Wednesday, 17 May 2017

Tips | Australia & New Zealand : Makanan yang Boleh / Tak Boleh bawa masuk!

Tips | Australia & New Zealand : Makanan yang Boleh / Tak Boleh bawa masuk!
Assalamualaikum!!!

Bila kita dah mula merancang untuk terbang ke mana-mana famous cities kat Australia mahupun New Zealand. Perkara pertama ataupun yang menjadik kerisauan para pelancong adalah berkaitan makanan.

Kita sedia maklum kalo datang melancong ke negara yang penduduknya bukan majoritinya adalah Islam, makanan halal adalah menjadi satu masalah agak besar kepada kita semua. Kang jadik lapar pulakkan dahtu takleh nak travel jejalan. Tetapi di Australia, ada bahan makanan halal jika nak beli tapi kebanyakkan adalah sedikit mahal dan bagi mereka yang nak jimatkan belanja sudah semestinya nak bawak sedikit sebanyak bahan makanan dari Malaysia. Betol tak? Aku pun begitu jugak. Kadang-kala kemut jugak. Nak save bajet katanya.

So, since masih ramai lagi yang agak kurang jelas mahupun malas nak buat kajian terperinci berkenaan makanan apa yang boleh bawak dan tak boleh bawak masuk ke dua buah negara ini yakni Australia mahupun New Zealand. Aku rangkumkan entry ni sebab requirement ataupun rules yang dikenakan oleh kedua-dua negara adalah sama ataupun lebih kurang. Entry ni jugak menandakan aku dah muak atau benci nak menjawab soalan berkaitan makanan boleh tak boleh untuk bawak masuk ke Australia ataupun New Zealand. Pfft!

Mengikut hasil pembacaan aku yang tak seberapa ni. Australia or New Zealand is very proud of its "STRICTEST QUARANTINE LAW IN THE WORLD". Kita mesti ingat dua buah negara ni tak penah kene wabak penyakit "hands, foot and mouth disease" yang teruk. Dorang ni begitu menjaga tentang ni. Yelah, dua-dua buah negara ni bukan terbentuk daripada tanah besar. Ianya sebuah benua ataupun pulau.

Ok takmau membebel panjang lebar, aku teruskan kepada agenda utama aku. Harus diingatkan apa yang aku type ni adalah hasil input dari pengalaman aku sendiri, pembacaan dan jugak pengalaman orang lain jugak. Harap maklum.

Makanan yang BOLEH dibawa:
✔Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
✔Ikan sardin/tuna dalam tin
✔Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
✔kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
✔ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
✔beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
✔Nescafe / tea 3-in-1 (yang ni aku baru tau sebab takde susu, hanya guna non-dairy creamer)
✔Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
✔ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
✔rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant

πŸ‘❌❌***Makanan yang BOLEH JUGA di bawak termasuklah sambal2 kami , iaitu sambal sakura .. #sambalsakura SAMBAL SAKURA . ** Boleh dapatkan sambal kami whatsapp 01127028086 / 0186662302.. Sambal2 sakura LEPAS MASUK AUSTRALIA... MAKA KALIAN JANGAN GUSAR.. NAK CARI MAKANAN APA YANG BOLEH DIBAWAK MASUK KE AUSTRALIA.  SEMESTINYA SAMBALSAKURA....❎❎πŸ‘


πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£


🚫Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:

❎Serunding daging/ayam

❎bahan makanan yang mengandugi telur

❎hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb

❎minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)

❎buah-buahan

❎rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini

πŸ”°Sebelum kita turun dari kapal terbang, kita akan diberikan "ARRIVAL CARD", jangan lupa untuk "TICK" pada ruangan disediakan seperti makanan ataupun ubat-ubatan yang dibawa. Please declare whatever u bring. Kalo anda didapati tertangkap dan jika sabit kesalahan membawa bahan terlarang. Anda akan disaman on the spot lebih kurang AUD340+++ jika sabit kesalahan. Selain itu, boleh dibicarakan, denda lebih dari AUD60k ataupun penjara selama 10 tahun.

Kalo boleh, asingkan siap-siap bahan makanan yang kita bawak tu dalam satu beg/kotak. Sediakan senarai ringkas bahan makanan yang dibawak tu just in case pegawai tu tanya dan periksa. At least, we are being prepared. Takdelah terkeluar bra, spender kalo makanan tu dalam beg pakaian.

Dan lagi satu, beras, sayuran, telur, roti dsb semua tu boleh beli kat sana je. Takde mahal mana pun. Buat berat beg je bawak semua tuh.

Adalah amat amat amat BODOH kalo tertangkap jugak akibat takmo declare punya pasal.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut untuk apa yang perlu di "DECLARE", boleh rujuk di website ini               ---> Australia Biosecurity & Examples

Satu lagi peringatan, "LUCK" adalah sesuatu yang kita taktau yang terjadi kepada diri sendiri mahupun orang lain. Ada sesetengah orang dia bawak benda yang actually dilarang dibawak masuk. Tapi time dia bawak tu, terlepas dari pihak imigresen untuk diperiksa. Itu kita katakan "LUCK" dia baik time tu.

So, katakan anda, anda dan anda yang berkawan dengan mereka yang bernasib baik tu menberi anda nasihat/pendapat silalah jangan amek pusing atau percaya bulat-bulat. Sila buat kajian dengan terperinci berkaitan apa yang boleh dan tak boleh bawak masuk ke Australia mahupun New Zealand. Anggapkan diri anda tu tak bernasib baik dan mungkin terkantoi kalo bawak jugak akibat berani mati takmo declare. Kalo bawak jugak dan declare, kemungkinan besar makanan tu akan dibuang terus ke dalam tong sampah.

Baiklah itu sahaja bebelan aku untuk kali ni. Semua yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk tu semuanya datang dari khilaf aku sendiri. Lepas ni takmau cerita dah pasal makanan boleh tak boleh ni..hahaha

Sekian.. wasalam.. salam ❤

No comments:

Post a Comment