Tuesday, 23 July 2013

Minyak petrol RON 91


 Harga Minyak RON 91


Minyak petrol RON 91 : Dilaporkan tidak lama lagi, kerajaan Malaysia bakal memperkenalkan RON 91 sekaligus menggantikan RON 95 seperti yang anda gunakan sekarang yang dijual RM1.90 seliter. Dalam erti kata lain, pengenalan minyak petrol RON 91 adalah salah satu ikhtiar kerajaan untuk menurunkan harga minyak petrol untuk anda semua. Dalam bahasa halusnya….
Dalam bahasa halusnya, pengenalan minyak petrol RON 91 sendiri ada merupakan salah satu langkah yang dapat mengurangkan lagi bebanan tinggi kos subsidi yang ditanggung kerajaan setiap tahun. (KLIK SINI)

Perbezaan Minyak Petrol RON 91 VS RON 95?

  1. RON 91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum
  2. RON 95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium
Jikalau di Eropah, dibahagikan kelas minyak petrol kepada 3 :
  1. RON 91
  2. RON 95
  3. RON 98
Pembahagian jenis minyak petrol dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.
Seperti biasa apabila diperkenalkan sesuatu yang baru, kerisauan mula timbul apabila pemerhati industri automotif masih lagi tidak pasti minyak petrol RON 91 itu kelak boleh digunakan atau untuk jenama kereta Malaysia, Jepun.
Alasan yang diberikan mereka, rata-rata memberitahu :
  • kereta Jepun memerlukan kandungan oktana yang lebih tinggi
  • RON yang lebih rendah akan menyebabkan “knocking” bunyi bising daripada enjin
Sekadar informasi untuk anda semua :
RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
Dan….berita baiknya berdasarkan sumber yang Berita Semasa terima, minyak petrol RON 917 ini sesuai untuk :
  • Jenama kereta Malaysia
  • BWM, Mercedes juga dilaporkan turut sesuai menggunakan RON91 (bergantung kepada model)

Perbandingan Harga Minyak Petrol RON91?

Jika diperkenalkan minyak petrol RON 91 ini kelak, Malaysia bakal menyertai negara Thailand, Australia :
  • Thailand 43.75 baht/liter (RM4.50 seliter)
  • Australia A$1.454/liter (RM5.12 seliter)
Minyak petrol RON 97 mengandungi hanya 3 peratus pentana dan selebihnya oktana. Manakala minyak petrol yang kami, anda dan kita semua gunakan sekarang iaitu RON 95, mengandungi oktana sekitar 95 peratus dan selebihnya pentana. Dan untuk minyak petrol RON 91 yang akan datang, pastinya kandungan oktana lebih rendah daripada biasa.  Apa kata anda pula?



COPY PASTE : BERITA SEMASA .

 

No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...