Friday 12 November 2010

kisah ibu + anak + menantu



Suzana (nama sebenar) dan razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama  di kantin, di dalam kelas mahupun waktu belajar di luar kelas…Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di  sekitar kuala lumpur… mereka bagaikan belangkas yang tak dapat dipisahkan lagi………tetapi dalam setiap percintaan  mesti ada dugaannya.. ‘Salmah seorang ibu yang bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikut
segala kehendaknya.. Salmah adalah ibu kepada Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dengan seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu daripada jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sangat marah terhadap Razman & menyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan  mereka.  Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dengan rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibunya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman. Setelah  setahun berlalu mereka pun diijab qabulkan …… Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi malang telah menimpa mereka…….

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman.. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya  tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan……

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya……tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.  Razman cuba untuk memperbaiki keadaan………Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telahmemohon agar doktor berjanji tidak akan menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab……penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cubalah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kaliitu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macam mana erkkk reaksi ibumertua tu.

 *CERITA DIKALA BOSAN.... 

No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...