TIADA BAHAN PENGAWET.

100% MUSLIM PRODUK , SEDIA DI MAKAN TANPA PERLU DIPANASKAN.

 #sambalsakura
🌶-Sambal Tempoyak Bilis Petai
🌶-Sambal Hijau Padang ,Terung Pipit Petai
🌶-Sambal Bilis Cili Api
🌶-Sambal Ikan Masin Kurau
🌶-Sambal Hitam Pahang
🌶-Sambal Udang
🌶-Sambal Tumis Penyet


Bahan-bahan :
✔️ Cili api segar FRESH
✔️ Bilis / Ikan Kurau / Udang Grad Terbaik
✔️ Petai Fresh
✔️ Tempoyak Baru / Manis
✔️ Minyak Masak Berkualiti

🌶️ Menggunakan Bahan Asas Yang Terbaik dan Segar.
🌶️ SUDAH SIAP DI MASAK
🌶 SEDIA TERUS DI MAKAN
🌶 TAHAN SEHINGGA SETAHUN
🌶 BOLEH DI BAWA KE AUSTRALIA, US & NZ

❌ CUKA
❌ BELACAN
❌ BAHAN PENGAWET
❌ MSG

JIKA ANDA TERCARIK CARIK SAMBAL PODEH BERAPI , RESEPI ORI TERSEDAP NO. 1 MALAYSIA. "SAMBAL' KEBIASAANNYA JADI MAKANAN WAJIB ADA DIKALA SAHUR dan PENAMBAT SELERA MAKAN Juga PENAIK SELERA MAKAN & MENJADI PENYEDAP RASA.

📣1. #JIMAT MASA
📣2. #PENAMBAH SELERA MAKAN
📣3. #JIMAT TENAGA
📣4. #SENANG BAWAK TRAVEL
📣5. #UNTUK YANG DUDUK OVERSEA
📣6. #JIMAT WANG
📣7. #SUMBER PENDAPATAN MENJADI EJEN Sambal Sakura

Love ❤
Sakura Pelangi Empire
.

#sambal #sambalsedap #bilistempoyak #sambalpower #homemade #sambalhijau #sambalpadang #sambalciliapi #sambalpenyet #sambalpahang #sambalbelimbing #sambalviral #jualsambal #sambalhomemade #homemade #sambalhitampahang #sambalhijaupadang #sambaltempoyak #petaiterungpipit #ikanmasinkurau #jualsambalsedap #tempoyak #sambalkampung #sambaltradisi #sambalmalaysia #sambalsakura

Wednesday, 6 March 2019

Karnival Usahawan Muda Selangor 2019


Sempena Karnival Usahawan Muda Selangor 2019 Haritu. Nie antara nama2 penerima award.. #syec2019

AWARD Di sampaikan oleh 👑 DYTM TENGKU AMIR SHAH, RAJA MUDA SELANGOR.

🏆MOST PROMISING YOUNG
ENTREPRENEUR AWARD
AGROPRENEUR MUDA FAMA,
>> CIK AZLINA BINTI MAHMUD
DARI  SAKURA PELANGI EMPIRE
Sambal Sakura

🏆SERVICE EXELENCE AWARD
>> ENCIK AMIR FIRDAUS ANUAR
DARI YSA EVENTS SDN BHD

🏆BEST BRAND DEVELOPMENT AWARD
>> ENCIK JEMIZAN ABU BAKAR
PENGASAS DAN CEO JEMZ GROUP

🏆FASTEST GROWING BUSINESS AWARD
>> DATO’ RAFIFY BIN HAJI RAMLAN
DARI RND RESOURCES SDN BHD

🏆PENGHARGAAN KHAS
>> MENTOR USAHAWAN MUDA CEMERLANG
ENCIK ABU AYUB AL ANSARI
ATAU LEBIH DIKENALI
SEBAGAI ABANG ABU, MEKANIK WANG

🇲🇾🇲🇾Sambal Sakura & sakura pelangi empire dapat award.. Alhamdulillah
Yang lain semua Hebat dan superbb dasyat belakaa... Kita je yg biasherrr biasherrr 😅😬😚🇲🇾🇲🇾








Friday, 28 December 2018

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1883 (ibu krakatau).

