Posts

Showing posts from March, 2012

BUDAK DARI MARIKH

Image
Boriska - Budak Dari MarikhArtikel ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Boriska yang mengakui bahawa dirinya berasal dari Marikh. Namun dia dilahirkan dibumi dan baru berusia 7 tahun. Pendapat mengatakan bahawa mungkin pada kehidupan yang lalu (past life) Boriska mungkin benar-benar penduduk dari Marikh dan ia diakui sendiri oleh Boriska yang berusia 7 tahun itu.

Keistimewaan Boriska diketahui apabila dia yang menyertai satu ekspedisi telah menceritakan tentang Marikh, angkasa lepas, tamadun Lemuria dan lain-lain kepada anggota ekspedisi yang lain di malam hari ketika mereka semua sedang berehat di perkhemahan mereka. Sekumpulan anggota ekspedisi yang berasa teruja dengan keistimewaan Boriska telah melawat rumahnya untuk menemubual ibubapa Boriska dan Boriska sendiri.
Ketika ditemubual, Boriska mampu menceritakan pelbagai kisah yang menakjubkan seolah-olah dia sendiri mengalami peristiwa yang diceritakannya. Boriska menceritakan bagaimana Marikh mempunyai pendu…