PELANGI CANTIK DI GUNUNG EVEREST


Pelangi awan luar biasa di Gunung Everest

OLEG BARTUNOV merakamkan gambar pelangi yang luar biasa di Gunung Everest, Nepal baru-baru ini.

KATHMANDU - Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika
dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow,
Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.

Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan.

Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.

"Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi
 awan yang luar biasa itu," kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

AIRCOND MYVI ROSAK DAN PUNCA-PUNCANYA

MENJUAL DAN MENGEDAR ALAT GANTI KERETA UNTUK SEMUA JENIS KERETA

RESEPI :CEKODOK NASI yang lembut dan enak