Saturday, 22 September 2018

Boleh gunakan straw atau penyedut minuman ini mengantikan straw plastik

HENTIKAN PENGGUNAAN STRAW PLASTIK!... 

teguk minuman anda terus dari gelas atau botol.
Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM) menyertai kempen sejagat untuk menghentikan penggunaan straw plastik dan menggesa orang ramai supaya meneguk minuman mereka 8terus dari gelas atau botol.
Kajian pakar menunjukkan di Amerika Syarikat sahaja, 500 juta straw digunakan setiap hari manakala di Malaysia pula jumlahnya melebihi 30 juta straw sehari.
"Sebahagian besar straw ini akan hanyut ke parit, sungai dan akhirnya ke laut.
"Jika kita tidak hentikan penggunaannya sekarang, jumlah straw plastik yang bakal mencemari laut mungkin sama beratnya dengan jumlah ikan di dalam laut menjelang tanun 2050." kata Presiden ALAM Malaysia, Khaidir Ahmad.
Straw plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk mereput, tetapi tidak lupus. Sebaliknya ia hanya bertukar menjadi plastik mikro yang membahayakan manusia dan hidupan lain.
Menurut Khaidir, meneguk minuman terus dari gelas atau botol sebenarnya lebih baik untuk kesihatan berbanding minum mengguanakan straw.
#stopsuckingstraws
.................................................................
Baru-baru ini viral di laman sosial mengatakan penyedut minuman (straw) dari plastik yang selalu kita gunakan "diharamkan" oleh kerajaan dari penggunaannya berkuatkuasa tahun 2020 kelak.
Ini mungkin atas sebab-sebab menjaga alam sekitar dari bahan-bahan berbahaya seperti itu, sebelum ini pembungkus makanan plastik dan polisterina telah dikuatkuasakan undang-undang berikut walaupun ianya tidak menyeluruh.
Di bawah ini ade 4 straw Mesra ALAM yang boleh di guna pakai mengantikan  straw yang sedia ade untuk menyelamatkan bumi...

1- Straw Buluh




Straw buluh antara salah satu straw cadangan yang boleh anda gunakan berulangkali, dibuat berasakan tumbuhan dan mesra alam dan sekaligus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar
Anda boleh menggunakan straw buluh ini untuk minum panas seperti kopi mahupun teh tarik, juga boleh digunakan pada minumam sejuk seperti smoothies dan koktail
Boleh juga digunakan sebagai doorrgift dan mudah dibawa untuk traveller

2- Straw Besi



Straw besi antara pilihan berkualiti dari segi ketahanan, kesihatan, dan perlidungan alam sekitar. Dibina menggunakan stainless steel menjadikan straw ini tahan dan mudah dicuci.
Mudah digunakan bagi restoran-restoran, kantin, dirumah dan boleh dibawa untuk travel di tempat-tempat yang lasak.

3- Straw Silikon 





Straw silikon yang mendapat kelulusan FDA approved food, kepelbagaian warna yang menarik dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak dengan pengawasan. Walaupun materialnya dalam bentuk silikon tetapi ketahanan amat kuat dan tidak mudah pecah.
Sesuai digunakan untuk minuman seperti smoothie, kopi, teh, koktel, botol kanak-kanak, tumbler dan mudah dicuci dengan pencuci straw yang diberi.


4. STRAW KERTAS

Straw kertas pakai buang adalah altenatif untuk mengantikan straw plastik. 
Walaupun diperbuat dari kertas , anda jangan risau,  ia masih tahan lasak dan tidak hancur kerana kertasnya di kompos dengan sangat sempurna..

Boleh beli di lazada hanya dengan RM 2.55 Untuk 25pcs






Kerajaan Malaysia cuma nak mengharamkan Straw Plastik yang bersifat Konvensional je. Tapi ada pula yang kata nak minum macam mana kalau straw takde. Kerajaan akan memperkenalkan straw jenis Biodegradable yang diasaskan daripada alam semulajadi. Rakyat Malaysia yang prihatin pasti tahu kesan penggunaan plastik. Jika tidak prihatin kepada diri sendiri, prihatinlah kepada alam sekitar terutama sekali kepada penyu dilaut. Sokongan terhadap usaha-usaha melestarikan alam.






No comments:

Post a Comment