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1883 (ibu krakatau).





-bunyi letupan ibarat 300 biji bom atom meletup
-dengar sampai ke Sri Lanka dan Australia
-Lebih 36,000 penduduk yang mati
-65 buah desa musnah
-tinggi ombak TSUNAMI 40meter
-letusan memisahkan dua pulau ( pulau jawa & sumatera)

26 ogos 1883 letusannya sangat dasyat mencetuskan gelombang tsunami 46meter mengorbankan 36 000 mangsa. ade yg mati lemas. ade yg mati kerana Panasnya haba gunung berapi

Di sifatkan letusan gunung berapi paling kuat penah Di record dalam sejarah

bayangkan kuatnya letusan ini boleh di dengar di seluruh australia dan africa

Tahun 1927 muncul gunung baru
Gunung anak krakatau masih aktif yg  bertambah ketinggianya dari tahun ke tahun itulah gunung yg mengakibatkan tsunami pada beberapa hari yg lalu.

Sekarang Anak Krakatau pulak Bakal meletus (di jangka tidak teruk seperti ibunya pada tahun 1883).. Jika jadi seperti ibunya, maka lebih teruk lagi. Indonesia dan Negara2 berhampiran pun kena tempias termasuk la malaysia.

.

.

“Hari Malapetaka” Sang Krakatau meraung pada 1883

Gunung berapi Krakatau atau juga dieja Krakatoa adalah gunung berapi yang pernah meletus pada tahun 1883 yang mana masyarakat yang pernah hidup pada zaman itu menggelarkannya sebagai hari kiamat (The Last Day).

Gunung berapi ini terletak di sebuah pulau di Selat Sunda diantara kepulauan Sumatera dan Jawa di Indonesia yang mana kemuncak tragedi letusan ini berlaku pada 26 dan 27 Ogos 1883.

Ketika tragedi Krakatau pada 135 tahun lalu dikatakan hampir 40,000 nyawa terkorban dan lebih jutaan masyarakat hilang penempatan disebabkan berlaku gelombang tsunami yang dasyat.

Kajian saintis mendapati 20 juta tan sulfur dibebaskan ke atmosfera dengan bunyi letusan boleh didengari hingga jarak 4,830 kilometer iaitu bersamaan jarak ke kepulauan Hindi berhampiran pulau Mauritius.

Dikatakan berlaku beberapa letusan dan letupan kuat dari Krakatau yang mana letupan ketiga dikatakan paling kuat dalam sejarah yang berlaku pada 26 Ogos di mana satu gelombang tsunami dasyat telah membandai kepulauan berhampiran serta pulau Sumatera dan Jawa.

Saintis menganggarkan letusan Krakatau adalah beribu kali ganda lebih dasyat dari letupan bom atom yg digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Selepas 44 tahun meletus, muncul gunung baru yang disebut ’’Anak Krakatau’’ yang muncul di sebuah pulau di Selat Sunda yang mana pakar gunung berapi meramalkan  ia mampu meletus lebih dasyat daripada sebelum ini.

Monday, 10 December 2018

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR BORONG SAMBAL SAKURA

Tekejut , teketar2 bile permaisuri serbu booth sakura pelangi empire booth 84. Agrotrade 1.. Rezeki yg tak disangka2.

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR,  BELI SAMBAL HIJAU PADANG TERUNG PIPIT PETAI... 3 BOTOL , 2 LAGI SAMBAL HITAM PAHANG.. Permaisuri suke sangat dgn sambal hijau sakura 👏🏼👏🏼👏🏼

Tengku PERMAISURI singgah booth Sambal Sakura . Rasa terus bekenan dan beli... 😍😍😍😍😍

Terima kasih tuanku , Dari rakyatmu USAHAWAN MUDA SELANGOR 😍😍
Selangor Royal Office

Masa dekat MAHA bile sesiapa sahaja yg kita bagi rasa Sambal Sakura mesti dorang kata SAMBAL SAKURA TAK SAMA MACAM SAMBAL YANG ADA DEKAT PASARAN. Rasa je mesti akan beli.. setiap sambal yang ade dorg kata sedap. cukup rasa. Tapi ade jugak yang xtahan Pedas 😅 stock dekat MAHA kami bawak banyak. habis licin..  lepas maha sambung pulak viral di NONA. terus tak menang tangan, takde rehat lepas maha utk kami..  hahaha

Sambal sakura nie Rasanya sangat tradisional. Kita masak xde campuran gula, masak mmg style kg punye, ade isi, ade bilis  ade yang ade petai... Pedas, Sedap dan membuatkan dorg repeat berkali2 beli. ade yang kata pedas. tapi xboleh stop la rasa nk makan dan makan.

