Tuesday, 30 September 2014

JIN + SEGI TIGA BERMUDA

JIN islam dedah rahsia segitiga bermuda

 |Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan.|

Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1}Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan :

     "Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api" (Surah ar-rahman : ayat 15) 

    "Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)" (Surah al-Dzariyat : ayat 56)

    "Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir" (Surah al-an'am : ayat 130)

 Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi. Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. {2} Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia. {3}

JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA


Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. {4} Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan 'penghuninya'.


 Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi 'rakan'nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun. {5}



Berikut adalah petikan daripada dialog tersebut (klik untuk besarkan ; kiri ke kanan) :


 Kedudukan geografi Mesir dan Segitiga Bermuda sebenarnya boleh dikira agak dekat jika diambilkira kemampuan/kelebihan yang dimiliki oleh para Jin. Saya kira pembongkaran Jin Islam itu kepada Muhammad Isa Dawud ada juga kebenarannya, memandangkan 'tidak mustahil untuk seseorang itu berkomunikasi dengan makhluk Jin' sepertimana yang pernah dilakukan oleh beberapa orang lagi penulis, pengamal perubatan dan alim ulama. Ini termasuklah Ustaz Amin yang terkenal dengan program terbitan TV 9, Tanyalah Ustaz. {6}

Ebook Dialog Dengan Jin Islam (Muhammad Isa Dawud) | 4 Shared
___________________________________
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin
2.Lihat surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya danmenumpahkan darah…“. Malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
3.Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia, Pustaka Syuhada (M) 
4.Lihat Ibnuyaacob.com, Profil Muhammad Isa Dawud, http://ibnuyaacob.com/?page_id=185
5.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, Bhg Tamu Kita Dalam Buku Ini, Pustaka Hidayah (I)
6.Ustaz Amin atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah adalah seorang Ustaz selain menjadi pengacara sebuah program di TV 9.  Ustaz Amin mendedahkan pengalamannya berkomunikasi dengan Jin ketika beliau berada di Makkah. Lihat laman web beliau, 

kejadian sebenar kisah budak dibaham harimau putih

Kejadian Sebenar Lelaki Dibaham Harimau Putih Di Zoo Delhi

Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.
Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.

Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.

Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.
Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.


Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit.
Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising,  barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian.
Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba.

“Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo.
Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai.
Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut.

KISAH ANAK PATUNG SERAM. menyerupai ANNABELLE


Walaupun anda tidak percaya akan perkara tahyul, kisah ini bakal memberi anda rasa seram sejuk..

Di sebuah jalan yang sibuk di Singapura, penduduk tempatan disana terjumpa satu patung kecil yang sedang bersandarkan sebuah pokok. Ia kelihatan seperti patung antik. Matanya ditutup dengan kain yang tertulis perkataan "Bismillah".

Patung itu bukan patung biasa.. Ada kisah disebaliknya.



Menurut cerita yang disebarkan melalui Reddit dan Twitter, patung yang diikat dengan kain bertuliskan perkataan "Bismillah" itu telah dirasuk dan diceritakan bergerak dengan sendirinya apabila pemiliknya tiada di rumah.


Oleh kerana itu, pemiliknya bertindak menutup mata patung itu dan meletakkannya jauh dari rumah supaya ia tidak kembali kepadanya.

Sesetengah orang berkata, kadang-kadang mereka boleh mendengar patung itu bercakap dalam bahasa Melayu dan bersuara seperti seorang wanita.



Melalui rumor yang tersebar, sumpahan patung itu telah terkena kepada orang lain yang terjumpa patung itu dan membuka penutup matanya. Rumor ini tersebar kerana, beberapa hari selepas patung itu hilang dari tempat asalnya, ia telah dijumpai oleh penduduk setempat bersama dengan seorang lelaki yang menggantung dirinya di dinding aparment.

Google Street View - boleh digunakan di malaysia

Bagi sesiapa yang belum tahu, Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.

Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!

Hasil koloborasi bersama antara Google dan Tourism Malaysia ini mengambil masa selama 13 bulan untuk mengambil semua gambar jalan di Semenanjung Malaysia dan mula dipaparkan kepada umum pada 26 September lepas. Perkara ini diumumkan oleh Google diWikipedia Google Street View.

Pemandangan di Kg Panji, Kelantan

Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila ke www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung anda dan mula 'berjalan-jalan' di mana sahaja yang anda mahu.

