Thursday 15 July 2010

imam muda "superstar"

Jerman, Switzerland beri liputan meluas program Imam Muda

15/07/2010 12:09pm

FRANKFURT - Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia berjudul "Imam Muda".
Pada masa di kebanyakan negara di barat, program bakat televisyen dianjurkan bagi memilih bintang Malaysia memilih "bintang imam" berikutnya menerusi program pencarian bakat, seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar di Jerman dan Switzerland.

Butiran mengenai program "Imam Muda" dilaporkan dengan meluas oleh akhbar harian; daripada Tagesspiegel, Merkur Online menerusi n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung sehinggalah kepada akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger - membuatkan pembaca begitu asyik, seperti yang digambarkan oleh pembaca dalam komen mereka terhadap laporan berita itu.

Menerusi program "Imam Muda", kira-kira lapan anak muda muncul di televisyen di Malaysia pada waktu perdana, lengkap berbaju Melayu dan bersongkok.
Tagesanzeiger, misalnya, menyifatkan calon berkenaan sebagai "superstar" di televisyen Malaysia dan melaporkan bahawa mereka nampaknya telah menjadi pujaan hati ramai wanita muda. - Bernama


*fuyOooo~ cayalahh....!!! aku penah tengok 2,3kali jew.... kat obesi pon da sesanjung cite nie.. kite kat malaysia nie aper lagi ?? tengokk r.. huhu :)  

No comments:

Apa itu simian line?

Apa itu simian line? Simian Line adalah sebuah garis lurus yang membelah tangan, merupakan garis head line dan heart line yang m...