Termasuklah DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR. masa nie tengku PERMAISURI berhenti tiba2 depan booth tanpa dipanggil. kita yg cuak. lepas tue tengku PERMAISURI pun repeat order lepas 3 hari beli dalam kuantiti yg banyak.. dan kita pun dah selamat hantar ke istana.. 😍😍😍Tengku permaisuri yg pandai dan suke masak pun kata sambal sakura sedap. Alhamdulillah.. ❤️❤️

2018 paling Ohsem untuk Sambal Sakura. Alhamdulillah terima kasih ya Allah.. 😍😍

1. PINDAH Masuk ke Mini kilang
2. Ditemuramah Masuk tv1 Selamat Pagi Malaysia
3. Masuk Majalah RASA
4. Join dan Terpilih MAHA2018
5. Ditemuramah Masuk NONA TV3 keluar AHAD 2DEC2018 nie.
6. Menerima kunjungan dari DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR dan Tuanku beli Sambal Hijau Padang sambal sakura di MAHA2018 AGROTRADE 1,Booth 84.
7. Di invite Oleh TV3 & Media Prima untuk event Anggun life ❤️ . bersama jenama terkenal dan Artis 🇲🇾 Malaysia.
8. Jadi Sambal kegeramaran NANA MAHAZAN & WAN SHARMILA wahh gituu













MOGA akan2 datang lebih lagi yang Sakura Pelangi Empire dapat dan mohon Allah dipermudahkan segala urusan kami... Semoga Brand SAMBAL SAKURA akan Semakin dikenali dan menjadi pilihan setiap mereka yg pemakan pedas 🌶🌸🔥

Saturday, 17 November 2018

Pemilik DARAH B

Di zaman maklumat di hujung kini, semakin banyak rujukan yang boleh digunakan orang mengetahui keperibadian kumpulan darah tertentu. Tetapi, hari ini aliffchannel.com akan membincangkan watak unik pemilik darah jenis B.

Pemilik darah b dikenali sebagai orang yang easy going, moody, santai, acuh tak acuh, masuk air dan mudah emosi sehingga seseorang menganggap persahabatan dengan pemilik darah jenis B kerap banyak makan hati. Siapa sangka, disebalik semua ini rupanya pemilik darah kumpulan ini, kehadirannya juga memberikan banyak keselesaan kepada orang lain! Semak sebabnya di bawah ini.

.
.
1. Sebaik sahaja anda berbuat baik kepadanya, mereka akan memberi ganjaran kepada anda berkali-kaliUnsplash/david yanutama

Watak pemilik darah jenis B mudah dicairkan jika seseorang telah membantunya atau berbuat baik kepadanya. Mereka tidak melupakan seseorang yang telah membantu dan menyumbang kepadanya. Jika mempunyai peluang, kebaikan anda boleh dibalas pada bila-bila masa oleh pemilik darah jenis B berkali-kali. Oleh itu, jangan ragu-ragu memberi pertolongan kepada pemilik darah jenis B.

.
.

2. Dikenali dermawan oleh orang-orang di sekeliling merekaFoto: me.me

Dan juga pemilik darah jenis B diketahui tidak kedekut. Jika dia mempunyai wang yang lebih banyak atau lebih teratur, dia biasanya tidak akan melupakan orang di sekelilingnya. Pemilik darah B suka berkongsi rezeki dengan orang yang paling dekat dengannya dan dia adalah jenis yang suka menyenangkan orang di sekelilingnya.

.
.

