Friday, 25 March 2011

2 big breakfast free ...(kupon) mai datang serbu mcd~

salam.. selamat pagi... harinie aku bekfes mcdonald.... kenape?? tetibe an bagi soklan cepu cemas.. sebab,aku dapat kupon yang boleh dapat free untuk 2hidangan 2 big breakfast... dengan pembelian minimum 5 hengget.. xkira la korang potocopy hitam putih ker atau print kaler... so korang akan dapat free?? xpercaye?? aku da cube da pagi tadi.. ternyata kekenyangan di pagi jumaat nie?? dan tarikh akhir dia cuma smpai 31 march 2011 nie jew... so sesape nak.. korang save gambar nie.. pastu belari la ke mcdonal's berhampiran.... untuk dapat kan mende nie... yuhuuuu~ pagi tadi ade yang photostat hitam putih besar a4.. ade yang ambik dari surat kabar.. memacam gaya ade.. so ekot korang la nak yang memane korang suke.. so ini aku share.. gune kan la selagi boleh.... thanx mcd.. kami kenyang minggu nie :)


so dengan rm5 hengget korang leh dapat kupon rm13.80...  xpercaye??? sudaa.... yang penting da ramai yang cube.... kenyang~ bbrruuuuppppp~







so ape tengok lagi... p print.. orang len da kekenyangan da wei... dari kol 4pagi smpai kol 11 jew... :)

Thursday, 24 March 2011

KISAH LEPAT DAN SUNNI - Pelukis/ KARTUNIS Jalanan


 korang penah dengar cite /kisah lepat dan sunni yang menyayat hati pasal lepat dan perjalanan hidup yang dia lalui ketika 1996 dulu?? Ismail Ariffin atau org Lebih Dikenali  dengan pangilan Ismail Lepat..beliau merupakan kartunis jalanan.
 penah ambik tau xpasal kisah die yang penah masuk mastika tv3 dan kisah nya menjadi tatapan seluruh rakyat malaysia.. sebab anak dia dilarikan oleh bini dia .. minah saleh??.... 13tahun lepas jugak kowt kisah nie....

Mari kita semak kronologi kes Ismail Ariffin (Lepat) terhadap anak hasil perkahwinan beliau yang sebelum ini dengan bekas isterinya Jane Brummit @ Aishah suatu ketika dahulu :




  • Perkahwinan dahulu antara Ismail Arifin (Lepat) dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah mendapat zuriat (seorang anak yang bernama Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia)
  • Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum Lepat membawa anaknya ke Amsterdam dan kemudian pulang ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996
  • Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan
  • 5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua semasa dalam Custody Makhamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
  • Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester pada Ogos 1997 supaya Ismail Ariffin memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
  • Pada laporan akhbar 18 Mac 2010 (berita Harian), melalui kenyataan Ketua Polis Negara pada masa itu polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu
  • Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
  • Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.
  • Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

kat bawah nie gambar masa sunni brummitt dah meningkat dewasa dan besar :) hemsem la jugak an.....






kat bawah nie video anak die.. gler meh terer makaiihhh~..... pemes da anak die nie skng... MUKA PUN ADA IRAS-IRAS LEPAT.

LEPAT SUDAH PUN BERUMAH TANGGA.. .Telah berkahwin untuk kali kedua dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah, 27, yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan Siti Aminah serta anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, .

Lepat telah banyak berusaha untuk mendapat kembali anaknya Sunni..ikuti kenyataan beliau:

“Sudah puas saya minta bantuan sana sini mendapatkan semula anak saya (Sunni Sazali), tetapi semuanya tidak berhasil. Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia kembali.
“Sudah hampir 14 tahun saya cuba minta tolong pihak berkaitan tetapi semuanya seperti membisu hingga menyebabkan jiwa saya tertekan memikirkannya.

“Sehingga kini, semua pihak seperti sudah melupakannya termasuk juga Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap Sunni ketika dia dilarikan bekas isteri saya,” katanya. Menurutnya, sejak kejadian Sunni dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, dia banyak memendam perasaan. Katanya, akibat terlalu lama memendam perasaan itu juga menyebabkan dia disahkan menghidap penyakit hulu hati dan buah pinggang.

“Saya menderita penyakit ini sudah sekian lama hingga terpaksa menjalani pembedahan di Jerman pada 2009 dan doktor di sana mengesahkan bahawa penyakit itu disebabkan gangguan emosi kronik yang dialami.

