DEMAM DENGGI KALI KE DUA BOLEH BAWAK MAUT

Pengalaman denggi kali ke 2 sangat2 dasyat.. Denggi yang pertama dulu kena , platlet paling rendah 70 je. Tue pun 7 hari telantar.. masa nie 1 ofis kena denggi.

Denggi yang ke 2 nie siap kena naik ambulan dari klinik kesihatan ke emergency hospital.. Platlet darah menjunam jatuh tersangat pantas. Hari ke 3 drop smpai 60. Hari ke 4 drop sampai 6. Semuanya berlaku terlalu pantas. Tekanan darah mule rendah. Doc masukan air garam pakai drip. Tuhan je tau pedih nye masa masuk air garam dekat urat2 tangan. Pedih mencucuk2..

Masa dalam keadaan kritikal , berlaku byk pendarahan. Termasuk pendarahan dekat gusi yg banyak... Perut dalam keadaan agak tegang . Masa nie hati agak bengkak.. Tido mengereng pun xblh. Selama sakit. Tido hanya dlm keadaan telentang . Lemah xpayah cakap. Pucat sebab hari2 setiap jam doc akan ambik darah utk pastikan kondisi dlm keadaan stabil.. badan lebam2.. masa platlet rendah. Darah susah nk stop.. masa nie doc sangat berhati2..

Setiap hari doc2 pakar akan check. Setiap hari dan setiap jam check suhu , nadi , tekanan darah diambik setiap masa.. Pastikan minum dan air yang masuk selari dengan kencing yang keluar.. Supaya organ dalaman masih berfungsi baik. Selera makan sangat2 out. Xboleh telan ape pun. Tpi kena paksa juga sbb perut dh start masuk angin. Muntah dan cirit birit buat tekanan darah makin jatuh. Masa nie agak stress sbb setiap org yang nak melawat hanya dibenarkan 2 org dlm 1 masa. Tak dibenarkan menjaga . Sbb ward nie mmg doc n nurse akan setiasa pantau setiap jam.

Alhamdulillah sekarang tengah beransur pulih.. atas doa kawan2 ,keluarga yang sentiasa setia bersama2.. masa dlm keadaan kritikal setiap hari pk. Ade ke lagi esok untuk aku bernafas dkt dunia nie.. sbb denggi mmg mampu membunuh.. masa tengah sakit ramai kawan2 dtg melawat . Terharu sgt2.. terima kasih byk2 . Untuk ucapan dan doa kalian juga.. untuk rakan2 FB yang tak putus2 mendoakan..

Untuk yang demam . Jangan ambik mudah. Segera ke klinik . Denggi boleh membunuh. Bile lewat tau kita denggi. Segala organ dalaman akan terjejas. Elakan ambik panadol bile demam. Banyakan minum air terutama air masak.. jage kesihatan.. sekarang denggi tengah bergerak aktif.. Percayalah denggi nie terlalu seksa dan teruk. Sakitnya tuhan je tau.. badan kita mcm diperah2 sehingga kering.. melalui kencing dan peluh je yang akan buat virus ini akan keluar dri badan..

Comments

Popular posts from this blog

AIRCOND MYVI ROSAK DAN PUNCA-PUNCANYA

MENJUAL DAN MENGEDAR ALAT GANTI KERETA UNTUK SEMUA JENIS KERETA

RESEPI :CEKODOK NASI yang lembut dan enak