3. Mereka jenis orang yang sangat baik dan menjaga perasaan orang yang dekat dengannya

Walaupun pemilik darah B diketahui santai, acuh tak acuh, mudah emosi dan sebagainya dalam percakapan sehingga kadang-kadang membuat anda terkejut. Ketahuilah, bahawa pemilik darah B adalah jenis yang benar-benar ambil kisah dengan orang yang dekat dengannya.

Terutamanya jika dia tahu orang yang paling dekat dengannya dalam masalah, atau orang terdekatnya dibuli oleh orang lain. Dia bersedia untuk mempertahankan anda kerana B sangat sensitif jika orang terdekatnya mempunyai masalah, dia mudah terganggu oleh emosi orang yang dekat dengannya. Biasanya, dia adalah pembela dan pelindung anda.

.
.

4. Mereka lebih suka mencucuk anda dari depan dan bukannya di belakang

Kebanyakan pemilik jenis darah B bukan jenis hipokrit atau talam dua muka. Jika dia merasakan bahawa ada sesuatu yang kurang selesa daripada anda, mereka akan bercakap terus di hadapan anda, tetapi jika B merasakan bahawa dia tidak selesa untuk menyatakannya, dia lebih suka tenang dan tidak menyatakan perasaannya sehingga tidak membuat anda tidak selesa selepas itu. Kebanyakan pemilik darah B jarang mahu bercakap tentang orang di belakang, kerana baginya tidak perlu.

.
.

5. Walaupun perihal sesuatu itu menyakitkan, mereka seperti itu masih akan mengatakannya secara jujur

 
Jika anda ingin bertanya pendapat jujur tentang diri anda atau apa-apa lagi. Mungkin orang B adalah orang yang paling sesuai untuk ditanya. Kerana dia akan bercakap dengan terus terang tanpa cuba menutupinya, walaupun setelah mendengar penjelasan, dia dapat membuat anda tidak selesa. Anda perlu tahu, B adalah seorang yang jujur apabila bercakap dan dia jarang mahu berbohong tentang perasaannya.

.
.

6. Walaupun mudah untuk beremosi, kemarahan B sangat cepat reda, seperti tiada yang berlaku

Walaupun B umumnya dikenali sebagai orang emosi. Emosi itu tidak tahan lama. Berbanding dengan kumpulan darah yang lain, emosi B paling cepat berubah dan beberapa jam kemudian seolah-olah tiada apa yang berlaku. B bukanlah seorang yang mudah untuk menyimpan dendam dengan orang lain walaupun dia sendiri rasa kecewa dengan orang itu. Jadi, anda yang mempunyai kawan dengan jenis darah ini, jangan terlalu serius, sila hubungi B.

Akhir kata, itulah enam kelebihan jika anda mempunyai kawan dengan jenis darah B. Walau bagaimanapun, tidak boleh disandarkan bahawa semua jenis darah B mempunyai watak-watak seperti di atas. Semoga dapat membantu anda mengenali sifat peribadi beberapa ciri pemilik kumpulan darah ini.

Monday, 22 October 2018

SAMBAL SAKURA DI MAHA 2018







MAHA ialah event TERBESAR MALAYSIA. Tak terjangka tersenarai antara Usahawan yg terpilih menyertai MAHA kali ini... Pengalaman kami 2016 bersama pengunjung MAHA dan peminat sambal sakura sangat memberi kenangan manis buat kami... Kali nie booth dalam tempat yg sama. Cuma no booth yang berbeza..

MAHA 2016 , Peminat sambal sakura bersama2 menjayakan MAHA dengan berkunjung beramai2 ke MAHA untuk support kami di booth , dan Customer baru dari MAHA juga mengenali sambal sakura selepas merasa sambal sakura di sana dan sehingga ke harini tak jemu2 support produk sambal sakura. Terima kasih byk2 dari kami.

MAHA 2018, kami akan beri lebih baik lagi , kali nie kami dapat 1 booth CORNER, proses sampling akan jadi lebih meriah . Kami menjemput semua, beramai2 merasa sampling setiap jenis sambal kami di MAHA 2018 nnti...

Rasa setiap jenis yang ada. Kerana setiapnye mempunyai kunci2 keistimewaan yang tersendiri... SAMBAL TRADISI HOMEMADE Dan UNIK . Istimewanya Yang hanya boleh di rasa di setiap sambal sakura sahaja....