“Siapa yang mampu bertahan dengan situasi dihadapi seperti ini, sudahlah anak dilarikan ketika dalam jagaan ‘pihak berkuasa’, bantuan diharapkan dapat mengusahakan kepulangannya semula juga tidak berhasil,” katanya.

Dia mengakui sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada‘berbual’ dengannya.

“Dengan apa yang terjadi kepada saya ini, saya tidak berdendam kepada Aishah Jane tetapi akan terkilan jika dia dan Sunni tidak lagi mengikut ajaran Islam.

“Walaupun ramai mempersoalkan gaya penampilan saya hingga ada yang pernah mendakwa saya mengikut ajaran sesat, sebenarnya saya taat kepada ajaran Islam dan tidak kisah apa yang orang katakan,” katanya. “Malah, saya ada merancang untuk membawa isteri dan anak-anak di Jerman pulang dan menetap di Malaysia kerana mahukan mereka mendalami ajaran Islam.

Dia juga menceritakan kepada Siti Aminah mengenai Sunni dan dia beriya-iya mahu bertemu dengan abangnya itu.





siti aminah punya loghat utara dan german yang sangat comel n cute....







INI ADALAH VIDEO YANG TELAH DI UPLOAD OLEH SESEORANG UNTUK TATAPAN LEPAT DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.. SEMOGA TERUS TABAH DAN DAPAT BERJUMPA DENGAN SUNNI SUATU HARI NANTI...

Published on Nov 10, 2012
here we go.. im just know lepat story today, starting i see his daughter video siti Aminah, and im start interesting about their story.. and what i know lepat is the best Father i've seen.. 10/11/12 today i get to know them and today i make it video for them. May Allah bless you

Wednesday, 23 March 2011

cimb click email kita jangan lahyann~

 kawan-kawan dan pembaca blog sekalian alam.. mari bersama2 mengabaikan email yang berbentuk begini... yang kat bawah nie yea... sebab tue la duit korang hilang tetibe.. dari pelbagai bank.. cimbclick ker.. maybank ker.. hape2 jew la yang menggunekan internet... kalo korang update korang nye details.. 24jam duit korang lesap bai... so hati2.. sebab bank xkan bagi korang email macam nie tok akaun korang.... kita sesama kita.. masing-masing sesama mengingati :)


 



Dear Customer,

We detected irregular activity on your CIMB Clicks account on 21/03/2011. For your protection,
you must update your details before you can continue using your online banking. Please visit
the cimb website in this message and validate your details on our new server.
As a result, we require you to confirm and verify your account information by Clicking Hereand completing the confirmation process.
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update.
Thank you,
CIMB Clicks


atau dalam bahasa melayunya :


Pelanggan Disayangi,

Kami mengesan kegiatan tidak teratur pada akaun CIMB Clicks anda pada 21 / 03 / 2011. Untuk perlindungan anda,
anda perlu kemas kini butiran anda sebelum anda boleh meneruskan menggunakan perbankan dalam talian anda. Sila lawatan
cimb laman web dalam mesej ini dan mengesahkan butiran anda pada pelayan baru kita.

Hasilnya, kami memerlukan anda mengesahkan dan mengesahkan maklumat akaun anda oleh Clicking Here
dan menyiapkan proses pengesahan.

P.S. Link dalam mesej ini akan tamat dalam 24 jam. TAC akan dikehendaki semasa kemas kini.

Terima kasih,
Klik CIMB 


Friday, 18 March 2011

PELANGI CANTIK DI GUNUNG EVEREST


Pelangi awan luar biasa di Gunung Everest

OLEG BARTUNOV merakamkan gambar pelangi yang luar biasa di Gunung Everest, Nepal baru-baru ini.

KATHMANDU - Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika
dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow,
Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.

Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan.

Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.

"Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi
 awan yang luar biasa itu," kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. - Agensi

Thursday, 17 March 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Wednesday, 16 March 2011

restoran pokok rambutan :)


kat sungai buloh jalan area pigi chiangmai restoran nie ade 1 restoran syahirah kalo xsilap la name die.. kat kampung baru sungai buloh.. jalan nak dekat p hospital sungai buloh..makanan die memang best.. sedap nak mati n kenyang.. rege pon boleh tahan... restoran nie bawah pokok rambutan xsilap.. dorang panggil kedai bawah pokok rambutan... nie kat bawah nie ade ler makanan yang sempat kami snap.. makan untuk 3 orang.. ade 6 hidangan... sorang ambik 2 lauk.. xlebey dari 15henget jugak laa rege die... kalo rase teringin nak makan sesedap macam nie atau lebey dari makanan yang sedia ade.. mai datang sini.. die bebetol jalan p restoran chiangmai.. restoran pemes nie... rege pon meninggal tengok.........kalo aku mampu makan kat syahirah nie jew.. huhuhu teluir x?? ngaaaa~


 sotong celup tepung xsilap rm 5henget satu pinggan.......


