Sunday, 5 August 2018

9 Port Ikan Bakar Terbaik Dengan Hidangan & Yang Sedap Dan Pasti Puas Hati

9 Port Ikan Bakar Terbaik Dengan Hidangan 'Next Level' Yang Sedap Dan Pasti Puas Hati

1. Restoran Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau menyediakan lebih 100 jenis masakan istimewa untuk dinikmati setiap hari. Dari patin tempoyak, ikan bakar, sehinggalah ke tomyam, di sini ada segalanya. Terdapat perbezaan besar di antara masakan dari hati dengan masakan untuk mencari untung semata-mata. Mengambil kira sesaknya ruang makan terutama waktu puncak (tengah hari), restoran ini sentiasa menaik taraf menambah keluasan ruang makan, dapur, parking dan lain-lain. Lebih dari itu, kualiti sentiasa menjadi keutamaan.

Alamat: Lot 2990 Kg. Sg. Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7 pagi - 2 pagi setiap hari


Sila layari Facebook dan laman web Restoran Sambal Hijau untuk maklumat lanjut







2. Restoran Arang Ikan Bakar

Restoran ini memang lain dari yang lain. Arang Ikan Bakar menyediakan pelanggan dengan 7 pilihan air asam yang sukar untuk ditemui di mana-mana tempat. 7 air asam tersebut adalah air asam biasa, air asam kerisik, air asam Kedah, sambal belacan, sambal quinin, sambal tempoyak dan cili kicap. Mana nak jumpa sambal quinin di Lembah Klang? Hidangan ikan bakarnya memang enak dan restoran ini juga menjual minuman signature yang diberi nama Arang Tapao Coffee, khas untuk penggemar kopi di luar sana.


Alamat: No.49 Jalan Keluli AL 7/AL, Pusat Perniagaan , Bukit Raja, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
9 pagi - 7 petang (Selasa - Khamis)
9 pagi - 11 malam (Jumaat - Ahad)

Sila layari Facebook Restoran Arang Ikan Bakar untuk maklumat lanjut.







3. Restoran Ikan Bakar FEND

Restoran ini adalah antara yang terbaru jika dibandingkan dengan yang lain dalam senarai ini. Walaupun baru, ikan bakar FEND memang tidak mengecewakan. Majoriti pelanggan yang datang makan di sini amat berpuas hati dengan kualiti ikan bakar dan sos perencahnya yang begitu mengasyikkan. Ada juga yang menganggap restoran ini adalah yang terbaik untuk orang ramai nikmati hidangan ikan bakar.


Alamat: Jalan SS 6/16a, Dataran Glomac, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 12 tengah hari - 12 malam setiap hari






4. Pak Din Ikan Bakar Tanglin

Apa yang menarik perhatian orang ramai untuk datang makan di warung ikan bakar Pak Din? Semestinya sos pencicahnya serta pembakaran ikan yang menggunakan cara tra­disional sehingga menjadikan warung ini digemari ramai orang dari semua peringkat usia. Kalau datang waktu makan tengah hari, kemungkinan meja dan kerusi semua dipenuhi manusia. Begitulah hebatnya penangan ikan bakar Pak Din.

Alamat: Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7 pagi - 3.30 petang (Isnin - Sabtu)







5. Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy

Jalan Bellamy adalah satu nama yang tidak asing lagi kepada peminat tegar ikan bakar di Kuala Lumpur. Medan selera ini sememangnya menghidangkan pelbagai juadah ikan bakar yang menyelerakan. Cukup popular di kalangan warga kota, medan ikan bakar di sini sentiasa penuh tatkala waktu makan tengahari. Walaupun terdapat banyak pilihan gerai, pengunjung dinasihatkan untuk datang lebih awal bagi mendapatkan tempat.


Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12 tengahari - 11 malam (Isnin hingga Sabtu)







6. Kak Ton D'Condo

Terletak di Segambut, Kak Ton D'Condo merupakan satu gerai makan tepi jalan dengan hidangan signature ikan bakar. Pelbagai jenis ikan disediakan di sini seperti keli, pari, cencaru yang mana semuanya dibalut dengan daun pisang ketika proses pembakaran, menjadikannya lebih enak untuk dimakan. Selain ikan bakar dan seafood, orang ramai juga datang ke sini untuk mencuba hidangan lazat ayam goreng berempah yang lazat.


Alamat: Medan Selera Taman Segambut (SPPK), Jalan Dutamas Seroja, Segambut Dalam, 52100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7 pagi - 12 malam (Isnin hingga Sabtu)







7. Mat Teh Ikan Bakar

Kalau nak makan ikan bakar di Keramat, memang tidak lain tidak bukan orang ramai akan datang ke gerai Mat Teh Ikan Bakar. Bukan setakat ikan bakar, orang ramai juga datang ke sini untuk pekena jus mangga kaw yang begitu sedap. Jus mangga di sini memang menjadi pilihan utama untuk orang menjamu selera bersama nasi dan ikan bakar.

Alamat: Pasar dato keramat (lama), Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur






8. Seri Banjar Ikan Bakar Spicy

Seri Banjar Ikan Bakar yang terletak di Medan Selera MPS, Selayang adalah salah satu tempat di mana anda boleh menemui hidangan seafoodlazat dan masakan chinese food yang Halal di bawah satu bumbung, menjadikannya unik dan lain dari yang lain. Semestinya, ikan bakar adalah hidangan utama di sini tetapi terdapat juga menu seperti Kam Hiong Lala dan Kailan dalam sos tiram.

Alamat: Medan Selera MPS, Persiaran 2, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor






9. Ikan Bakar Warong Fauziah

Tahukah anda ada satu port makan ikan bakar terbaik yang sangat dekat dengan KLCC? Ini dia, ikan bakar Warong Fauziah. Terletak betul-betul di belakang Lembaga Getah Malaysia, warung ini menyajikan resipi ikan bakar yang cukup enak dengan harga yang berpatutan. Bagi sesiapa yang bekerja di kawasan itu, bolehlah selepas ini ajak rakan pejabat pekena ikan bakar powermasa makan tengah hari nanti. Pastinya berbaloi.


Alamat: Belakang bangunan Lembaga Getah Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur





Mane yang menambat selera anda bolelah serang beramai2.. ikab bakar nie paling best kuah dan perapan dia... superbbb!!!

No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...