SAVE THE DATE ... Ajak rakan , jiran, Sedara , Keluarga , Anak2 dan Adik beradik ke MAHA2018 untuk support semua produk IKS disana nanti.. Menghimpunkan pelbagai produk Iks di setiap pelusuk negeri di seluruh MALAYSIA. Mereka memerlukan sokongan padu  anda disana...

Jangan lepaskan peluang ini. HANYA 11hari sahaja... 22Nov hingga 2 Dec 2018..

💪🏼💪🏼💪🏼💪🏼💪🏼🌶🌶🌶🌶🌶👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼

SAVE THE DATE
*MAHA 2018 - 22 NOV - 2 DEC*

Jemput ke MAEPS Serdang , Singgah ke Booth #sambalsakura Di *AGROTRADE 1 , BOOTH NO : 84*

Ade 7 jenis sambal HOMEMADE yang Premium Quality dan Yang TERBAIK.

"HOMEMADE TRADITIONAL , PREMIUM QUALITY."
- RENCAH TRADISI UNIK & TERSENDIRI -

*TAHAN SETAHUN* Tahan setahun, selagi penutup tidak di buka. Jika dibuka perlu diletakkan di dalam fridge kerana TIADA BAHAN PENGAWET.

*100% MUSLIM PRODUK*
SEDIA DI MAKAN TANPA PERLU DIPANASKAN.

 #sambalsakura
🌶-Sambal Tempoyak Bilis Petai
🌶-Sambal Hijau Padang ,Terung Pipit Petai
🌶-Sambal Bilis Cili Api
🌶-Sambal Ikan Masin Kurau
🌶-Sambal Hitam Pahang
🌶-Sambal Udang
🌶-Sambal Tumis Penyet

Bahan-bahan :
✔️ Cili api segar FRESH
✔️ Bilis / Ikan Kurau / Udang Grad Terbaik
✔️ Petai Fresh
✔️ Tempoyak Baru / Manis
✔️ Minyak Masak Berkualiti
.

🌶️ Menggunakan Bahan Asas Yang Terbaik dan Segar.
🌶️ SUDAH SIAP DI MASAK
🌶 SEDIA TERUS DI MAKAN
🌶 TAHAN SEHINGGA SETAHUN
🌶 BOLEH DI BAWA KE AUSTRALIA, US & NZ
.

❌ CUKA
❌ BELACAN
❌ BAHAN PENGAWET
❌ MSG

JIKA ANDA TERCARIK CARIK SAMBAL PODEH BERAPI , RESEPI ORI TERSEDAP NO. 1 MALAYSIA.

"SAMBAL' KEBIASAANNYA JADI MAKANAN WAJIB ADA DIKALA SAHUR & PENAMBAT SELERA MAKAN Juga PENAIK SELERA MAKAN & MENJADI PENYEDAP RASA.

📣1. #JIMAT MASA
📣2. #PENAMBAH SELERA MAKAN
📣3. #JIMAT TENAGA
📣4. #SENANG BAWAK TRAVEL
📣5. #UNTUK YANG DUDUK OVERSEA
📣6. #JIMAT WANG
📣7. #SUMBER PENDAPATAN MENJADI EJEN Sambal Sakura

Love ❤
Sakura Pelangi Empire

Wednesday, 3 October 2018

ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR


6 Bomba Menyelamat juga lemas ketika operasi.Ya Allah permudahkanlah segala usaha.

ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR

Alamat: Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor
Mangsa: 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam)
Balai Terlibat: BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang

Catatan: Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.

Sekian. Terima kasih.

ALERT!

Bantuan kepada rakan-rakan berdekatan,Misi pencarian Anak kawan kita Azam Rodcrafter di Tasik Putra Perdana,Puchong.Dilaporkan jatuh ke lombonqg.

Misi pencarian sedang giat dijalankan.

6 angota penyelamat dilaporkan meningal dunia dalam misi pencarian

Siapa yang ada Generator+Lampu+spotlight+bot+enjin atau APA sahaja cara yang dapat membantu ke lokasi.








Thursday, 27 September 2018

Resepi Oden Family Mart. Jimat!!!








Resepi Oden Family Mart. Jimat!!!

