Thursday 5 February 2015

xmod coc games... best ke xbest??

Clash of Clans XMod Hack - Android

Pada kali ini saya akan menerangkan cara
untuk setup Xmod di hp anda dan cara untuk
menggunakannya. 
Terlebih dahulu sila pastikan hp anda telah diroot terlebih dahulu kerana Xmod memerlukan hp yang telah diroot terlebih dahulu sebelum ianya dapat digunakan. 
Untuk root hp anda ada pelbagai software yang dapat digunakan yang anda boleh download di online. Sila ambil perhatian untuk root hp anda, anda perlulah mempunyai pc atau laptop yang boleh menghubungkan usb connection antara hp anda dengan pc atau laptop. Antara software yang boleh digunakan untuk root hp anda antaranya ialah Vroot, Kingo Root, Root Genius ataupun Framaroot. Framaroot tidak memerlukan sambungan kepada pc, cuma download dan terus execute di hp anda. tetapi senarai hp yang compactible dengan framaroot adalah sangat sedikit walaubagaimanapun anda boleh mencubanya. Akhir sekali ialah power root untuk menghilangkan kehausan anda semasa proses rooting hp anda. 
Saya tidak dapat menerangkan secara detail proses untuk root. Anda boleh dapatkan cara cara untuk root hp anda di laman web. 
So sebagai langkah pertama download perisian XModGames di http://www.xmodgames.com atau di google playstore. 
Install perisian diatas dan menu icon akan terpapar di skrin hp anda. Execute perisian Xmod tersebut. Sekiranya berjaya satu
paparan akan terbuka seperti dibawah. 
Perhatikan di bawah sekali terdapat tiga menu iaitu My Game, Mod dengan More. Klik pada Mod.
Kemudian di atas klik pada Clash Of Clans. 
Kemudian klik pada Install Mod. 
Xmod telah pun berjaya diinstall. 
Sekarang tekan butang  "Launch". 
Sekiranya Xmod berjaya dilancarkan terdapat butang ❌yang akan terpapar di skrin semasa 
game sedang loading. Butang ❌itu ialah butang menu untuk Xmod. Sekarang mari kita lihat apa menu yang terdapat pada butang ❌tersebut. 
Klik pada "Gold More Than" 
Disini anda boleh set berapa jumlah minimum gold yg perlu dicari didalam sesebuah base oleh Xmod semasa search untuk farming. Set jumlah yang dikehendaki. 
Sekarang klik pada" Elixir More Than" 
 Disini anda boleh set berapa jumlah minimum elixir yang perlu dicari didalam sesebuah base oleh Xmod semasa search untuk farming. Set jumlah yang dikehendaki. 
Seterusnya klik pada "Dark More Than" 
Disini anda boleh set berapa jumlah minimum dark yang perlu dicari didalam sesebuah base oleh Xmod semasa search untuk farming. Set jumlah yang dikehendaki. 
" Meet All The Conditions" bermaksud sekiranya ditick ✅Xmod akan mencari jumlah yang menepati kriteria ketiga-tiga jumlah gold, elixir dan dark yang anda telah set sehingga dijumpai. Sekiranya anda set resource terlampau tinggi ianya mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk dijumpai oleh Xmod dan anda akan berkemungkinan kehabisan gold sekiranya stock gold anda terlalu sedikit. Saya rekomenkan agar option ini dibiarkan untick. 
Sekiranya anda telah bersedia untuk farming
anda bolehlah tick ✔pada "Search Switch"  dan memulakan aktiviti search. Perlu saya ingatkan segala proses pencarian ini ialah berlaku secara automatik. Anda tidak perlu lagi menekan butang next semasa search untuk loot. Pencarian loot hanya akan berhenti setelah Xmod menjumpai base yang menepati salah satu kriteria resource yang telah anda set mula-mula tadi. 
"Keep Active" sekiranya ditick ✅ on maksudnya base anda akan sentiasa online tanpa terputus dari server coc. Kini anda tidak perlu risau lagi untuk diserang sekiranya base anda mempunyai resources yang banyak. Tetapi keadaan ini bergantung kepada setting display time out di hp anda. Sila set kan semaksimum yang boleh untuk display time out di hp anda sekiranya anda menggunakan feature ini. Ini ialah kerana sekiranya display time out ni aktif ia akan membawa hp anda ke standby mode untuk menjimatkan bateri hp. Apabila skrin hp terpadam anda harus relaunch balik Xmod. Anda harus mempunyai sambungan wifi dan kapasiti data dan bateri yang tinggi untuk menggunakan feature ini secara maksimum. 
Feature yang paling akhir sekali ialah "Sandbox Attack". Saya rasa feature ini yang paling best yang terdapat dalam Xmod ini. Dengan menggunakan Sandbox Attack anda dapat berlatih menyerang base musuh semasa war sedang berlangsung. Berapa banyak kali pun anda menyerang base lawan, serangan tersebut tidak akan dikira dan apa yang lebih menarik lagi semasa serangan tersebut ia akan mendedahkan dimana perangkap itu berada didalam base lawan. Gunakan feature ini untuk merangka strategi dan variasi troop untuk mendapatkan 3 star dalam war. 
Farming Logs Menggunakan Xmod Search
 
 
 
 
copy paste dari : http://budakbaikcoc.blogspot.com/2014/10/clash-of-clans-xmod-hack.html











Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...