 nie nasi aku.. lauk udang masak halia rm 4.50.. kerabu campur rm4.50 kailan ikan masin xsilap pon dalam rm4.00

telur bungkus dalam rm4.00 gak xsilap... tpi telur die 
aku rase xsedap sangat... banyak sos.. muak..
tomyam camur die memang best.. ala2 thai punye.. kong + pedas.. xsilap rm5.30 leh makan 2 org.. kalo perot kecut la..

kenyang sampai malam la aku.... sesape nak cari tempat makan best.. jum.. bawak aku... aku tumpang sekaki.. time tetengah hari die da bukak untuk masakan panas smapi malam kalo xsilap... moh reramai serbu kedai nie... servis pon ok.. sangat laju yea.. :)

Wednesday, 9 March 2011

SKIM RUMAH PERTAMA KU

 
 
 
 
 
Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.
 
"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.
Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.

sumber : Utusan Malaysia
 
 
 
 SENARAI-SENARAI BANK YANG TERLIBAT.....

 
 
1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad
 
 
 
KELAYAKKAN YANG MAMPU MEMOHON :
*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan

 jum reramai pepakat beli rumah.. kita dok bejiran meh~
 

PERODUA MYVI EDISI BARU


" KORANG  teruja  tak tunggu pelancaran Perodua Myvi 2011? aku percaya anda pasti lebih teruja apabila melihat foto spyshot terbaru ini yang memaparkan muka depan Perodua Myvi SE 2011, atau bakal dikenali sebagai Perodua Myvi Extreme.  Bayangkan reka bentuk sporty dan enjin 1.5 liter yang lebih berkuasa. Perodua Myvi SE 2011 memang hebat  "



Myvi Extrem akan dilancarkan
Masih lagi berita berkenaan model terbaru Perodua Myvi, kali ini sumber dari Berita Harian hari ini mendedahkan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan Myvi edisi baru dengan enjin berkapasiti 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty. Sumber industri berkata, Myvi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April tahun ini.



Hasilnya anda lihat sendiri seperti di dalam foto spyshot tersebut, kelihatan Perodua Myvi 2011 lebih sporty dan menawan daripada model Boon dan Passo di Jepun. Cuba anda bandingkan foto antara Daihatsu Boon 2010, Toyota Passo 2010 dan Perodua Myvi 2011, yang mana lebih cantik dan menarik?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah Daihatsu dan Toyota akan mengikuti trend seperti mana yang dilakukan Proton hanya kerana Perodua adalah syarikat automotif tempatan? Sudah tentu tidak dan kini ura-ura bahawa Perodua akan mengeluarkan model terbaru bagi menggantikan Perodua Myvi, model tempatan terlaris selama 5 tahun berturut-turut sedang rancak dibincangkan oleh peminat-peminat dunia automotif, khususnya di dalam website dan blog permotoran tempatan.
Jika pengeluaran Perodua Alza boleh dijangka dan diketahui lebih awal hanya kerana Daihatsu mengeluarkan model yang sama di Jepun dengan nama Daihatsu Boon Luminas, dan kemudiannya Toyota dengan nama Toyota Passo Sette, Perodua Myvi baru pula dijangka akan muncul di pasaran tempatan kerana Daihatsu telah mengeluarkan model terbaru Daihatsu Boon dan Toyota dengan Toyota Passo generasi kedua di Jepun.
Perodua Myvi baru dijangka akan dilancarkan pada April 2011 atau selewat-lewatnya pada pertengahan tahun yang sama. Seperti dijangkakan banyak pihak, Perodua Myvi baru adalah model yang sama dengan Daihatsu Boon dan Toyota Passo terbaru di Jepun, cuma model rebadge tersebut akan menampilkan beberapa perubahan seperti kelaziman untuk sesebuah model yang dipasarkan di sini.


 

 



*kalo aku... xberminat sangat la ngan design die.. cam xbape nak kena ngn jiwe aku..... walaupon aku da pakai myvi.. yang lame myb cun sketla (ayat penyedap hati) ngeh3.. cume cc nie lebey laaa. 1.5 yang lama 1.3 jew.. tapi kalo yang cam nie kat bawah nie.. mau nye meleleh jugak air liuukk kawan nie..... yanadeeyyyyy~ pariapa....




Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...