" KORANG teruja tak tunggu pelancaran Perodua Myvi 2011? aku percaya anda pasti lebih teruja apabila melihat foto spyshot terbaru ini yang memaparkan muka depan Perodua Myvi SE 2011, atau bakal dikenali sebagai Perodua Myvi Extreme. Bayangkan reka bentuk sporty dan enjin 1.5 liter yang lebih berkuasa. Perodua Myvi SE 2011 memang hebat "
Myvi Extrem akan dilancarkan
Masih lagi berita berkenaan model terbaru Perodua Myvi, kali ini sumber dari Berita Harian hari ini mendedahkan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan Myvi edisi baru dengan enjin berkapasiti 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty. Sumber industri berkata, Myvi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April tahun ini.
Hasilnya anda lihat sendiri seperti di dalam foto spyshot tersebut, kelihatan Perodua Myvi 2011 lebih sporty dan menawan daripada model Boon dan Passo di Jepun. Cuba anda bandingkan foto antara Daihatsu Boon 2010, Toyota Passo 2010 dan Perodua Myvi 2011, yang mana lebih cantik dan menarik?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah Daihatsu dan Toyota akan mengikuti trend seperti mana yang dilakukan Proton hanya kerana Perodua adalah syarikat automotif tempatan? Sudah tentu tidak dan kini ura-ura bahawa Perodua akan mengeluarkan model terbaru bagi menggantikan Perodua Myvi, model tempatan terlaris selama 5 tahun berturut-turut sedang rancak dibincangkan oleh peminat-peminat dunia automotif, khususnya di dalam website dan blog permotoran tempatan.
Jika pengeluaran Perodua Alza boleh dijangka dan diketahui lebih awal hanya kerana Daihatsu mengeluarkan model yang sama di Jepun dengan nama Daihatsu Boon Luminas, dan kemudiannya Toyota dengan nama Toyota Passo Sette, Perodua Myvi baru pula dijangka akan muncul di pasaran tempatan kerana Daihatsu telah mengeluarkan model terbaru Daihatsu Boon dan Toyota dengan Toyota Passo generasi kedua di Jepun.
Perodua Myvi baru dijangka akan dilancarkan pada April 2011 atau selewat-lewatnya pada pertengahan tahun yang sama. Seperti dijangkakan banyak pihak, Perodua Myvi baru adalah model yang sama dengan Daihatsu Boon dan Toyota Passo terbaru di Jepun, cuma model rebadge tersebut akan menampilkan beberapa perubahan seperti kelaziman untuk sesebuah model yang dipasarkan di sini.
*kalo aku... xberminat sangat la ngan design die.. cam xbape nak kena ngn jiwe aku..... walaupon aku da pakai myvi.. yang lame myb cun sketla (ayat penyedap hati) ngeh3.. cume cc nie lebey laaa. 1.5 yang lama 1.3 jew.. tapi kalo yang cam nie kat bawah nie.. mau nye meleleh jugak air liuukk kawan nie..... yanadeeyyyyy~ pariapa....
lawa gler yg pix bawah nie..
ReplyDelete