Lepas ni tak payah pergi jauh2 nak makan Oden ni!

😍😍😍😍

Oden ala (family mart)

Bahan2

Perencah Asam Pedas adabi-2 paket
Perencah Tomyam - 4 sudu besar/ 1paket
1 kiub perencah tomyam
Air ikut suke korang

perasa xpayah letak sbb dh ada rasa dkt perencah tu.

Bahan Oden (Fish tofu/seafood tofu/crab stick/fishcake).

*boleh beli dekat Giant / mana2 kedai frozen food.

Tumis perencah asam pds, masuk kan air ikt suke korang then masukkan perencah tomyam, lepas tu campak oden di dlm periuk kesygaan korang. then its ready to eat yeayyy!!.

selamat mencuba. 😘😘

RAHSIA BURGER RAMLY LEBIH SEDAP





Rahsia Burger Sedap.
*Dari penulis asal Adie Redzuan.

1. Wajib guna daging 70g.. xyah la dok save sgt nk pi haji blk hari.. tak untung mana pn.. meniaga kena jujur.. harga nk letak mahai, daging hok nipih.. apa dia..




2. Masak daging, jgn tekan.. bila tekan, jus daging akan kluar.. pasai tu daging jadi kering.. alih2 kan saja.. boh planta sikit.. sikit ja.. jgn sampai banjir.. dlm daging tu sendiri dh ada minyak..




3. Daging tu lubang2kan saja.. tak belah tengah pn xpa.. pastu letak la seasoning.. aku suka lea and peirin.. btui ka dak eja.. maggi pn ok.. letak la lada skit.. terangkat la..




4. Ayaq bawang putih.. ayaq ni utk menggantikan jus daging yg hilang.. so daging akan jadi juicy.. curah skit masa daging dh masak.. nk buat dia, potong bawang putih, boh dlm ayaq kosong ja.. boh dlm botoi, tudung botoi buat lubang2 skit..




5. Guna api sederhana.. api yg kuat juga akan keringkan daging..




6. Roti tu boh la planta bagi penuh.. xyah dok sep sgt.. roti letak ja atas kuali.. jgn tekan.. geng lama2 pakai kayu.. utk pressure roti saja.. bukan meleperkan roti.. lagi cantik gitu..




7. Sayur tu ikut hgpa la.. slalu org pakai kobis la kan.. tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg.. lebih sedap.. tapi kot payah nk dpt hari2 la.. pastu mahai sikiiiiiitttt..




8. Sos jgn pakai yg murah.. kebanyakan peniaga burger di kl yg top2 tu pakai longson.. payah nk jumpa kot no.. klu kt perlis ni, peniaga kebab yg byk pakai longson.. pasai tu kebab depa sedap..




9. Mayo plak paling best pakai nelly.. mahaiiii.. tapi sapu sikit ja.. jgn creettt lagu ladys choice tu.. sikit pn dh berasa x sangga..




10. Utk cheese, aku pakai smoke bbq.. apa2 brand pn xpa.. rona dia oren.. mahai skit, tapi mmg berasa cheese dia.. penah dak hgpa beli cheese burger, tapi tak rasa pn cheese dia.. pasai cheese murah..



11. Blackpaper sos.. klu ble masak la sendiri.. jgn dok harap hok siap dh ja.. tak brapa syahdu hok tu.. mudah ja.. masak butter dgn tepung gandum.. sampai naik bau sedap.. boh la oyster, lada hitam kasaq, kicap cayaq, chicken stock, garam.. otter la gena pn sampai sedap di mulut.. celup daging dlm kuah blackpepper.. apa nk kata..




12. Last skali aturan bubuh sayur, sos, mayo.. yg ni kajian sendiri la.. sos dgn mayo klu ble asingkan.. mayo bawah, sos atas.. bila makan, baru terasa dua2 rasa yg beza.. klu cheese tu, letak atas daging yg panas.. bagi dia cayaq melekat kt daging..



Senang cerita, hgpa buat burger, hgpa try makan.. kita juai mcm mana kita suka makan.. baru org lain pn suka.. jgn kedekut bahan.. buat bagi sedap.. untung by volume.. baru ble kekal lama meniaga..

*Gambar sekadar hiasan.

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...