Wednesday 6 April 2011

The Royal Wedding Prince William & Catherine Middleton

 PERKAHWINAN DIRAJA YANG BAKAL MENGEMPARKAN DUNIA BAKAL BERLANSUNG 29 APRIL 2011 NIE... PUTERA WILLIAM + CATHERINE MIDDLETON KERABAT DIRAJA BRITAIN CUCU KEPADA QUEEN ELIZABETH II DAN PRINCE PHILIP....




Putera William akui rasa gementar menjelang perkahwinan

LONDON: Putera William semalam mengakui beliau berasa gementar dan 'hilang semangat' sedang beliau menantikan dengan penuh debar menjelang perkahwinannya dengan Cik Kate Middleton dalam masa empat minggu ini.
Bagaimanapun, Putera William, anak lelaki dan putera mahkota kepada Putera Charles dan mendiang Puteri Diana, berkata beliau berupaya 'mengakali pihak media' dan mengadakan satu 'pesta bujang' jauh daripada pandangan pihak media.

Ditanya apakah yang membimbangkan beliau berhubung perkahwinannya itu, Putera William, 28 tahun, ketawa sambil berkata: 'Keseluruhan hal itu.'
'Saya memberitahu semua orang saya mengadakan latihan (upacara perkahwinan) pada hari itu dan lutut saya mulai menggeletar sambil bergementar,' kata beliau kepada wartawan dalam ulasan yang disiarkan semalam.

'Ia sesuatu yang agak menggentarkan tetapi amat menguja, dan saya memang menantikannya tetapi masih banyak lagi perancangan yang perlu dilakukan dalam masa empat minggu ini,' tambahnya.
Kira-kira 1,900 orang - daripada kaum keluarga dan sahabat handai hingga para pembesar asing, diplomat, askar dan pekerja kebajikan - telah diundang ke upacara perkahwinannya itu di Westminster Abbey pada 29 April ini. Ratusan juta penonton di seluruh dunia dijangka menyaksikan siaran upacara perkahwinan terbesar di Britain sejak Putera Charles mengahwini Puteri Diana kira-kira tiga dekad yang lalu.

Putera William berkata beliau dan Putera Harry, adik lelakinya, yang bertugas di barisan hadapan tentera di Afghanistan, telah melakukan satu operasi sulit bagi mengadakan pesta bujangnya itu.Putera William telah diwawancara di sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) di utara Wales, dengan beliau bertugas sebagai seorang juruterbang helikopter pencari dan penyelamat. Putera William setakat tertawa apabila ditanya bagaimana keadaan beliau selepas pesta bujang tradisional itu.

'Memanglah menjadi berita baik dapat mengakali pihak media tetapi ia satu operasi tentera dan adik saya dan saya amat bangga dengan cara ia dilakukan,' kata beliau.
Sebelum ini, Putera Harry kelmarin berkata beliau tidak sangka abangnya itu sanggup menceburi dunia perkahwinan dan berkahwin dengan temanitanya sejak sekian lama, Cik Middleton. -- Reuters.
 

 ----------------------------------------------------------------------------


Untuk majlis pernikahan Putera William dan Kate Middleton, kumpulan penyelenggara akan menyediakan tempat untuk berkhemah. Jadi untuk mereka yang tak ada wang cukup untuk menginap di hotel mahal maka mereka bolehlah memilih untuk berkemah di tapak yang disediakan tersebut.

Tempat tu dinamakan Camp Royale, sempena untuk menyambut pernikahan Putera William dan Kate Middleton ia turut dinamakan "Big Royal Wedding Sleepover". Kawasan tersebut dibuka di Clapham Common di bahagian selatan London. Camp Royale disediakan sebagai tempat alternatif bagi mereka yang ingin ke London untuk meraikan pernikahan Putera William dan Kate Middleton pada 29 April ni.

Big Royal Wedding Sleepover akan dibuka dari 28 April hingga 1 Mei dengan harga 75 pounds untuk tiga malam.Persatuan penyelenggara menjanjikan tempat berkemah tu akan disediakan tempat mandi panas 24 jam sehari, tandas bersih, dan kawalan keselamatan sehari penuh, serta disediakan teh.

William akan bernikah dengan tunangnya, Kate Middleton pada hari Jumaat, 29 April 2011. Mereka akan dinikahkan di gereja Westminster Abbey. William melamar Kate ketika mereka bercuti di Kenya tahun lalu.

William dan Kate kini keduanya berusia 28 tahun. Bertemu ketika mereka belajar di Universiti St. Andrews, Skotlandia pada 2001. Dua tahun kemudian mereka dikatakan mula bercinta. Pasangan ni telah berpisah pada 2007 kerana Putera William menjalani latihan askar. Tapi dalam beberapa minggu kemudian mereka kembali berhubungan.


Prince William :


22 June 1982: The Prince and Princess of Wales leave St Mary's Hospital in Paddington, London, with their son Prince William, who was born the previous day

Prince William shows Queen Elizabeth II and the Duke of Edinburgh the Sea King Helicopter he flies during his training as a Search and Rescue pilot

September 1989: Princess Diana is pictured with her sons Prince Harry and Prince William on Harry's first day at Wetherby School, Notting Hill, London


Catherine Middleton :

Middleton Family handout photo taken from the Middleton family album of Catherine Middleton aged three and a half on holiday in the Lake District.

Prince William's friend Kate Middleton, 22, takes a break at the Game Fair held at Blenheim Palace, whilst she was working for the Really Wild clothing company based at the Royal Berkshire shooting school. 23/07/2004

Kate Middleton on her graduation Day at St Andrews University today which was attended by Prince Charles and Camilla and the Queen and Duke of Edinburgh. 23/06/2005

The fiancee of Britain's Prince William, Kate Middleton, flips a pancake during their visit on Shrove Tuesday to City Hall in Belfast in this combination photo March 8, 2011

kad undangan :



william + kate :



The Middleton Family. Middleton Family handout photo circa June 2005 taken from the Middleton family album of Catherine Middleton and Prince William on their graduation day, St. Andrews University 
Prince William and his girlfriend Kate Middleton enjoy the rugby as England play Italy in the RBS Six Nations Championship at Twickenham. Saturday 10 February, 2007
Official portrait of Prince William and Miss Catherine Middleton have chosen to release to mark their engagement. This photograph was taken by Mario Testino on November 25, 2010, in the Cornwall Room in St James's Palace.
Kate Middleton and Prince William attend the Teenage Cancer Trust Christmas Spectacular and Reception, Thursford Collection, Norfolk, Britain - 18 Dec 2010

Royal wedding preparations:

Royal Wedding preperations

Royal Wedding preperations

Royal Wedding preperations

Royal Wedding preperations: stamps to commemorate the forthcoming Royal Wedding of Prince William and Kate Middleton. PRESS ASSOCIATION Photo. Issue date: Tuesday March 29, 2011. The stamps will be available from all Post Office branches from 21st April 2011, the Queen's birthday. The stamps feature the official engagement portraits taken by world-renowned photographer Mario Testino on 25th November. The formal image was taken in the Council Chamber of St James's Palace, while the informal image shows the couple in the Palace's Cornwall room














No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...