Tips Grafik Design Untuk Marketing Yang Anda Perlu Tahu

7 Tips Grafik Design Untuk Marketing Yang Anda Perlu Tahu

1. Ketahui Siapa Sasaran Dan Tujuan Marketing

Sebelum kita memulakan perniagaan perkara utama yang perlu ada sebelum kita memasarkan produk ini ialah dengan mengetahui target kita. Untuk siapa produk tersebut dan apa tujuan marketing yang perlu kita capai. Nak pergi mana-mana mesti kena ambil tahu tujuan dan matlamat akhir bukan?. Kenal pasti dan keputusan samada untuk tingkatkan jualan atau untuk tingkatkan kesedaran pelanggan. Sesetengah produk perlukan “awareness”. Design untuk awareness digunakan untuk tingkatkan kepentingan dan keperluan produk kepada pelanggan

2. Gunakan Font Yang Menarik Dan Jelas. Limitkan 1-2 Font Sahaja

Penggunaan font sangat penting. Terdapat banyak font yang boleh anda pilih. Namun, pastikan anda pilih tidak lebih dari 2 jenis font. Mengapa saya tekankan tidak lebih dari 2 jenis font? Ini kerana font sangat memainkan peranan penting dalam memperkenalkan produk. Contoh jika dalam satu kertas A4 mempunyai 5 jenis font adakah anda akan merasa tertarik atau serabut dengan pelbagai bentuk jenis tulisan? Sudah pasti anda rasa serabut bukan? Sebab itu saya tekankan penggunaan font mesti tidak lebih dari 2 jenis font. Supaya mesej yang ingin anda sampaikan kepada pelanggan akan diterima dengan mudah.

3. Warna Yang Kontra Penting Untuk Grafik Design

Warna boleh menunjukkan penekanan mesej . Mata manusia lebih mudah tertarik dengan warna yang terang seperti merah, kuning dan biru. Pilih warna yang sesuai berdasarkan mesej bisnes anda. Pastikan warna yang anda pilih tidak membuatkan produk anda menjadi suram disebabkan warna yang digunakan tidak menonjol. Warna yang kontra adalah warna yang bertentangan. Peranan warna sangat penting kerana warna dapat berhubung terus dengan hati. Pastikan anda menggunakan warna yang kontra dengan tepat. Kerana kesilapan dalam pemilihan warna akan memberi efek kepada tarikan pada produk anda.

4. Mesej Yang Padat Dan Kena Dengan Sasaran Pasaran

Pastikan apa yang anda ingin sampaikan tepat kepada pelanggan kerana mesej yang betul dapat menarik pelanggan dengan lebih mudah. Gunakan tagline yang menarik . Marketing ibarat hypnosis. Anda berikan ayat pick-up supaya pelanggan merasa teruja dan tertawan untuk mencuba produk atau servis. Anda juga perlu menggunakan ayat yang mudah supaya mesej yang ingin disampaikan mudah difahami. Contoh anda ingin menjual kek coklat brownies pastikan anda menggunakan mesej yang padat dan kena pada sasaran pasaran seperti “lazat , padat dengan coklat dan cair di dalam mulut” pastinya pelanggan akan membayangkan kelazatan coklat yang cair di dalam mulut. Itu antara contoh yang ringkas dapat saya terangkan.

5. Icon Atau Logo Yang Sesuai

Tekankan penggunaan icon atau logo. Logo dapat meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap brand produk dan servis. Kenapa perlu menggunakan icon atau logo yang sesuai? ini kerana jika anda menggunakan icon yang tidak sesuai akan menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan. Contoh anda ingin jual ayam kfc tapi anda tidak menggunakan icon ayam sebaliknya anda guna ikon burung unta, adakah anda rasa ia icon yang betul??? Jadi disini sebagai usahawan online adakah anda sudah faham sekarang tentang penggunaan logo yang sesuai??anda juga perlu menggunakan logo yang mudah untuk di ingati. saya harap selepas ini tiada lagi kekeliruan dalam penggunaan icon atau logo yang sesuai dalam produk anda.

6. Gambar Yang Menarik Penting Untuk Grafik Design

Gunakan gambar yang jelas dan resolusi yang betul.Jika anda tidak mempunyai bajet yang besar, anda boleh dapatkan gambar dari shutterstock dan image provider yang lain. Ia lebih jimatkan wang ,masa dan tenaga. Pastikan juga anda menggunakan gambar yang jelas dan terang. Jangan pula anda menggunakan gambar yang terlalu besar hingga membuatkan ruang untuk anda menyampaikan mesej menjadi terhad. Dan juga penggunaan gambar yang bersesuai dengan produk anda. Gambar yang ingin digunakan perlulah menarik dan mengikut kesesuaian produk anda.

7. Saiz Design Yang Betul

Yang paling baik tentunya grafic design pada saiz yang betul. Sekiranya keseluruhan design anda adalah dalam bentuk vektor di Illustrator, ia tidak menjadi masalah. Kalau anda hantar kepada pencetak banner sekalipun, mereka boleh ubahsuai kembali kepada saiz yang betul tanpa merosakkan kualiti design.

Tapi saya masih masukkan dalam senarai juga kerana mungkin ada yang menggunakan bitmap ketika design di Illustrator. Masalahnya apabila anda berhadapan dengan design bitmap (piksel design) yang biasanya diuruskan menggunakan Adobe Photoshop.

Beberapa perkara yang perlu anda tahu adalah.
Kira-kira ukuran design adalah di dalam unit inci.
Anda hanya perlu design 1/4 daripada saiz asal sahaja.Design pada resolusi 300 DPI (dot per inch).
Design menggunakan mode warna CMYK dan bukan RGB (paparan skrin monitor).
Facebook boleh guna design dengan resolusi yang besar. Twitter mesti guna gambar dengan resolusi rendah.

Software Grafik Design Anda Tidak Perlu Outsource Lagi kepada Designer

Comments

Popular posts from this blog

AIRCOND MYVI ROSAK DAN PUNCA-PUNCANYA

MENJUAL DAN MENGEDAR ALAT GANTI KERETA UNTUK SEMUA JENIS KERETA

RESEPI :CEKODOK NASI yang lembut dan enak