Tuesday 19 March 2019

10 Tip Ambik gambo Terbaik & Superbb Dasyat Hanya dengan Smartphone..

Ambil gambar sekarang ini tidak susah macam dulu. Kalau dulu lepas ambil gambar sahaja kena tunggu cuci gambar di kedai barulah dapat lihat gambar itu cantik atau tak. Saiz kamera pula jangan cakaplah, besar belaka. Nak simpan punyalah susah. Silap hari bulan siap terjatuh lagi!


Perkembangan dunia telefon pintar menyebabkan kamera jenis DSLR bukan lagi medium utama untuk ambil gambar cantik. Anda serbulah mana-mana Instagram yang gambar cantik-cantik tu, confirm majoriti gambar yang dimuat naik adalah daripada smartphone.

Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular adalah kerana lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas snap, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Jadi, kali ini kami mahu share tips bagaimana hendak ambil gambar cundengan smartphone!

1. Bersihkan Lens




Benda ini nampak remeh tetapi sebenarnya sangat penting. Basically telefon pintar memang tak ada lens cap macam kamera biasa atau DSLR. Jadi sebelum anda ambil gambar, rajin-rajinkan tangan untuk lap lens kamera dengan kain bersih dahulu. Kain bersih ya. Kalau tidak lap, gambar anda kemungkinan besar akan blur.

2. Jangan Zoom


Ini pantang larang penting waktu ambil gambar guna smartphone. Kalau kamera telefon anda jenis ada satu kamera sahaja, elakkanlah guna digital zoom. Maaf terpaksa jujur, serius hambar gambar kalau guna digital zoom. Lainlah jika smartphone anda ada banyak kamera. Tips! Kalau anda mahu besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop guna Photoshop atau mana-mana image editing applications.

3. No Flash, please!




Canggih betul kan smartphone ada flash. Tapi anda janganlah seronok sangat kalau smartphone ada flash sebab flash pada smartphone belum tentu boleh diharap untuk dapatkan gambar cantik. Sebenarnya lebih banyak mencacatkan daripada mencantikkan ya. Tak percaya? Anda cuba guna. Nanti akan ada gambar anda siap ada pakej mata merah-merah dan muka berminyak.
Melainkan anda tahu macam mana untuk ‘diffuse’ atau ‘bounce’ cahaya daripada flash. Kami sarankan anda cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.
Sumber cahaya dalam dunia ini ada banyak; lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau sudah tiada pilihan, baru gunakan flash.

4. Gegaran



Smartphone bukannya kamera atau DSLR, telefon pintar biasanya tidak ada stabilizer kecuali model flagship. Jadi biasanya gambar sangat mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tidak gelap. Jadi pastikan tangan anda tidak bergegar ketika rakam gambar.

5. Setting




Kalau bab setting macam mana pun kena belajar perlahan-lahan. Kami sarankan anda cuba mahirkan dengan setting kamera pada smartphone anda. Sesetengah model membolehkan anda mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

6. Apps



Ini bonus! Sebenarnya ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tapi anda tidak perlulah install semuanya. Cari yang sesuai dengan gaya fotografi anda sahaja.

Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.

7. Aksesori Tambahan
Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya anda boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.

8. Segalanya Komposisi






Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smartphone yang anda guna. Cuba lihat contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang mereka gunakan. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan mengambil inspirasi.

9. Edit Boleh, Tetapi Jangan Over!



Sangat mudah untuk edit gambar dengan smartphone. Kalau dahulu kena transfer gambar daripada kamera dan edit dalam komputer. Sekarang selepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.

Kebanyakan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi anda yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.

Satu sahaja mahu pesan bila buat editing di smartphone, JANGAN OVER. Ramai yang mengata nanti. Lebih baik ianya nampak natural dan subtle.


SUMBER : Vocket 


No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...