Friday, 5 January 2018

APA PERBEZAAN ANTARA KUTUB UTARA & KUTUB SELATAN??

APA PERBEZAAN ANTARA KUTUB UTARA & KUTUB SELATAN??




-Pertamanya Walaupun sejuk, kutub utara diduduki oleh manusia seramai 4 juta orang seperti di bandar Barrow (Alaska), Tromso (Norway), Murmansk dan Salekhard (Rusia).
-Di kutub selatan atau lebih dikenali sebagai Benua #Antartika, puak eskimo pun tak pernah jejak kesini melainkan para saintis yang datang untuk membuat kajian sahaja.. Pada waktu musim sejuk , kutub selatan akan bergelap tanpa matahari selama 6bulan. suhu boleh mencecah -200++ dan pada masa nie takde sape pun akan ke sini.. Pada musim panas , 6 bulan tanpa malam. Panas pun suhu -100++..




-Ais di kutub utara / benua #artik akan cair pada musim panas dan kembali beku pada musim sejuk tetapi di kutub selatan ais memang sentiasa ais. Tapi oleh kerana masalah Global Warming, ais di kutub utara tak sempat nak recover balik, so makin lama ais di kutub utara makin kurang. Kalau semua ais di kutub selatan cair, paras air laut boleh meningkat sebanyak 60 meter (Semua bandar jadi Atlantis)




-Suhu di kutub selatan lebih sejuk berbanding kutub utara
-Kutub selatan / Benua Antartika jauh lebih dingin daripada Artik sehingga bahkan terdapat lapisan ais di sana yang tidak pernah meleleh sepanjang sejarah. Suhu rata-ratanya -49 derajat Celcius.
-Kedua haiwan ini tidak pernah bertemu di tempat semula jadi mereka kerana beruang kutub hidup di kutub utara dan penguin di kutub selatan. dan keduanya pemakan ikan.




-Hanya kutub utara di miliki oleh beberapa negara iaitu Rusia, US dan Norway yang dikatakan kaya dengan sumber minyak. Manakala kutub selatan tidak dimiliki oleh sesiapa kerana mengikut Perjanjian Antartik (1959). Namun, beberapa negara masih cuba menjadikan kutub utara milik mereka.
-Sampai saat ini, wilayah Kutub Utara masih menjadi rebutan di antara negara-negara kuasa besar. Russia sudah awal-awal mendakwa kekuasaannya di kutub utara dengan menancapkan bendera di dasar perairannya tahun lalu.
-Kutub selatan mewakili 90% ais di Bumi dan membentuk 3/4 sumber air bersih. Ini mungkin menjadi perebutan bagi pelbagai negara kerana mempunyai simpanan air bersih yang besar pada masa akan datang berbanding kutub utara.
-Kutub utara hanyalah ais tetapi kutub selatan adalah sebuah benua yang mempunyai tanah, gunung, lembah serta mempunyai gunung berapi yang aktif iaitu Gunung Erebus. Namun, kutub utara lebih menjadi perebutan negara -negara seperti Kanada, Greenland, Rusia, Iceland, Norway, Sweden, Finland dan US. Mungkin ia bakal menjadi lalu kapal dagang yang berharga apabila ais di kutub utara cair sepenuhnya.




No comments:

Post a Comment