Keistimewaan
Boriska diketahui apabila dia yang menyertai satu ekspedisi telah
menceritakan tentang Marikh, angkasa lepas, tamadun Lemuria dan
lain-lain kepada anggota ekspedisi yang lain di malam hari ketika mereka
semua sedang berehat di perkhemahan mereka. Sekumpulan anggota
ekspedisi yang berasa teruja dengan keistimewaan Boriska telah melawat
rumahnya untuk menemubual ibubapa Boriska dan Boriska sendiri.
Keanehan budak dari Marikh
BORISCHA, kanak-kanak Rusia yang menggemparkan saintis dengan pengetahuannya yang terperinci tentang bumi dan Marikh.
LAPORAN akhbar minggu ini tentang pakar astrofizik Malaysia, Prof.
Datuk Dr. Mazlan Othman dicadangkan sebagai individu pertama untuk
berkomunikasi dengan makhluk asing sememangnya mencuri perhatian.
Bagaimanapun, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.
"Memang menarik menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti
luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya," katanya melalui e-mel
kepada akhbar The Guardian di London.
Sebelum itu, laman web berita media Australia, www.news.com.au
melaporkan Mazlan dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu
disahkan secara saintifik.
Walaupun berita itu turut disangkal oleh Pejabat Hal Ehwal Angkasa
Lepas PBB (UNOOSA): hal ini sekilas menerbitkan kembali tanda soal di
minda kita. Wujudkah makhluk asing? Hakikatnya saintis-saintis juga
masih menyelongkar jawapannya.
Malapetaka
Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa
lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich
atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa
dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55
juta kilometer dari bumi.
Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh
dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas
berasaskan karbon.
Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika
usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada
tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.
Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan
mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya
pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal
tahun 2008.
Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun.
LENSA teropong NASA pernah merakam
imej seperti manusia di planet Marikh. Mungkinkah makhluk itu
berketinggian tujuh meter seperti yang digambarkan Borischa?
Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia
dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda
Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.
Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.
Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.
Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya'
tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali,
Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.
Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang
berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu
berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh,
bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke
planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia
benar-benar menyaksikannya.
"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem
api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua
orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua
perkara.
"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya
intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal.
"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang
sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam
buku teks sekolah.
"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa.
"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci
berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang
profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula
melaporkan keluarbiasaan Borischa.
Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.
Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.
Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu
sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang
luar biasa.
"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.
Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta
bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka
itu.
Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan
Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala
ditunjukkan kepadanya.Permainan Huruf
Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan
pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar
bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan
mewarna.
Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta
"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk
satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan
galaksi.
"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang
akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar
wujud.
"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila
mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang
mengajarnya.
""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk
ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah
mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.
"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai
oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.
Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah.
Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak
sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.
Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering
menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor
persendirian.
Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa
berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di
sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak
genius.
Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot
Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria,
malu-malu, peka dan sensitif.
KAPAL angkasa manusia sering gagal
mendarat di Marikh kerana, menurut Borischa, terdapat signal khas yang
dikeluarkan oleh planet itu.
Jurnal cuba untuk menjejaki perkembangan terbaru Borischa di laman Internet, namun gagal mendapatkan sebarang maklumat.
Maklumat terakhir yang diperoleh adalah pada September 2008 apabila
Kerry Cassidy daripada Camelot Project yang pernah menemu bualnya
meninggalkan mesej di sebuah forum di Internet:
"Borischa berada dalam keadaan yang amat baik dan membesar dengan
baik. Dia akan memulakan persekolahan di Moscow dalam masa terdekat dan
akan menetap di tempat baru.
"Kami akan lihat sama ada dia mempunyai akses Internet di rumahnya.
"Amat sukar untuk mereka mempunyai Internet di dalam apartmen mereka
tetapi ia boleh berubah jika mereka mendapat tempat tinggal yang lebih
baik.
"Kami ada menghubunginya beberapa bulan lalu. Dia dan ibunya ketika
itu sedang kembali ke kampung halaman mereka untuk mengemas barang bagi
perpindahan ke Moscow."
Kanak-kanak ini juga nampaknya bukan seorang yang pandai bercakap
tentang sains astronomi tapi juga mempunyai perspektif yang murni
tentang kehidupan.
"Anda perlu menjadi seorang yang berbelas kasihan kepada orang lain.
Kalau seseorang menyakiti anda, peluklah dia, minta maaf kepadanya dan
berlutut kepadanya.
"Jika seseorang itu membenci kamu, sayangi dia dengan sepenuh hatimu dan minta keampunan," ujar