korang penah dengar cite /kisah lepat dan sunni yang menyayat hati pasal lepat dan perjalanan hidup yang dia lalui ketika 1996 dulu?? Ismail Ariffin atau org Lebih Dikenali dengan pangilan Ismail Lepat..beliau merupakan kartunis jalanan.
penah ambik tau xpasal kisah die yang penah masuk mastika tv3 dan kisah nya menjadi tatapan seluruh rakyat malaysia.. sebab anak dia dilarikan oleh bini dia .. minah saleh??.... 13tahun lepas jugak kowt kisah nie....
Mari kita semak kronologi kes Ismail Ariffin (Lepat) terhadap anak hasil perkahwinan beliau yang sebelum ini dengan bekas isterinya Jane Brummit @ Aishah suatu ketika dahulu :
- Perkahwinan dahulu antara Ismail Arifin (Lepat) dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah mendapat zuriat (seorang anak yang bernama Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia)
- Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum Lepat membawa anaknya ke Amsterdam dan kemudian pulang ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996
- Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan
- 5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua semasa dalam Custody Makhamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
- Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester pada Ogos 1997 supaya Ismail Ariffin memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
- Pada laporan akhbar 18 Mac 2010 (berita Harian), melalui kenyataan Ketua Polis Negara pada masa itu polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu
- Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
- Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.
- Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
LEPAT SUDAH PUN BERUMAH TANGGA.. .Telah berkahwin untuk kali kedua dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah, 27, yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan Siti Aminah serta anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, .
Lepat telah banyak berusaha untuk mendapat kembali anaknya Sunni..ikuti kenyataan beliau:
“Sudah puas saya minta bantuan sana sini mendapatkan semula anak saya (Sunni Sazali), tetapi semuanya tidak berhasil. Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia kembali.
“Sudah hampir 14 tahun saya cuba minta tolong pihak berkaitan tetapi semuanya seperti membisu hingga menyebabkan jiwa saya tertekan memikirkannya.
“Sehingga kini, semua pihak seperti sudah melupakannya termasuk juga Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap Sunni ketika dia dilarikan bekas isteri saya,” katanya. Menurutnya, sejak kejadian Sunni dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, dia banyak memendam perasaan. Katanya, akibat terlalu lama memendam perasaan itu juga menyebabkan dia disahkan menghidap penyakit hulu hati dan buah pinggang.
“Saya menderita penyakit ini sudah sekian lama hingga terpaksa menjalani pembedahan di Jerman pada 2009 dan doktor di sana mengesahkan bahawa penyakit itu disebabkan gangguan emosi kronik yang dialami.
“Siapa yang mampu bertahan dengan situasi dihadapi seperti ini, sudahlah anak dilarikan ketika dalam jagaan ‘pihak berkuasa’, bantuan diharapkan dapat mengusahakan kepulangannya semula juga tidak berhasil,” katanya.
Dia mengakui sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada‘berbual’ dengannya.
“Dengan apa yang terjadi kepada saya ini, saya tidak berdendam kepada Aishah Jane tetapi akan terkilan jika dia dan Sunni tidak lagi mengikut ajaran Islam.
“Walaupun ramai mempersoalkan gaya penampilan saya hingga ada yang pernah mendakwa saya mengikut ajaran sesat, sebenarnya saya taat kepada ajaran Islam dan tidak kisah apa yang orang katakan,” katanya. “Malah, saya ada merancang untuk membawa isteri dan anak-anak di Jerman pulang dan menetap di Malaysia kerana mahukan mereka mendalami ajaran Islam.
Dia juga menceritakan kepada Siti Aminah mengenai Sunni dan dia beriya-iya mahu bertemu dengan abangnya itu.
siti aminah punya loghat utara dan german yang sangat comel n cute....
INI ADALAH VIDEO YANG TELAH DI UPLOAD OLEH SESEORANG UNTUK TATAPAN LEPAT DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.. SEMOGA TERUS TABAH DAN DAPAT BERJUMPA DENGAN SUNNI SUATU HARI NANTI...
INI ADALAH VIDEO YANG TELAH DI UPLOAD OLEH SESEORANG UNTUK TATAPAN LEPAT DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.. SEMOGA TERUS TABAH DAN DAPAT BERJUMPA DENGAN SUNNI SUATU HARI NANTI...
Published on Nov 10, 2012
here we go.. im just know lepat
story today, starting i see his daughter video siti Aminah, and im start
interesting about their story.. and what i know lepat is the best
Father i've seen.. 10/11/12 today i get to know them and today i make it
video for them. May Allah bless you
10 comments:
la, ni anak si lepat tu ke? memang taste minah saleh dia tu. haha.
anak dia ni kiut gila kot. patutla dalam vid tu ade org ckp penang. aku memula tgk vid ni kat blog serius.
ha'a.. nie lol anak lepat.. 1st aku tgk 2nd wife die pon aku pk cam ko.. taste mmg minah saleh kan :) n anak die yang aminah nie.. cute sangat....
Anak dia siap bertattoo dah skrg. Kesian lepat
Kerajaan Malaysia adalah kerajaan kecil yang tak mampu melawan arus dunia yang di kuasai oleh org2 Kristian....tak ada kejaan islam yang di takuti dan di geruni dunia saperti yang di tuntut dalam quran kepada orang islam bagi mengadakannya..kes natrah ynag kahwin di sinagpura zaman perang dahuku pun demikian...natrah trepksa di kembalikan ke negera asal dan ke agama asal nya..(tak tau lah dia masih berpegang kepada islam atau tidak)suami barunya kristian barangkali...sebab itulah qurana suruh umat islam jadi kua supaya agama yang mereka bawa dapat di bela dengan baik ,begitu juga ..dapat bela orang2 islam yang memeluk islam...tak ada apa dapat di lakukan memalui undang2 antara bangsa..tetapi alla h lebih dari apa sahaja..harus berdoa kepadanya...dengan sungguh agar anak lepat dan isterinya dahulu kembali ke jalan ynag benar..demi untuk kebahagian mereka dan juga lepat.Tka ada kekuatan ini bukan ini dsahaja bala menimpa..tetapi umat islam di bunuh di Syria..Iraq..Bosnia..Russia..China.tanpa dapat di bela oleh umat islam...kerana pemimpin2 islam tak bina tamddun teknoloji dan kekuatan..apa yang pemimpin2 islam bina pun tak tau..tannya mereka sendiri.
kita hanya mampu berusaha tapi Allah yg menentukan segalanya
Sabar lepat... hang memang hebat... ada masa aku nak belajar ngan hang...
bersabarlah...kerana ia separuh daripada IMAN
Allah Maha Kaya.Hilang satu dibagi sepasang.Allahuakhbar
allah maha adil percaya lah.
bruh
Post a Comment