Tuesday 23 July 2013

BAPA SI MATI TERSEPIT DITINGKAP KONONNYA NAK MENCURI RUMAH JIRAN. TAMPIL MEMBUAT KENYATAN

 


Tunjukkan bukti anak saya mati tersepit di tingkap. Itulah luahan seorang bapa atas satu kes yang mana baru2 neh dilaporkan oleh akhbar bahawa seorang 'bakal pencuri' mati tersepit di tingkap sebelum mencuri.

Antara petikan laporan berita ;

Suspek berumur 27 tahun ditemui mati dengan hanya memakai seluar dalam dan hasil bedah siasat mengesahkan bahawa dia mati kerana sesak nafas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam tadi, mangsa lelaki berumur lingkungan 50-an yang baru pulang ke rumah terkejut menemui suspek di dapur dalam keadaan tersepit dengan kaki di luar dan kepala di dalam rumah.
"Ketika kejadian tiada sesiapa di rumah. Suspek bertindak masuk mengikut tingkap berdasarkan kesan dan alat pemotong besi yang berada di situ, namun malangnya mangsa tersepit di bahagian besi tingkap," katanya.
Suspek tidak sempat masuk ke rumah mangsa dan polis hanya menemui baju suspek serta peralatan untuk memecah masuk rumah, katanya.

Aku pun tak sure juga macam mana dia boleh tersepit tue. Tapi bapa kepada arwah tampil membuat kenyataan balas berhubung kejadian tersebut.

Rujuk bawah ;

'Tunjukkan bukti gambar anak saya tersepit'

IPOH - Bapa kepada seorang pemuda yang ditemui mati tersepit di palang besi tingkap dapur ketika cuba menceroboh masuk rumah jirannya, bercadang membuat demonstrasi bagi menyangkal keputusan bedah siasat bahawa anaknya itu mati disebabkan oleh sesak nafas.

Mohd. Damanhuri Mohd Fuat, 50, berkata, dia akan melantik seorang sukarelawan yang berbadan sama saiz seperti anaknya untuk 'melakonkan semula' aksi pecah masuk rumah tersebut bagi membuktikan seseorang itu tidak boleh mati dengan hanya sesak nafas akibat tersepit, melainkan teruk dipukul.

"Saya telah melantik peguam untuk mendapatkan perintah mahkamah esok bagi menjalankan bedah siasat kali kedua. Saya akan melihat kepada keputusannya dahulu sebelum membuat demonstrasi ini.

"Sekiranya keputusan adalah sama (mati disebabkan sesak nafas akibat tersepit), saya tetap tidak akan berpuas hati kerana kenapa ada kesan lebam di badan seperti dipukul dengan objek keras termasuk di perutnya seperti dipijak serta dicekik di leher dan diikat di pergelangan tangan?" katanya


No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...