Jika laman web itu tidak menunjukkan sebarang gambar nyata secara automatik, cuba tarik gambar 'orang' ke jalan yang anda mahu seperti dalam gambar di bawah.


Bagi sesiapa yang rindu kat kampung halaman masing-masing tu, boleh la guna untuk 'menjenguk' kampung anda.. Manalah tau kalau nasib baik, boleh 'terjumpa' dengan orang yang anda kenal- SiakapKeli.com

Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) virus 'ulssm.exe

KUALA LUMPUR: Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, setakat hari ini sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya.

Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (kecurian RM303,000); Dataran Sunway (RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (RM395,850); Kota Damansara (RM221,160) dan Kelana Jaya yang belum dapat dipastikan jumlahnya.

Sementara itu, sebuah lagi bank di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurus bank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang.

"Pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam semalam (28 September)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Azisman berkata modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor semalam.

Semalam media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih. - BERITA HARIAN

ANNABELLE - MENANTI DIPAWAGAM.

ni adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! 
Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere ANNABELLE – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling ditunggu-tunggu dari pengarah dan penerbit tersohor James Wan – ANNABELLE. Sebuah filem seram yang penuh aksi mendebarkan dan babak seram yang penuh kejutan.
Dilakonkan oleh Annabelle Wallis dan Sarah Wayne Callies Alfre Woodard, Michelle Romano dan ramai lagi, filem ANNABELLE akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 2 Oktober 2014.
POSTER ANNABELLE

Sinopsis Filem ANNABELLE :

She terrified you in “The Conjuring,” but this is where it all began for Annabelle.
Capable of unspeakable evil, the actual doll exists locked up in an occult museum in Connecticut—visited only by a priest who blesses her twice a month.
New Line Cinema’s supernatural thriller “Annabelle” begins before the evil was unleashed.
John Form has found the perfect gift for his expectant wife, Mia—a beautiful, rare vintage doll in a pure white wedding dress. But Mia’s delight with Annabelle doesn’t last long.
On one horrific night, their home is invaded by members of a satanic cult, who violently attack the couple. Spilled blood and terror are not all they leave behind. The cultists have conjured an entity so malevolent that nothing they did will compare to the sinister conduit to the damned that is now… Annabelle.
Annabelle Wallis (“X-Men: First Class”) and Ward Horton (“The Wolf of Wall Street”) star as the Forms. Oscar nominee Alfre Woodard (“Cross Creek,” “Twelve Years a Slave”) stars as Evelyn, a neighbor who owns a bookstore and is familiar with the occult. Rounding out the cast are Kerry O’Malley (TV’s “Those Who Kill”) and Brian Howe (“Devil’s Knot”) as neighbors Sharon and Pete Higgins; Tony Amendola (TV’s “Once Upon A Time”) as Father Perez; and Eric Ladin (TV’s “Boardwalk Empire,”) as Detective Clarkin.
“Annabelle” reunites the filmmakers behind 2013’s hugely successful supernatural thriller “The Conjuring.” James Wan, director of the global hit, is producing “Annabelle” with Peter Safran. John R. Leonetti, who served as cinematographer on “The Conjuring,” is directing.
Gary Dauberman wrote the script. Richard Brener, Walter Hamada, Dave Neustadter and Hans Ritter are the executive producers. Also joining Leonetti behind the scenes are director of photography James Kniest, production designer Bob Ziembicki, editor Tom Elkins, and costume designer Janet Ingram. Joseph Bishara composed the score.
New Line Cinema presents an Atomic Monster/Safran Company Production, “Annabelle.” Scheduled for release beginning October 2, 2014, the film will be distributed by Warner Bros. Pictures, a Warner Bros. Entertainment company.

Peraduan Tayangan Premiere Filem ANNABELLE

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

30 September 2014 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

TGV 1 Utama, Bandar Utama
Sebanyak 120 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ANNABELLE - Budiey.com di TGV 1 Utama, Bandar Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ANNABELLE kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Betul atau salah: Filem ANNABELLE adalah sebuah filem bergenre seram arahan James Wan.
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere ANNABELLE - Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
Annabelle
dengan tajuk email: Tayangan Premiere ANNABELLE - Budiey.com
Tarikh tutup peraduan:
27 September 2014
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Jun 2014 di pawagam.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.
Annabelle
Annabelle