Followers

...SELAMAT MEMBACA DAN MENGODEK....



PELAWAT :


SINCE 03 MARCH 2010

Tuesday, September 30, 2014

KISAH ANAK PATUNG SERAM. menyerupai ANNABELLE


Walaupun anda tidak percaya akan perkara tahyul, kisah ini bakal memberi anda rasa seram sejuk..

Di sebuah jalan yang sibuk di Singapura, penduduk tempatan disana terjumpa satu patung kecil yang sedang bersandarkan sebuah pokok. Ia kelihatan seperti patung antik. Matanya ditutup dengan kain yang tertulis perkataan "Bismillah".

Patung itu bukan patung biasa.. Ada kisah disebaliknya.



Menurut cerita yang disebarkan melalui Reddit dan Twitter, patung yang diikat dengan kain bertuliskan perkataan "Bismillah" itu telah dirasuk dan diceritakan bergerak dengan sendirinya apabila pemiliknya tiada di rumah.


Oleh kerana itu, pemiliknya bertindak menutup mata patung itu dan meletakkannya jauh dari rumah supaya ia tidak kembali kepadanya.

Sesetengah orang berkata, kadang-kadang mereka boleh mendengar patung itu bercakap dalam bahasa Melayu dan bersuara seperti seorang wanita.



Melalui rumor yang tersebar, sumpahan patung itu telah terkena kepada orang lain yang terjumpa patung itu dan membuka penutup matanya. Rumor ini tersebar kerana, beberapa hari selepas patung itu hilang dari tempat asalnya, ia telah dijumpai oleh penduduk setempat bersama dengan seorang lelaki yang menggantung dirinya di dinding aparment.

No comments:

cite menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...